Drama Sape Dari Itali [RTM TV2]

In Terkini 458 views
nadia brian safie naswip beego
Poster dlm Drama Sape Dari Itali 2017

Siapa yg dah lama tak tengok Syafie Naswip berlakon? Boleh la layan drama. Siap cakap kelantan lagi tu. Drama Sape Dari Itali di bawah arahan Hazali Haji Ramli ini bakal ditayangkan bermula 23 Mac 2017 [esok] di TV2 RTM setiap hari Selasa hingga Khamis jam 9.00 Malam.
Profil Drama Sape Dari Itali 2017
Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama
Studio : Bright Network Sdn Bhd
Pengarah : Hazali Haji Ramli
Skrip : Adza Emie
Penerbit Eksekutif : Shaiful Adzhar Hashim
Pengurus Projek : Ekien Zainal
Pelakon : Syafie Naswip, Nadia Brian, Geoff Andre Feyaerts, Beego, Darlin, Syakilla Qoriri, Julia Ziegler, Mahmud Ali Baba, Zarynn Min, Sherry Merlis, Bil Azali, Ema Akma, Mat Over, Liza Zain, Idris MD Diah, Siti Chubby, Puteri Adrianna dan Ain Zahalan
Tarikh Tayangan : 23 Mac 2017
Slot : RTM TV2
Episod : 26 Episod

Trailer Drama Sape Dari Itali TV2 RTM 


Lagu Tema Drama Sape Dari Itali 2017

– Nyanyian Sara Musykirah
– Tajuk Lagu : Sape Dari Itali
– Lirik : Leslie Anak Eli


Opening Montage Drama Sape Dari Itali 2017 


Sinopsis Drama Sape Dari Itali TV2 RTM

Mengisahkan perjalanan watak gadis dr Itali, Lisandra sedang menyiapkan tesis PhD mengenai ‘Pencemaran Air.’ Ibunya, wanita Itali yg telah berkahwin dgn lelaki dr Malaysia tetapi telah terpisah selama 27 tahun. Sebelum meninggal dunia ibunya meminta Lisandra mencari bapanya di Sarawak, Malaysia. Lisandra akur kehendak ibunya dan datang ke Malaysia. Namun dia tak keseorangan apabila bekas kekasihnya Alexandro menyusulnya dgn alasan mahu memujuk Lisandra kembali kpdnya. Ternyata Alexandro kembali mengulangi kesalahannya curang dgn gadis lain dan akhirnya pulang ke Itali bila ditolak oleh Lisandra.

Sementara itu Zamani tinggal bersama ibu dan bapa tirinya. Zamani amat menyayangi ibunya tetapi tak suka kpd bapa tirinya yg seringkali mendera ibunya. Bapa tiri Zamani adalah seorang pengedar dadah dan juga seringkali diupah utk membuang bahan toksik kilang ke dlm sungai. Zamani bersahabat dgn Haris. Haris adalah seorang lelaki yg pandai ‘mengayat’ wanita. Lisandra pula sewaktu berada di chalet seringkali teringatkan ibunya terutama ketika beliau bermain Sape yg diberikan ibunya kpd dia.
Dalam usaha menyiapkan tesisnya, Lisandra telah terlibat dlm menyelesaikan masalah pembuangan bahan kimia bertoksik di sungai di Pantai Timur. Dia bertemu dgn Zamani dan mula berkawan. Hubungan itu juga disenangi oleh ibu Zamani, Haiza. Zamani membawa Lisandra yg ingin membeli batik ke butik Saharul. Saharul terpegun memandang wajah Lisandra yg mirip wajah isterinya dulu.
Gambar Pelakon Drama Sape Dari Itali TV2 
syafie naswip nadia brian beego
Syafie Naswip, Nadia Brian dan Beego
syafie naswip nadia brian
Syafie Naswip dan Nadia Brian

Carian Berkaitan

geoff andre feyaerts biodata, www drama tv2 sape dr itali, sapa dari itali lagu tema, sape dari itali episod akhir

Loading...

Tags: #Dari #Drama #Itali #Sape

author
Author: 
    Sinopsis Drama Mr London Ms Langkawi
    Sinopsis Drama Mr London Ms Langkawi
    Tajuk : Mr London Ms Langkawi Mula
    Telemovie Cinta Bersegi Segi Lakonan Mawar Rashid, Nazirul Mubin
    Telemovie Cinta Bersegi Segi Lakonan Mawar Rashid, Nazirul Mubin
    Saksikan telefilem Cinta Bersegi-Segi arahan Shuhaimi Lua.
    OST Drama Red Velvet
    OST Drama Red Velvet
    Dengarkan lagu tema drama Red Velvet berjudul
    Cinta Bersegi-Segi (TV9)
    Cinta Bersegi-Segi (TV9)
    Saksikan telefilem Cinta Bersegi-Segi arahan Shuhaimi Lua.

    Leave a reply "Drama Sape Dari Itali [RTM TV2]"

    Must read×

    Top