Drama Selamat Malam Tan Sri [TV2]

In Terkini 81 views
Pelakon utama Drama Selamat Malam Tan Sri TV2
Drama Selamat Malam Tan Sri dilakonkan oleh Datuk Eizlan Yusof, Reen Rahim dan Julia Ziegler sbg watak utama. Drama ini merupakan arahan drama bersiri pertama Raja Mukhriz dan tarikh tayangan masih belum dipastikan. Tunggu update drama ini ye!

Haliza Misbun yg sudah jarang muncul di kaca televisyen [terakhir pd tahun 2014] juga terlibat dlm drama ini memegang watak antagonis iaitu Datin Suhaila.
Profil Drama Selamat Malam Tan Sri
Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama
Studio : Iris Integrated Sdn Bhd dan Alaf 21 Sdn Bhd
Idea Asal : Novel Selamat Malam Tan Sri karya Sri Diah 
Pengarah : YM Raja Mukhriz
Pembantu Pengarah : Yusnita Yusof
Skrip : Ahmad Saabun
Episod : 26 Episod
Pelakon : Datuk Eizlan Yusof [Tan Sri Rahman Shah], Reen Rahim [sebagai Hanim Hanani], Julia Ziegler [sebagai Netty Karmila], Zain Alexander Mohamed [sebagai Hadi], Haliza Misbun [sebagai Datin Suhaila], Nikki Palikat, Marissa Yasmi dan Idris Khan [sebagai Saiful Azam].
Tayangan : 2017
Sinopsis Drama Selamat Malam Tan Sri
Mengisahkan seorang wartawan bernama Hanim Hanani yg membongkar rahsia Tan Sri Rahman. Tan Sri Rahman dikatakan beristeri dua secara rahsia. Tanpa disangka, Tan Sri Rahman mula jatuh hati dgn wartawan Hanim Hanani.
Keputusan Hanim Hanani memilih lelaki itu bukan kerana harta! Jika itulah alasan dan tuduhan, dia menafikan. Dia bukan memburu kemewahan. Bukan juga kerana kasihan. Malah lamaran cinta lelaki muda telah ditolak mentah-mentah.

Bagaimanapun Hanim Hanani tak menafikan soal harta, darjat dan prestij turut terbetik di hatinya. Sejak pertama kali memandang lelaki yg bergelar Tan Sri dlm tugasannya sbg wartawan itu, hatinya mula berdetik. Dia tak pasti apakah maknanya. Lelaki itu telah pun beristeri; bukan satu malah dua! Isteri-isterinya bukan calang-calang wanita. Mereka itu wanita ternama, berharta dan berkedudukan. Ketika itu Hanim Hanani sedikit pun tak terfikir utk bersaing dgn wanita-wanita itu. Dia pasti dia akan kalah…. tapi takdir menentukan segalanya!
 
Gambar Pelakon Drama Selamat Malam Tan Sri
 
Zain Alexander Mohamed sbg Hadi
Julia Zigler sbg Netty Karmila
 

Idris Khan dan Reen Rahim

Tags: #Drama #Malam #Selamat

author
Author: 
    Kesempatan Kedua (TV3)
    Kesempatan Kedua (TV3)
    Saksikan telefilem Kesempatan Kedua lakonan Kaka Azraff,
    Sinopsis Drama Kisah Yang Hilang
    Sinopsis Drama Kisah Yang Hilang
    Tajuk : Kisah Yang Hilang Mula Tayangan
    Sinopsis Telemovie Psikosis
    Sinopsis Telemovie Psikosis
    Tajuk : Psikosis Tarikh : 18 November
    Sinopsis Telemovie Bini Muda
    Sinopsis Telemovie Bini Muda
    Tajuk : Bini Muda Tarikh : 20

    Leave a reply "Drama Selamat Malam Tan Sri [TV2]"

    Must read×

    Top