Gaji Cleaner RM4500, Tips Bekerja Di Singapura!

In Terkini 195 views

Gaji Cleaner RM4500, Tips Bekerja Di Singapura! |Bila sebut mencari pekerjaan di Singapura sudah tentu ia menjadi impian sesiapa sahaja yg mahu membuka lembaran baru kehidupan di negara maju itu. Hal kerana gaji di Singapura agak tinggi berbanding dgn Malaysia. Tahukah anda, gaji sbg cleaner pun sudah mencecah hingga SGD1500. Jika ditukarkan kpd matawang ringgit Malaysia sudah pasti anda mendapat RM4500.

Gaji Cleaner RM4500, Tips Bekerja Di Singapura
Kerja di Singapura 

Maka, tak hairanlah ramai rakyat Johor mencari rezeki di Singapura. Bagi mereka yg berminat bekerja di Singapura, disini saya akan kongsikan tips bekerja di Singapura sbg persiapan anda mencari kerja di Singapura.

Tips Bekerja di Singapura 

Tips Pertama – Pastikan Ada Passport Sendiri Ke Singapura

Sebelum anda merancang cari kerja di Singapura, pastikan terlebih dahulu mempunyai passport yg sah dan tak luput tarikh. Tambahan pula, ia penting utk anda membuat permit kerja di Singapura. Apa yg anda perlu buat pergi ke jabatan Imigresen dgn daftarkan nama anda utk membuat passport ke Singapura.

Tips Kedua – Duit Modal

Pastikan anda mempunyai duit modal yg cukup sebelum mencari kerja di Singapura. Hal kerana ia amatlah penting disebabkan nilai matawang Singapura jauh lebih besar drpada ringgit Malaysia. Oleh itu, anda memerlukan duit modal yg baik utk penginapan tempat tinggal, pengangkutan dan makan minum anda. Sekiranya anda mempunyai rakan yg bekerja di sana, ia mungkin memudahkan anda utk mendapat tempat tinggal dgn menyewa rumah rakan anda. Sudah tentu ia menjimatkan wang permulaan anda.

Tips Ketiga – Makan Minum

Memandangkan harga makanan dan minuman di Singapura yg agak mahal, bayangkan harga nasi ayam lebih kurang SGD4.00, minuman berkarbonat SGD2.00 dan macam lagi semuanya harga tinggi. Nasihat saya anda boleh cari tempat makanan dan minuman di Johor Bahru yg berdekatan dgn anda. Walaupun makanan minuman di Johor Bahru agak mahal berbanding bandar yg lain di Malaysia tetapi taklah semahal 3x ganda dgn harga di Singapura.

Tips Keempat – Tempat Tinggal

Sebagai permulaan anda mencari kerja di Singapura, disyorkan anda menyewa bilik di kawasan yg berdekatan dgn kastam Johor Bahru. Kenapa anda sewa bilik bukannya sewa rumah? Jawapannya sewa bilik jauh lebih rendah berbanding menyewa rumah yg mungkin memakan belanja sewaan lebih kurang sebanyak RM700. Ini kerana kos sewaan rumah di Johor Bahru harganya lebih kurang tinggi spt di bandar Kuala Lumpur. Bagi anda yg mahu menyewa dan tinggal di Singapura, disarankan batal niat anda utk penginapan di sana. Kerana kos kadar sewa katil di Singapura paling murah adalah SGD180. Mahalkan…!

Tips Kelima – Pengangkutan

Jika anda mencari kerja di Singapura dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam spt bas dan MRT. Hal ini kerana ia lebih memudahkan anda menuju ke destinasi tempat kerja anda sekiranya menggunakan pengangkutan awam. Berbanding dgn kereta dan motorsikal yg mungkin memakan masa agak lama disebabkan kesesakan jalan raya.

Sekiranya anda ingin mencari peluang pekerjaan dan ingin tahu bagaimana cara cari kerja di Singapura dgn lebih mudah, disyorkan anda dapatkan Panduan Mencari Kerja & Bekerja di Singapura. Segala persoalan semuanya akan terjawab di dlm ebook panduan itu.

>> Klik Panduan Mencari Kerja & Bekerja di Singapura

Kesimpulannya, apa yg saya boleh katakan mencari kerja di Singapura adalah peluang terbaik anda utk mengubah kehidupan anda yg lebih baik. Hal ini kerana gaji di Singapura sangatlah tinggi hingga gaji cleaner mencecah SGD1500. Jadi anda perlu menjadi seorang yg bijak utk bekerja di Singapura. Semoga informasi ini bermanfaat kpd yg bakal mencari pekerjaan di negara maju itu.

Sumber Asal : kerja-singapore.blogspot
Diolah semula oleh penulis blog lokmanamirul.com


Loading...

Tags: #Bekerja #Cleaner #Gaji #RM4500 #Singapura #Tips

author
Author: 
    Sinopsis Drama Mr London Ms Langkawi
    Sinopsis Drama Mr London Ms Langkawi
    Tajuk : Mr London Ms Langkawi Mula
    Telemovie Cinta Bersegi Segi Lakonan Mawar Rashid, Nazirul Mubin
    Telemovie Cinta Bersegi Segi Lakonan Mawar Rashid, Nazirul Mubin
    Saksikan telefilem Cinta Bersegi-Segi arahan Shuhaimi Lua.
    OST Drama Red Velvet
    OST Drama Red Velvet
    Dengarkan lagu tema drama Red Velvet berjudul
    Cinta Bersegi-Segi (TV9)
    Cinta Bersegi-Segi (TV9)
    Saksikan telefilem Cinta Bersegi-Segi arahan Shuhaimi Lua.

    Leave a reply "Gaji Cleaner RM4500, Tips Bekerja Di Singapura!"

    Must read×

    Top