Drama Titian Cinta [2017]

In Terkini 1164 views
Pelakon drama Titian Cinta TV3.
Drama Titian Cinta yg bakal ditayangkan di slot Akasia TV3 juga merupakan sebuah drama adaptasi dr novel dgn tajuk yg sama kerja Ridhya Iman. Drama ini di bawah arahan Heykal Hanifah dan dibarisi pelakon Zul Ariffin, Daler Yusof dan Farah Nabila sbg watak utama. Tarikh tayangan belum dapat dipastikan.

Profil Drama Titian Cinta TV3 Akasia
Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama
Pengarah : Heykal Hanifah
Idea Asal : Novel Titian Cinta karya Ridhya Iman
Studio : Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
Pelakon : Farah Nabila, Zul Ariffin, Daler Yusof, Dottie Abraz dan Tisha Shamsir.
Episod :
Siaran : Slot Akasia TV3
Tarikh Tayang : 2017
Farah Nabila sbg Aisy
Zul Ariffin sbg Harris
Daler Yusof sbg Rayyan
Tisha Shamsir sbg Sofia
Dottie Abraz sbg Sakeena

Sinopsis Drama Titian Cinta 2017
– Kalau minat baca novel, boleh ke blog tuan empunya novel; Ridhya Iman 
Dulu, dia pernah dihalau bagai kucing kurap oleh suami sendiri. Kini, setelah empat tahun membawa diri di bumi asing, ‘Aisy pulang dgn nekad mahu menuntut janji yg pernah dilafazkan oleh sang suami. Namun, tatkala bertemu, lain pula yg terjadi.
Kepulangan ‘Aisy memang dinanti Harris. Dia ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dgn tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya.
Pun begitu, kesungguhan dan kesabaran Harris meladeni setiap onar yg sengaja diciptanya membuatkan tekad ‘Aisy semakin goyah. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan ‘Aisy akur pd jodoh dan ketentuan Ilahi.
Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yg tak bertepi.
Siapakah Rayyan sebenarnya di hati ‘Aisy? Akankah bahagia menjadi milik mereka nanti? Mampukah titian cinta mereka yg sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau, mungkinkah Rayyan layak menjadi pengganti?   
Gambar Pelakon Drama Titian Cinta 2017

daler yusof farah nabila
Daler Yusof [Rayyan] dan Farah Nabila [Aisy]

farah nabila dottie abraz
Dottie Abraz [Sakeena] dan Farah Nabila [Aisy]

Carian Berkaitan

drama titian cinta, ost drama titian cinta, lagu tema drama titian cinta, senarai lagu titian cinta

Loading...

Tags: #2017 #Cinta #Drama #TITIAN

author
Author: 
    Kekasih Paksa Rela (TV3)
    Kekasih Paksa Rela (TV3)
    Nantikan drama bersiri Kekasih Paksa Rela akan
    OST Drama Red Velvet | Alif Satar – Sesungguhnya Aku
    OST Drama Red Velvet | Alif Satar – Sesungguhnya Aku
    Dengarkan lagu tema drama Red Velvet berjudul
    Sinopsis Telemovie Lari hantu Lari
    Sinopsis Telemovie Lari hantu Lari
    Tajuk : Lari hantu Lari Tarikh :
    Sinopsis Drama Zahir Tak Terucap
    Sinopsis Drama Zahir Tak Terucap
    Tajuk : Zahir Tak Terucap Mula Tayangan

    Leave a reply "Drama Titian Cinta [2017]"

    Must read×

    Top