Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)

In Terkini 183 views

Tiada Arah Jodoh Kita

Nantikan drama adapatasi novel Tiada Arah Jodoh Kita karya Ezza Mysara yg bakal mengisi slot Akasia TV3. Drama 28 episod ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dibawah terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd. Menampilkan lakonan Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Erwin Dawson. Bakal menemui penonton pd tahun 2018.
JUDUL : TIADA ARAH JODOH KITA
TARIKH TAYANGAN : 2018
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 7.00 malam
SIARAN : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Ezza Mysara 
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Erwin Dawson, Mustaqim Bahadon, Livonia Ricky, Dian P.Ramlee, Farisha Irwayu
WATAK PELAKON 
Shukri Yahaya sbg Megat Aathif
Aprena Manrose sbg Afia Awliya
Hafeez Mikail sbg Megat Wakeel
Erwin Dawson sbg Fayyad Syakir
SINOPSIS TIADA ARAH JODOH KITA
Kisah ketabahan Afia Awliya yg menanti kepulangan orang tersayang, Fayyad Syakir yg belajar di luar negara. Sebaliknya, Fayyad yg pulang menyuruhnya mengahwini rakan baiknya iaitu Megat Wakeel yg menunggu detik akhir hayat. Afia pd mulanya menolak. Namun bila mengenali Wakeel sendiri, prinsip Afia berubah. Marahnya lentur. Entah apa yg membuatkan dia bersetuju dgn perkahwinan ini. Tapi kena berhadapan pula dgn abang Wakeel, Megat Aathif yg dingin, beku, laser lagi menyakitkan hati.

Mengahwini Wakeel tak termasuk dlm list acuan hidupnya. Tapi jodoh, maut, ketentuan sungguh di tangan Tuhan. Selama bergelar isteri Wakeel, tak pernah sehari pun dia tak dihujani bahagia. Tapi takdir yg menyatukan mereka dan takdir jugalah yg memisahkan mereka.
Tatkala jiwa itu sarat dibanjiri rindu pd yg telah pergi, dia dihujani dgn dua lamaran. Fayyad kembali menagih janji lama. Aathif yg sudah lama menaruh hati mula mengorak langkah. 
Masih adakah bahagia setelah bahagia yg dahulu telah berlalu pergi? Mampukah Afia utk memilih jika hatinya telah kosong?

Carian Berkaitan

tiada arah jodoh kita drama

Tags: #Arah #Drama #Jodoh #Kita #Tiada

author
Author: 
    Biodata Farah Nabilah Pelakon Baru – Drama Ttian Cinta [Slot Akasia TV3]
    Biodata Farah Nabilah Pelakon Baru – Drama Ttian Cinta [Slot Akasia TV3]
    Nama Penuh: Farah Nabilah Saipuddin Nama Komersil:
    Drama Dia Anak Jeneral (TV2)
    Drama Dia Anak Jeneral (TV2)
    Drama bersiri ‘Dia Anak Jeneral’ yg diadaptasi

    Leave a reply "Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)"

    Must read×

    Top