Drama Sara Kirana [2017]

In Terkini 226 views
Pelakon utama – Hafreez Adam dan Mia Ahmad

Drama Sara Kirana merupakan satu lagi karya adaptasi novel yg bakal menggandingkan Hafreez Adam dan Mia Ahmad sbg pelakon utama. Drama arahan Amie Maziah ini merupakan drama terbitan Suhan Movie and Trading utk rancangan di slot RTM. Tarikh tayangan bermula juga tak dapat dipastikan.

Profil Drama Sara Kirana RTM

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama
Pengarah : Amie Maziah
Idea Asal : Novel Sara Kirana karya Ramlah Rashid
Studio : Suhan Movie and Trading Sdn Bhd
Pelakon : Hafreez Adam, Mia Ahmad
Episod : Belum Pasti
Siaran : RTM
Tarikh Tayang : Belum Pasti

Sinopsis Drama Sara Kirana RTM

Maisarah seorang isteri yg taat dan patuh kpd suaminya, Zulfakar. Namun tanpa sebab yg kukuh dia telah diceraikan. Melayari kehidupan rumah tangga bersama Zulfakar membuatkan Maisarah bahagia dgn caranya walaupun Zulfakar tak menghargainya sbg seorang isteri. Zahrin, adik Zulfakar telah membantu Maisarah kerana tiada siapa lagi yg boleh diharapkan. Di saat Maisarah memerlukan Zahrin tiba-tiba Zahrin telah pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara. 

Bertolak dr rasa kecewa akibat diceraikan, Maisarah bangkit semula sbg Sara Kirana, seorang penulis novel yg disegani. Dalam meniti hari-hari yg mendatang, Zahrin muncul menagih cinta Maisarah. Sebenarnya, Zahrin telah mencintai Maisarah sebelum dia bergelar isteri Zulfakar. Namun percintaan mereka mendapat tentangan dr bekas mentua Maisarah. Puan Zulaikha dan Haji Salam tak bersetuju kerana dianggap kurang manis memandangkan Zulfakar masih hidup.

Kerana sayangkan anak, akhirnya mereka menerima Maisarah sekali lagi menjadi menantu. Selepas mereka berkahwin, Zulfakar cuba mendekati Maisarah kembali. Perkahwinan barunya dgn Elly tak bahagia. Zahrin mula cemburu akan abangnya. Malang tak berbau, tiba-tiba Zahrin ditimpa kemalangan di tempat kerja dan terlantar koma berbulan-bulan.

Carian Berkaitan

sinopsis novel sara kirana, sara kirana, sinopsis sara kirana, sara kirana ep

Tags: #2017 #Drama #Kirana #Sara

author
Author: 
    Drama Aku Di Sisimu (TV1)
    Drama Aku Di Sisimu (TV1)
    RMT akan menyiarkan drama bersiri Aku Di
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Nantikan drama bersiri Mona Lisa adaptasi drpada
    Sinopsis Drama Mandatori
    Sinopsis Drama Mandatori
    Tajuk : Mandatori Mula Tayangan : 14
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Nantikan drama adapatasi novel Tiada Arah Jodoh

    Leave a reply "Drama Sara Kirana [2017]"

    Must read×

    Top