Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin ,Adaptasi Novel

In Terkini 152 views
Nantikan drama adaptasi novel Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin karya Umi Syidah akan menghiasi slot Akasia TV3. Bakal menampilkan gandingan Raysha Rizrose, Azrel Ismail, dan Idris Khan. Drama terbitan Country & Universal Sdn Bhd ini diarahkan oleh Nizam Zakaria. Akan menemui penonton bermula 10 Julai 207, setiap Isnin hingga Khamis jam 6.58 petang di TV3.
JUDUL : NASI TAK RETAK, NASI TAK DINGIN
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 10 Julai 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.58 petang
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP : Sofia J Rhyland
PENULIS NOVEL : Umi Syidah
PENGARAH : Nizam Zakaria
TERBITAN : Country & Universal Sdn Bhd
PELAKON : Raysha Rizrose, Azrel Ismail, Idris Khan, Aprena Manrose, Zera Hariz, Zulkifli Ismail, Sheila Mambo, Zain Hamid

WATAK PELAKON 
Raysha Rizrose sbg Yuhanis (Hani)
Idris Khan sbg Saiful Mizan
Azrel Ismail sbg Sharul Nizam
Zera Hariz sbg Shila
Aprena Manrose sbg Suraya 

SINOPSIS NASI TAK RETAK NASI TAK DINGIN
Sehari sebelum majlis perkahwinannya, Yuhanis dikejutkan dgn berita tunangnya, Sharul Nizam enggan menikahinya. Bimbang maruah keluarga tercemar, Yuhanis menebalkan muka merayu dan memaksa supaya Saiful Mizan merangkap abang kpd Sharul Nizam supaya mengahwininya.
Pada mulanya Mizan, menolak sekerasnya kerana tak mahu menjadi pak turut. Mizan juga masih trauma dgn perceraianya dua tahun lalu. 
Akhirnya Saiful Mizan bersetuju namun bersyarat. Dia tak mahu diganggu dan menganggap ikatan perkahwinan hanya bersifat sementara.
Kata-kata Saiful Mizan memakan diri apabila lama-kelamaan dia mula terpaut hati dgn Yuhanis gara-gara sifat Yuhanis yg penyabar dan patuh kpdnya walaupun tak dilayan selayaknya. Mereka mula mengecapi bahagia tetapi muncul pula bekas tunang Yuhanis dan muncul juga Suraya, bekas isteri Saiful Mizan yg mahu merebut cinta mereka kembali.
Rumah tangga yg dibina mula goyah. Kebahagiaan mereka mula dilanda badai. Ada rahsia yg belum terlerai. Ada cinta yg belum terucap. Ada perkara yg belum selesai. Mampukan Saiful Mizan mempertahankan Yuhanis sbg isterinya?

Carian Berkaitan

aprena manrose

Tags: #Adaptasi #Dingin #Drama #Nasi #NOVEL #Pinggan #Retak

author
Author: 
    Biodata Farah Nabilah Pelakon Baru – Drama Ttian Cinta [Slot Akasia TV3]
    Biodata Farah Nabilah Pelakon Baru – Drama Ttian Cinta [Slot Akasia TV3]
    Nama Penuh: Farah Nabilah Saipuddin Nama Komersil:
    Drama Dia Anak Jeneral (TV2)
    Drama Dia Anak Jeneral (TV2)
    Drama bersiri ‘Dia Anak Jeneral’ yg diadaptasi

    Leave a reply "Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin ,Adaptasi Novel"

    Must read×

    Top