Filem Memori Pajeri Nanas (2017)

In Terkini 60 views

SINOPSIS MEMORI PAJERI NANAS
Mengisahkan Chef Armand (Alif Satar) begitu dikenali dgn resipi makanan hebat beliau. Sajian tradisional yg disediakan acap kali menjadi hidangan pilihan pengunjung di restoran-restoran terkemuka di ibu kota. Setiap satu air tangan beliau berjaya memenangi hati penggemar makanan hinggakan mereka berkehendakkan lebih pilihan menu dr Chef Armand. Semuanya dilihat sempurna pd diri Armand. Seorang tukang masak yg hebat, bekerjaya, muda, dikurniakan seorang isteri yg cantik dan keluarga yg berlatarbelakangkan orang baik-baik.

Namun begitu, itu adalah sekadar luaran dan tak mencerminkan apa yg terbuku di hati Armand. Armand mula kehilangan sentuhan masakannya. Mahligai perkahwinan yg dibina antara Armand (Alif Satar) dan Kayla (Tiz Zaqyah) dilihat mula goyah apabila kedua-dua mereka terlampau sibuk dgn kerjaya masing-masing. Armand merupakan seorang Chef dan perunding makanan utk restoran-restoran terkemuka di Kuala Lumpur. Manakala isterinya, Kayla pula merupakan seorang wanita berkerjaya yg sentiasa sibuk dgn tugas di pejabat (agensi pengiklanan). Tuntutan tugas menjadikan kedua-dua mereka sentiasa berada di dlm keadaan tertekan hinggakan tak mempunyai masa utk diluangkan bersama.

JUDUL : MEMORI PAJERI NANAS
TARIKH TAYANGAN : 20 Julai 2017
SIARAN : Astro First Eksklusif (Saluran 480)
PENGARAH : Aidilfitri Mohamed Yunos
TERBITAN : TSAR Asia Sdn Bhd
PELAKON : Alif Satar, Tiz Zaqyah, Siti Saleha


Loading...

Tags: #2017 #Filem #Memori #Nanas #Pajeri

author
Author: 
    OST Drama Red Velvet | Alif Satar – Sesungguhnya Aku
    OST Drama Red Velvet | Alif Satar – Sesungguhnya Aku
    Dengarkan lagu tema drama Red Velvet berjudul
    Sinopsis Telemovie Lari hantu Lari
    Sinopsis Telemovie Lari hantu Lari
    Tajuk : Lari hantu Lari Tarikh :
    Sinopsis Drama Zahir Tak Terucap
    Sinopsis Drama Zahir Tak Terucap
    Tajuk : Zahir Tak Terucap Mula Tayangan
    Sinopsis Telemovie Opah Dot Com
    Sinopsis Telemovie Opah Dot Com
    Tajuk : Opah Dot Com Tarikh :

    Leave a reply "Filem Memori Pajeri Nanas (2017)"

    Must read×

    Top