Drama Titian Cinta Lakonan Zul Ariffin, Farah Nabilah

In Terkini 63 views
Nantikan drama bersiri adaptasi novel Titian Cinta karya Ridhya Iman yg akan megisi slot Akasia TV3. Bakal menampilkan gandingan baru Zul Ariffin dan Farah Nabilah. Diarahkan oleh saudara Heykal Hanifah dibawah terbitan Zamriez Golden Pictures. Nantikan tayangannya pd akhir bulan Ogos 2017. 
JUDUL : TITIAN CINTA 
TARIKH / MASA : Ogos 2017
SIARAN : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Ridhya Iman 
PENGARAH : Heykal Hanifah
TERBITAN : Zamriez Golden Pictures
PELAKON : Zul Ariffin, Farah Nabilah, Daler Yusuf, Tisha Shamsir, Dian P. Ramlee, Marisa Yasmin

WATAK PELAKON 
Zul Ariffin sbg Umayr Harris
Farah Nabilah sbg Rahadatul Aisy
Daler Yusuf  sebagai Rayyan
Tisha Shamsir sbg Sofia
SINOPSIS TITIAN CINTA 
Kisah cinta antara Umayr Harris dan Rahadatul Aisy. Aisy pulang ke tanah air setelah 4 tahun merantau di bumi London dgn nekad mahu menuntut janji yg pernah dilafazkan oleh sang suami. Kepulangan Aisy memang dinantikan Harris yg menyesal dgn tindakan lalu kerana termakan hasutan Sofia. Perginya Aisy ke kota London adalah kerana dihalau bagai kucing kurap oleh suaminya sendiri ekoran fitnah yg dilakukan oleh Sofia.
Harris ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dgn tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya.
Pelbagai cara dilakukan oleh Harris utk memikat semula hati Aisy. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan Aisy akur pd jodoh dan ketentuan Ilahi.
Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Pelbagai dugaan menimpa mereka. Aisy tak dapat mengandung. Kehadiran semula Sofia menempel cinta Harris. Campur tangan ibu mertua Aisy memburukkan keadaan. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yg tak bertepi.
Siapakah Rayyan sebenarnya di hati Aisy? Akankah bahagia menjadi milik mereka nanti? Mampukah titian cinta mereka yg sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau, mungkinkah Rayyan layak menjadi pengganti?

Carian Berkaitan

drama tuntutan cinta zul ariffin farah nabila, titian cinta aisy dan harris

Loading...

Tags: #Ariffin #Cinta #Drama #Farah #Lakonan #Nabilah #TITIAN

author
Author: 
    Aku Mahu Hidup (TV9)
    Aku Mahu Hidup (TV9)
    Saksikan telefilem Aku Mahu Hidup arahan Raja
    Sinopsis Telemovie Dosa Perempuan
    Sinopsis Telemovie Dosa Perempuan
    Tajuk : Dosa Perempuan Tarikh : 23
    Sinopsis Telemovie Nur 3 Pagi
    Sinopsis Telemovie Nur 3 Pagi
    Tajuk : Nur 3 Pagi Tarikh :
    Sinopsis Telemovie Janji Allah
    Sinopsis Telemovie Janji Allah
    Tajuk : Janji Allah Tarikh : 22

    Leave a reply "Drama Titian Cinta Lakonan Zul Ariffin, Farah Nabilah"

    Must read×

    Top