Harga Petrol Dan Diesel Kini Diumum Setiap Hari Rabu

In Terkini 99 views
KINI, berkuatkuasa serta merta penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan akan dilaksanakan. Ia nya akan diumumkan setiap hari Rabu dan harga tersebut berkuat kuasa selepas 12 tengah malam.

                Harga Petrol Dan Diesel Kini Diumum Setiap Hari Rabu

Pengumuman pertama kali utk pelaksanaan mekanisme itu ialah pd 29 Mac ini dan harga tersebut berkuat kuasa 30 Mac. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainudin mengumumkan demikian menerusi siaran langsung berkenaan penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan di TV1 RTM semalam.

“Bagaimanapun, bg mana-mana syarikat dan pengusaha stesen minyak yg ingin melakukan promosi dgn memberikan diskaun drpada harga yg telah ditetapkan, boleh berbuat demikian dgn mendapat kelulusan terlebih dahulu drpada KPDNKK,” kata Hamzah.

“Tindakan tegas akan diambil kpd syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak yg menjual petrol dan diesel pd harga selain drpada harga yg ditetapkan (atau diluluskan) kerajaan,” katanya.

Sebelum ini Malaysia menggunapakai penetapan harga bulanan secara pengapungan terkawal dgn mengguna pakai formula Mekanisme Harga Automatik (APM) yg telah ditetapkan sejak 1983, manakala penetapan harga secara pengapungan terkawal bulanan pula telah bermula pd Disember 2014.

“Formula APM ini kita gunakan mengikut kadar pasaran minyak dunia. Apabila kita menggunakan pengapungan terkawal secara bulanan ini, kita dapati perubahan atau kadar turun naik harga ini begitu ketara menyebabkan kegelisahan kpd pengguna dan pengusaha stesen minyak,” katanya.

Bagi menambah baik mekanisme berkenaan, KPDNKK telah mengadakan perbincangan dgn syarikat minyak, pengusaha stesen minyak, badan-badan bukan kerajaan dan pihak-pihak berkepentingan lain. Hasil drpada perbincangan tersebut telah dibentangkan kpd jemaah menteri dan dipersetujui pd 22 Feb lepas utk pengurusan pengapungan harga terkawal petrol dan diesel dibuat secara mingguan. “Ini bermakna sebarang perubahan harga MOPS (Means of Platts Singapore) dan kadar tukaran asing dapat diterjemahkan lebih tepat mengikut perkiraan pasaran global,” katanya.

Semoga bermanfaat!

Tags: #Diesel #Diumum #Harga #Hari #Kini #Petrol #Rabu #Setiap

author
Author: 
    Drama Aku Di Sisimu (TV1)
    Drama Aku Di Sisimu (TV1)
    RMT akan menyiarkan drama bersiri Aku Di
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Nantikan drama bersiri Mona Lisa adaptasi drpada
    Sinopsis Drama Mandatori
    Sinopsis Drama Mandatori
    Tajuk : Mandatori Mula Tayangan : 14
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Nantikan drama adapatasi novel Tiada Arah Jodoh

    Leave a reply "Harga Petrol Dan Diesel Kini Diumum Setiap Hari Rabu"

    Must read×

    Top