Filem Hospital (2017)

In Terkini 176 views

Sinopsis
Pada 10 April, saya telah menghadiri majlis pra-tonton filem Hospital yg berlangsung di GSC Mid Valley. Filem ini mengisahkan seorang gadis Amira (Fatin Afeefa) yg menghadiri temuduga utk menjadi jururawat di sebuah hospital. Malangnya, Amira tak berjumpa hospital tersebut dan hampir berputus asa. Sewaktu menunggu teksi di hentian bas terpencil, muncul Dahlia (Nina Iskandar) yg kebetulan berkerja di hospital yg dicari oleh Amira dan memberikan pertolongan.

Setelah diterima berkerja di hospital tersebut, Dahlia turut mempelawa Amira tinggal bersama di rumah sewanya memandangkan rakan serumah yg lama telah meninggalkan rumah. Amira bersetuju, dan semenjak itu bermulalah episod ngeri dlm hidup Amira yg sering diganggu dgn kejadian seram dan penampakan lembaga ngeri. Perkenalan dgn doktor muda bernama Farid (Fizz Fairuz), menambahkan lagi kekalutan sedia ada yg berlaku kpd diri Amira.

Jiwa Amira semakin hari semakin tertekan dgn gangguan-gangguan yg semakin menjadi-jadi. Ia bukan sekadar berlaku di hospital tempat Amira berkerja, malah juga di rumah Dahlia tempat Amira menumpang. Sahabat baik Amira iaitu Farah (Julia Marin) dan tunangnya Fahmi (Amreen Syukry) turut diganggu dlm usaha membantu.

Justeru… siapa sebenarnya yg mengganggu Amira?

Tajuk Filem : Hospital
Bahasa : Melayu
Genre : Seram Thriller
Pengarah : Azaromi Ghozali
Studio: MiG Pictures
Pelakon : Fizz Fairuz, Nina Iskandar, Shima Anuar, Serina Redzuawan, Fatin Afeefa, Julia Farhana Marin


Carian Berkaitan

cerita tajuk hospital, filem hospital 2017, sipnosis cerita hantu tajuk hospital

Loading...

Tags: #2017 #Filem #Hospital

author
Author: 
    Kekasih Paksa Rela (TV3)
    Kekasih Paksa Rela (TV3)
    Nantikan drama bersiri Kekasih Paksa Rela akan
    OST Drama Red Velvet | Alif Satar – Sesungguhnya Aku
    OST Drama Red Velvet | Alif Satar – Sesungguhnya Aku
    Dengarkan lagu tema drama Red Velvet berjudul
    Sinopsis Telemovie Lari hantu Lari
    Sinopsis Telemovie Lari hantu Lari
    Tajuk : Lari hantu Lari Tarikh :
    Sinopsis Drama Zahir Tak Terucap
    Sinopsis Drama Zahir Tak Terucap
    Tajuk : Zahir Tak Terucap Mula Tayangan

    Leave a reply "Filem Hospital (2017)"

    Must read×

    Top