Filem Filem Balun (2017)

In Terkini 83 views

SINOPSIS FILEM BALUN
Mengisahkan tentang seorang pemuda, Hassan (Beto Kusyairy) yg membuat keputusan utk pulang dan menetap di kampung asalnya di Kampung Putra, Kamunting kerana ada beberapa persoalan dan perkara yg harus diselesaikan, di mana salah satu perkaranya adalah perihal tanah milik arwah ayahnya, Mustafa yg dicagarkan pd Orang Kaya Seman sebelum itu.

Setibanya Hassan di pekan Kamunting, Hassan terlibat dgn dua insiden iaitu yg pertama dgn kumpulan gangster yg dikejar polis dan keduanya diekori oleh kumpulan penyamun kampung yg berjaya ditumpaskan oleh Hassan semasa mereka  dlm cubaan merompak kedai serbaneka di sebuah stesen pam minyak.

Dalam adegan kejar mengejar itu, membawa Hassan ke kampung halamannya yg telah ditinggalkan hampir 17 tahun hingga memaksa Hassan memandu masuk ke kawasan rumah Tok Penghulu dan hampir terlanggar Nur Ain (Izara Aishah) yg sedang duduk di bangku bersama Munirah.

Bertindak atas kejadian itu, sekumpulan pesilat kampung yg diketuai oleh Uwais (Saiful Zelwany) yg sedang berlatih di halaman rumah Tok Penghulu meluru menyerang Hassan, tetapi dihalang oleh Tok Penghulu (Namron). Melihat akan wajah Tok Penghulu membuatkan Hassan begitu pasti bahawa dia telah sampai ke kampungnya, namun Nur Ain masih tak berpuashati terhadap Hassan walaupun permohonan maaf telah dibuat kerana Hassan hampir melanggarnya.

Kepulangan Hassan ke kampung tak disenangi oleh Orang Kaya Tuan Seman yg sememangnya berniat membunuh Hassan dan ayahnya 17 tahun lalu dgn niat mengambil kesempatan menukar nama pemilik tanah yg dimiliki oleh ayah Hassan ketika menyandarkan tanahnya seluas 13 ekar utk membuat pinjaman wang tunai dr Orang Kaya Seman. Tanah seluas 13 ekar itu diingini oleh Orang Kaya Seman kerana telah diketahui olehnya mempunyai Emas. Shaid Blond (Datuk Eizlan Yusof) yg merupakan ketua kumpulan gangster yg bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kematian ayah Hassan.

TAJUK : BALUN
Tarikh Tayangan : 17 Ogos 2017
Genre : Aksi
Pengarah : Bob Singah
Terbitan : Elements Pictures Sdn Bhd
Pelakon : Beto Kusyairy, Izara Aishah, Wan Raja, Reen Rahim, Dato Eizlan Yusof, Namron, Allahyarham Datuk Aziz Singah, Saiful Zelwany, Henzi Andalas, Faiz Smartjitsu, Fasha Muar, Namron, Jasmine Asyraf, Ayie Mj, Amy, Chaoi Power, Nadia Randall, Akmal Edge, Ken Syouku,Farrd Fathul, Nadarajah, Roy Madada, Maisarah Zafirah, Yank Kassim, Afandi Ali

Tags: #2017 #Balun #Filem

author
Author: 
    Drama Aku Di Sisimu (TV1)
    Drama Aku Di Sisimu (TV1)
    RMT akan menyiarkan drama bersiri Aku Di
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Nantikan drama bersiri Mona Lisa adaptasi drpada
    Sinopsis Drama Mandatori
    Sinopsis Drama Mandatori
    Tajuk : Mandatori Mula Tayangan : 14
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Nantikan drama adapatasi novel Tiada Arah Jodoh

    Leave a reply "Filem Filem Balun (2017)"

    Must read×

    Top