Festival Filem Malaysia 29 (FFM29 2017)

In Terkini 34 views
Festival Filem Malaysia 29 (FFM29 2017)

Malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pd 23 September ini. Sebanyak 53 filem dipertandingkan pd acara tersebut terdiri drpada 41 filem berbahasa Malaysia, enam Mandarin, lima Tamil dan satu Inggeris. FFM29 mempertaruhkan 24 kategori merangkumi 18 kategori yg dipertandingkan, manakala enam drpadanya anugerah yg tak dipertandingkan. Lima calon finalis bg setiap kategori hanya akan mengumumkan pd malam anugerah.

Kategori filem yg dipertandingkan iaitu Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Penyunting Terbaik, Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik, Pengarah Harapan, Pelakon Lelaki & Wanita Harapan, Sinematografi Terbaik, Skor Muzik Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Pereka Kostum/Busana Terbaik selain tiga anugerah khas juri, Penggiat Belakang Tabir, Filem Box Office dan Karyawan Sepanjang Zaman.

Bertemakan ‘Transformasi Citra Karya’, FFM29 akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) pd pukul 9 malam. Zizan Razak diberi kepercayaan mengemudi acara Malam Anugerah FFM29 bergandingan dgn tiga lagi artis wanita iaitu  Nabila Huda, Siti Elizad, Elizabeth Tan

Seramai lebih 20 selebriti dan karyawan seni akan menyampaikan anugerah pd malam kemuncak tersebut. Antaranya adalah Osman Ali, Vanidah Imran, Datuk Norman Halim, Pekin Ibrahim, Datuk Eizlan Yusof, Puan Seri Tiara Jacquelina, Fattah Amin, Fasha Sandha, Remy Ishak, Nora Danish, Nasha Aziz, Zul Ariffin, Raja Ilya, Faizal Husien dan ramai lagi. Malam anugerah juga akan dihiasi dgn persembahan artis popular antaranya KRU, Akim & The Majistret, UNIC, Aisyah Aziz, Mirwana, Salamiah Hassan dan Atilia.


Loading...

Tags: #2017 #Festival #FFM29 #Filem #Malaysia

author
Author: 
    Cinta Bersegi-Segi (TV9)
    Cinta Bersegi-Segi (TV9)
    Saksikan telefilem Cinta Bersegi-Segi arahan Shuhaimi Lua.
    Kekasih Paksa Rela (TV3)
    Kekasih Paksa Rela (TV3)
    Nantikan drama bersiri Kekasih Paksa Rela akan
    OST Drama Red Velvet | Alif Satar – Sesungguhnya Aku
    OST Drama Red Velvet | Alif Satar – Sesungguhnya Aku
    Dengarkan lagu tema drama Red Velvet berjudul
    Sinopsis Telemovie Lari hantu Lari
    Sinopsis Telemovie Lari hantu Lari
    Tajuk : Lari hantu Lari Tarikh :

    Leave a reply "Festival Filem Malaysia 29 (FFM29 2017)"

    Must read×

    Top