Drama Suamiku Paling Sweet (TV3)

In Terkini 408 views

Suamiku Paling Sweet

Nantikan drama terbaru adaptasi novel Suamiku Paling Sweet‬ karya tulisan Anjell di slot Akasia. Drama terbitan Primeworks Studios ini diarahkan oleh Zul Huzaimy. Ditunjangi oleh Syafiq Kyle, Mawar Rashid, dan Nik Adam Mika. Drama siri Suamiku Paling Sweet bakal mengisi slot Akasia bermula 13 Februari 2017, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.58 petang.
JUDUL : SUAMIKU PALING SWEET
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 13 Februari 2016
HARI / MASA : Isnin hingga Khamis, 6.58 petang
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP : Mufid Suhaimi
PENGARAH : Zul Huzaimy Marzuki
TERBITAN : Primeworks Studios
PELAKON : Mawar Rashid, Syafiq Kyle, Nik Adam Mika, Natasya Mahyan, Fazren Rafi, Aedy Ashraf, Liza Abdullah, Fazlina Ahmad Daud, Amirul Faqeem, Elvina Mohamad, Lia Natalia, Aida Othman, Zalfa Zin
WATAK PELAKON
Mawar Rashid sbg Qisya Iriz
Syafiq Kyle sbg Izz Haikal
Nik Adam Mika sbg Hafiey
Liza Abdullah sebagi Puan Fatimah
Natasya Mahyan sbg Maya
Fazren Rafi sbg Qairul
Aedy Ashraf sbg Hakimi
Lia Natalia sbg Deena
Fazlina Ahmad Daud sbg Puan Sanisah
Manan sbg Manaf
Amirul Faqeem sbg Ikram
Khairul Bahri sbg Khalid
Chomel Farhana sbg Shuk
Remy Maghrib sbg Danny
Elvina Mohamad sbg Hanna
Aida Othman sbg Hanum
Zulkifli Salleh sbg Pak Tam 
LAGU TEMA / OST SUAMIKU PALING SWEET
Tajuk Lagu : Cool Love
Penyanyi : Ippo Hafiz
Video & Lirik : LINK

SINOPSIS SUAMIKU PALING SWEET
Mengisahkan Qisya Iriz (Mawar Rashid), graduan universiti yg terpaksa menjadi pengasuh sementara Hafiey (Adik Nik Adam Mika), iaitu cucu kpd kawan ibunya, Puan Fathma (Liza Abdullah). Pengasuh-pengasuh sebelum ini memang tak dapat bertahan dgn sikap nakal Hafiey itu. Qisya menerima cadangan ibunya kerana ia hanya utk sementara waktu. Apabila Qisya yg keras kepala bertemu dgn Hafiey, memang akan berlakunya kekecohan.

Kedua-dua ibu bapa Hafiey telah meninggal dunia dlm suatu kemalangan. Disebabkan itu, Hafiey menganggap bapa saudaranya Izz Haikal (Syafiq Kyle) sbg ayah kandungnya sendiri. Izz sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan Hafiey. Selepas bertemu dgn pengasuh Hafiey, hati Izz dan Qisya sering berdebar. Namun mereka tak ambil peduli tentang maksud sebenar di sebalik debaran hati tersebut hinggalah terjadi sebuah peristiwa yg mengubah nasib hidup mereka berdua.

Qisya dipaksa utk menjadi isteri kpd Izz Haikal pd usia yg muda. Pelbagai emosi mula mengaburi hati Qisya. Dia terkejut, marah, dan benci. Qisya langsung tak dapat menerima kenyataan yg dia bakal berkahwin. Malahan dia juga tak bersedia utk menjalankan tanggungjawab sbg seorang ibu kpd Hafiey. Dia juga tertanya-tanya adakah ini merupakan perangkap Izz Haikal utk bersama dgnnya.

Qisya mula memberontak hingga dia sanggup meninggalkan Izz Haikal dan Hafiey walaupun sudah bernikah. Izz berasa sedih tetapi dia memahami perasaan isterinya. Malahan, dia kerap memujuk dan memberikan ruang kpd Qisya utk mencari ketenangan diri.

Izz tak pernah berhenti memujuk isterinya. Akhirnya, Qisya lembut hati dan kembali ke pangkuan Izz dan Hafiey. Qisya telah meletakkan syarat bahawa tiada sesiapa pun akan mengungkit peristiwa dan sebab mereka berdua terpaksa berkahwin. Namun, peristiwa hitam yg tak mahu diingati Qisya itu diungkit. Kali ini, Qisya nekad meninggalkan suaminya dan Hafiey walaupun dia sedang hamil. Adakah sangkaan Qisya bahawa perkahwinan ini ialah perangkap Izz itu adalah benar?

GAMBAR PELAKON
Suamiku Paling Sweet

Pelakon Suamiku Paling Sweet
Pelakon drama Suamiku Paling Sweet
Drama Suamiku Paling Sweet
barisan pelakon

Carian Berkaitan

Pelakon TV3 2017, chomel adakah kerna dia lirik

Tags: #Drama #Paling #Suamiku #Sweet‬

author
Author: 
    [BIODATA] Farah Nabilah
    [BIODATA] Farah Nabilah
    Nama : Farah Nabilah binti Saipuddin Nama
    [SINOPSIS NOVEL] Mr.Grey
    [SINOPSIS NOVEL] Mr.Grey
    Sinopsis Novel Setia itu mahal yg tak
    [SINOPSIS] Salju Kyoto
    [SINOPSIS] Salju Kyoto
    Sinopsis Novel ‘When a man truly loves
    [SINOPSIS] Jangan Menangis Cinta
    [SINOPSIS] Jangan Menangis Cinta
    Sinopsis Novel Riyana seorang gadis dr keluarga

    Leave a reply "Drama Suamiku Paling Sweet (TV3)"

    Must read×

    Top