Drama Sweetie Nanie [Slot Lestary TV3]

In Terkini 110 views


JUDUL : SWEETIE NANIE
EPISOD : 13 Episod
TARIKH TAYANGAN : 29 September 2016
HARI / MASA : Rabu-Jumaat, 9.00 malam
SIARAN : Slot Lestary TV3
IDEA ASAL : Nieza Nahar
SKRIP : Nieza Nahar & Zuraidah Kassim
PENGARAH : Pali Yahya
TERBITAN : Creative Skill Solution Sdn Bhd
PELAKON : Nadia Brian, Aidit Noh, Duerra Mitilda, Syafnida Shuhaimi, Nazeera Sardi, Julia farhana, Faiz Hak, Feiyna Tajudin, Indah Emeerlda, Ilya Buang, Rohaya Samat, Nafiz Muaz, Fana Azizan, Afzan A.Rahman, Rahim Omar, Nu’man, Ikhwan Ibrahim, Syawal Osman, Ieka Zulkifli 

LAGU TEMA / OST SWEETIE NANIE
Tajuk : Hello Dunia
Penyanyi : Natasha Sass
Tajuk : Selalu Denganmu
Penyanyi : Cherpen Band
SINOPSIS SWEETIE NANNIE
Mengisahkan seorang gadis yg bernama Nanie Nadira, 23 (Nadia Brian) pernah melahirkan seorang anak luar nikah setelah dirogol ketika berusia 16 tahun. Oleh kerana Nanie Nadira masih bersekolah dan tak berpendapatan, Nanie Nadira menyerahkan anaknya itu kpd kakaknya, Nora. Namun, apabila bayi itu telah diculik di sebuah klinik, Nora pula meninggal tak lama kemudian kerana kemurungan. Peristiwa tragis ini sekali lagi menghimpit kehidupan Nanie Nadira kerana Nora telah mengamanahkan Nanie Nadira utk mencari anaknya kembali dan menjalani tanggungjawabnya sbg ibu kandung bayi itu. Selain dugaan yg sudah membebani benak fikiran Nanie Nadira itu, Nanie Nadira juga sedang bergelut dgn masalah kewangan setelah kematian kakaknya. Hal ini kerana, Nanie Nadira masih menuntut pelajaran di sebuah kolej tempatan dlm jurusan Juruukur Bahan. Tambahan pula, selama ini Nanie Nadira tinggal bersama kakaknya dan yuran pengajiannya juga ditanggung sepenuhnya oleh Nora. Dalam kerunsingan Nanie Nadira utk melangsaikan sewa rumahnya yg sudah sekian lama tertunggak, Nanie Nadira bertemu dgn Zafri (Aidit Noh) di sebuah kafe secara tak sengaja. Ketika itu, Zafri sedang melarikan diri drpada orang suruhan sepupunya, Baizura (Julia Farhana). Zafri merupakan seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat pemaju yg sentiasa dikongkong oleh sepupunya merangkap penasihatnya, Baizura kerana Zafri masih terlalu muda utk mengendalikan syarikat keluarganya itu. Setelah Nanie Nadira dan Zafri bertemu, mereka menjadi semakin rapat, dan ini membuatkan Baizura rasa tak senang hati. Kerana terlalu mengikut hatinya yg busuk, Baizura bertekad utk memisahkan Zafri drpada Nanie Nadira dgn menyelidik sejarah hitam Nanie Nadira. Dugaan demi dugaan dihadapi Nanie Nadira, sejarah Nanie Nadira yg pernah melahirkan anak luar nikah itu akhirnya diketahui Zafri dan kebahagiaan sementara Nanie Nadira musnah. Dapatkah Nanie Nadira bertemu dgn anaknya kembali? Adakah Zafri akan menjauhkan diri drpada Nanie Nadira selamanya?

Tags: #Drama #Lestary #Nanie #Slot #Sweetie

author
Author: 
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Nantikan drama bersiri Mona Lisa adaptasi drpada
    Sinopsis Drama Mandatori
    Sinopsis Drama Mandatori
    Tajuk : Mandatori Mula Tayangan : 14
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Nantikan drama adapatasi novel Tiada Arah Jodoh
    Drama Isteri Untuk Diiktiraf
    Drama Isteri Untuk Diiktiraf
    Nantikan drama bersiri Isteri Untuk Diiktiraf adaptasi

    Leave a reply "Drama Sweetie Nanie [Slot Lestary TV3]"

    Must read×

    Top