Drama Pinggang Tak Retak Nasi Tak Dingin 2017 [Slot Akasia TV3]

In Terkini 848 views

Bersama ??????? #pinggantakretaknasitakdingin
A post shared by Country&Universal Sdn Bhd (@jalenarejab) on

[Azrel Ismail, Idris Khan dan Jalena Rejab] 
Satu lagi novel bakal diadaptasi ke drama bersiri iaitu novel Pinggang Tak Retak Nasi Tak Dingin karya Umi Syidah. Ini merupakan novel pertama tulisan Umi Syidah. Memang terbaik! Drama 28 episod ini bakal mengisi slot Akasia namun tarikh tayangan masih belum dapat dipastikan.
Profil Drama Pinggang Tak Retak Nasi Tak Dingin 2017
Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama
Studio : Country Universal Sdn Bhd [Drama Nahu Rindu]
Pengarah :
Penulis : 
Idea Asal : Novel Pinggang Tak Retak Nasi Tak Dingin karya Umi Syidah
Pelakon : Azrel Ismail [Drama Cucu Tauke Beras], Idris Khan [Mr Donat Karamel]
Episod :28 Episod
Siaran : Slot Akasia TV3
Tarikh Tayangan :  
Idris Khan sbg Sharul Nizam
Azrel Ismail sbg Saiful Mizan 
Sinopsis Drama Pinggang Tak Retak Nasi Tak Dingin
sumber : goodreads.
Sehari sebelum majlis perkahwinannya, Yuhanis dikejutkan dgn berita tunangnya, Sharul Nizam enggan menikahinya. Bimbang maruah keluarga tercemar, Yuhanis menebalkan muka merayu dan memaksa supaya Saiful Mizan merangkap abang kpd Sharul Nizam supaya mengahwininya.
“Perempuan apa awak ni ha?! Tak malu ke merayu pd lelaki yg tak sudi? Inilah orang kata, perigi cari timba. Tengok awak pun saya tak ada selera. Inikan lagi nak menikah.”– Saiful Mizan.
“Saya tak akan minta apa-apa dr awak, saya tak akan tuntut apa-apa dr awak. Apa saja permintaan awak, saya akan ikut. Saya merayu, tolonglah.”- Yuhanis.

Yuhanis tak peduli dan terus mendesak. Akhirnya Saiful Mizan bersetuju namun bersyarat.

“Saya tak mahu awak mengganggu hidup saya. Bila saya berada di rumah, awak jangan lalu-lalang menyemakkan mata saya, faham? Awak nak buat apa, nak ke mana pun, suka hati awaklah. Saya izinkan dan saya tak kesah sebab awak bukan urusan saya. Jangan fikir perkahwinan ini utk selamanya. Okey?”- Saiful Mizan

Kata-kata Saiful Mizan memakan diri apabila lama-kelamaan dia mula terpaut hati dgn Yuhanis gara-gara sifat Yuhanis yg penyabar dan patuh kpdnya walaupun tak dilayan selayaknya. Mereka mula mengecapi bahagia tetapi muncul pula bekas tunang Yuhanis dan muncul juga Suraya, bekas isteri Saiful Mizan yg mahu merebut cinta mereka kembali.

“Abang Mizan, how I miss you. I want to be with you.”- Suraya
“Hani tahu kan, abang sayang Hani. Abang cinta Hani.”- Sharul Nizam

Rumah tangga yg dibina mula goyah. Kebahagiaan mereka mula dilanda badai. Ada rahsia yg belum terlerai. Ada cinta yg belum terucap. Ada perkara yg belum selesai. Mampukan Saiful Mizan mempertahankan Yuhanis sbg isterinya?


Gambar Pelakon Drama Pinggang Tak Retak Nasi Tak Dingin 2017

Idris Khan dan Azrel Ismail


Carian Berkaitan

senarai lagu pinggan tak retak nasi tak dingin, pinggan tak retak nasi tak dingin pelakon, drama pinggan tak retak nasi tak dingin, pelakon pinggan tak retak nasi tak dingin

Loading...

Tags: #2017 #Akasia #Dingin #Drama #Nasi #Pinggang #Retak #Slot

author
Author: 
    The Berlian Job (Karya 12)
    The Berlian Job (Karya 12)
    Saksikan telefilem The Berlian Job arahan pengarah
    Nur 3 Pagi (TV3)
    Nur 3 Pagi (TV3)
    Sempena Maal Hijrah, TV3 akan menayangkan telefilem
    Drama Red Velvet – Neelofa dan Alif Satar
    Drama Red Velvet – Neelofa dan Alif Satar
    Nantikan drama adaptasi novel Red Velvet karya
    Drama Red Velvet Lakonan Alif Satar, Neelofa
    Drama Red Velvet Lakonan Alif Satar, Neelofa
    Nantikan drama adaptasi novel Red Velvet karya

    Leave a reply "Drama Pinggang Tak Retak Nasi Tak Dingin 2017 [Slot Akasia TV3]"

    Must read×

    Top