Drama Papa Nak Menantu (TV3)

In Terkini 210 views

Papa Nak Menantu

Nantikan drama bersiri adaptasi novel Papa Nak Menantu karya Hasrudi Jawawi. Menampilkan gandingan Hafidz Roshdi, Jaja Iliyes serta Aman Graseka. Drama romantik komedi ini diarahkan oleh Chad Abd Rahman. Akan ditayangkan menerusi slot Dahlia TV3. 

JUDUL : PAPA NAK MENANTU 
TARIKH / MASA : 2017
SIARAN : Slot Dahlia TV3
PENULIS NOVEL : Hasrudi Jawawi
PENGARAH : Chad Abd Rahman 
TERBITAN : Zeel Production Sdn.Bhd
PELAKON : Jaja Iliyes, Hafidz Roshdi, Aman Graseka, Rais Hazlin, Aedy Ashraf, Haliza Misbun
WATAK PELAKON
Jaja Iliyes sbg Syahirah
Hafidz Roshdi sbg Azrin Aidil
Aman Graseka sbg Pak Saad
SINOPSIS PAPA NAK MENANTU 
Kisah Pak Saad yg mahukan anak tunggalnya, Syahirah carikan dia menantu sebelum dia berusia 50 tahun dek kerana sikap anaknya itu yg kasar, pemalas dan keras kepala. Pak Saad mengugut jika tak ditunaikan dia akan kahwinkan dgn Pak Mat Tempe yg sudah berusia 55 tahun. Dia berharap bila anaknya bersuami kelak, suaminya boleh mengubah sikapnya. 
Tanpa pilihan, Syahirah bertungkus-lumus utk mencari calon suami dan dia dibantu oleh Syakir dan Nabila. Laman sosial Facebook menjadi tempat carian bakal suaminya. Pelbagai lelaki dia temui, Tauke Belacan, lelaki berstatus Dato, Si Gigi Mancung, Si Ketiak Busuk, yg sudah beristeri tiga, budak 15 tahun dan, lelaki dua alam. Semuanya, rejected!
Namun, atas pujukan best friend forevernya, dia bertemu dgn lelaki kelapan, Azrin Aidil seorang jurulatih di gim. Tatkala hati mula bergetar, muncul pula kekasih lama, Nazim. Serba salah dia dibuatnya. Siapa yg Syahirah akan pilih? Azrin Aidil atau Nazim si kekasih lamanya yg muncul semula selepas tujuh tahun menghilangkan diri itu?

Tags: #Drama #Menantu #Papa

author
Author: 
    Drama Sesegar Nailofar (TV1)
    Drama Sesegar Nailofar (TV1)
    Nantikan drama adaptasi novel Sesegar Nailofar karya
    Sinopsis Telemovie Jodoh Tak Salah Alamat
    Sinopsis Telemovie Jodoh Tak Salah Alamat
    Tajuk : Jodoh Tak Salah Alamat Tarikh
    Sinopsis Telemovie Pok Ya Cong Codei
    Sinopsis Telemovie Pok Ya Cong Codei
    Tajuk : Pok Ya Cong Codei Tarikh

    Leave a reply "Drama Papa Nak Menantu (TV3)"

    Must read×

    Top