Festival Filem Malaysia 29 FFM29 ( 2017)

In Terkini 64 views

Malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pd 23 September ini. Sebanyak 53 filem dipertandingkan pd acara tersebut terdiri drpada 41 filem berbahasa Malaysia, enam Mandarin, lima Tamil dan satu Inggeris. FFM29 mempertaruhkan 24 kategori merangkumi 18 kategori yg dipertandingkan, manakala enam drpadanya anugerah yg tak dipertandingkan. Lima calon finalis bg setiap kategori hanya akan mengumumkan pd malam anugerah.

Kategori filem yg dipertandingkan iaitu Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Penyunting Terbaik, Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik, Pengarah Harapan, Pelakon Lelaki & Wanita Harapan, Sinematografi Terbaik, Skor Muzik Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Pereka Kostum/Busana Terbaik selain tiga anugerah khas juri, Penggiat Belakang Tabir, Filem Box Office dan Karyawan Sepanjang Zaman.

Bertemakan ‘Transformasi Citra Karya’, FFM29 akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) pd pukul 9 malam. Zizan Razak diberi kepercayaan mengemudi acara Malam Anugerah FFM29 bergandingan dgn tiga lagi artis wanita iaitu  Nabila Huda, Siti Elizad, Elizabeth Tan

Seramai lebih 20 selebriti dan karyawan seni akan menyampaikan anugerah pd malam kemuncak tersebut. Antaranya adalah Osman Ali, Vanidah Imran, Datuk Norman Halim, Pekin Ibrahim, Datuk Eizlan Yusof, Puan Seri Tiara Jacquelina, Fattah Amin, Fasha Sandha, Remy Ishak, Nora Danish, Nasha Aziz, Zul Ariffin, Raja Ilya, Faizal Husien dan ramai lagi. Malam anugerah juga akan dihiasi dgn persembahan artis popular antaranya KRU, Akim & The Majistret, UNIC, Aisyah Aziz, Mirwana, Salamiah Hassan dan Atilia.

Tags: #2017 #Festival #FFM29 #Filem #Malaysia

author
Author: 
    Sinopsis Drama Mandatori
    Sinopsis Drama Mandatori
    Tajuk : Mandatori Mula Tayangan : 14
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Nantikan drama adapatasi novel Tiada Arah Jodoh
    Drama Isteri Untuk Diiktiraf
    Drama Isteri Untuk Diiktiraf
    Nantikan drama bersiri Isteri Untuk Diiktiraf adaptasi
    Sinopsis Telemovie Gadis Kosmos
    Sinopsis Telemovie Gadis Kosmos
    Tajuk : Gadis Kosmos Tarikh : 9

    Leave a reply "Festival Filem Malaysia 29 FFM29 ( 2017)"

    Must read×

    Top