Filem Kasut Bola Pink (2017)

In Terkini 480 views

Sinopsis : Kasut Bola Pink’ mengisahkan Nina (lakonan Erissa) yg berumur 12 tahun minat pd solekan dan merupakan seorang fashionista muda yg bakal mengalami sesuatu yg luar biasa apabila dia bertukar identiti dgn pemain bola sepak terbaik dan popular di sekolahnya iaitu Rafiq (lakonan Wafiy). Pada suatu hari di petang yg hujan, kedua-dua ibu bapa Nina dan Rafiq lewat utk menjemput mereka di sekolah.

Dalam pd kekalutan oleh kerana hujan yg terlampau lebat, bumbung perhentian bas tempat Nina dan Rafiq berteduh disambar petir dan kedua-dua mereka terkena kejutan elektrik. Erissa dan Wafiy Tonggak Utama Kasut Bola PinkMereka pengsan. Selepas tersedar, mereka terkejut apabila mendapati mereka telah tertukar identiti.

Lebih merisaukan lagi apabila menyedari dlm masa dua minggu yg akan datang, kedua-dua Nina dan Rafiq mempunyai agenda penting iaitu pertandingan persembahan teater sekolah dan pemilihan pemain bola sepak utk mewakili negeri.

Nina dan Rafiq bertungkus-lumus mencari jalan penyelesaian hinggalah bertemu dgn seorang ahli saintis yg pelik tetapi sangat genius, Professor Latip Puzi @ Prof TipPu (lakonan Afdlin Shauki). Ketika mencari jalan utk kembali kpd keadaan sedia kala, Nina dan Rafiq mula memahami latar belakang kehidupan masing-masing. Jika sebelum ini kedua-dua mereka dilihat sering menyakat sesama sendiri kerana merasakan diri masing-masing lebih hebat, kini mereka mula bertoleransi dan bertolak ansur di antara satu sama lain.

Namun begitu, ada beberapa ketika Nina dilihat seakan-akan suka menjadi seorang remaja lelaki hingga berasa berat hati utk bertukar semula ke diri lamanya. Nina mulai selesa dgn badan barunya, tapi Rafiq tak. Berjayakah Rafiq memujuk Nina utk bertukar kembali ke badan masing-masing? Jika ya, bagaimana caranya? Siapa pula yg akan membantu mereka dlm misi ini?

Pelakon : Erissa Ceria Popstar, Wafiy Ceria Popstar, Vanidah Imran, Jihan Muse, Afdlin Shauki, Bernie Chan, Tauke Jambu, Shidi Ishak


Carian Berkaitan

pelakon kasut bola pink, sinopsis kasut bola pink, cerita kasut bola pink, nama pemain kasut bola pink

Tags: #2017 #Bola #Filem #Kasut #Pink

author
Author: 
    Drama Papa Nak Menantu [Slot Dahlia TV3]
    Drama Papa Nak Menantu [Slot Dahlia TV3]
    DRAMA : PAPA NAK MENANTU  BERMULA :
    Jodoh Tak Salah Alamat (TV3)
    Jodoh Tak Salah Alamat (TV3)
    Saksikan telefilem Jodoh Tak Pernah Salah Alamat
    Peserta Gegar Lawak 2018
    Peserta Gegar Lawak 2018
    Program realiti pertandingan pencarian bakat lawak terbaharu
    Program Bintang Bersama Bintang (2018)
    Program Bintang Bersama Bintang (2018)
    Program hiburan Bintang Bersama Bintang kembali dgn

    Leave a reply "Filem Kasut Bola Pink (2017)"

    Must read×

    Top