Drama Papa Nak Menantu 2017 [Slot Dahlia TV3]

In Terkini 259 views

Azrin , irah dan dwan #papanakmenantu #stillworking #alhamdulillah #jajailias #hafidzroshdi #raishazzlin
A post shared by Rais hazlin Rezuwan (@raishazzlin) on

[Pelakon Drama Papa Nak Menantu – Hafidz Roshdi, Jaja Ilias dan Rais Hazlin Rezuwan]
Satu lagi drama adaptasi novel bakal ditayangkan di TV3 slot Dahlia. Kali ini novel milik Hasrudi Jawawi menjadi taruhan pengarah Murali Abdullah yg sebelum ini menghasilkan drama spt Drama Amsyar dan Drama Jejak Karmilla.

Drama Papa Nak Menantu ini menggandingkan Hafidz Roshdi dan Jaja Ilias sbg watak utama dan dlm proses pengambaran lagi. Tarikh tayangan juga belum dapat dipastikan.

Profil Drama Papa Nak Menantu TV3

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Romantik Komedi
Studio : Zeel Production Sdn Bhd
Idea Asal : Novel Papa Nak Menantu karya Hasrudi Jawawi
Pengarah : Murali Abdullah
Skrip :  Mufid Shuhaimi
Pelakon : Hafidz Roshdi, Jaja Ilias, Aman Graseka, Rais Hazlin Rezuwan, Afiq Anuar dan Shila Mambo.
Episod : 20 Episod 
Slot : Dahlia TV3 [Setiap Jumaat hingga Ahad, jam 7.00 hingga 8.00 malam]
Sinopsis Drama Papa Nak Menantu 2017
Sinopsis Novel – Facebook Pages Papa Nak Menantu

Bila Pak Saad naik hantu, terus dia nak menantu! Walau apa pun yg terjadi, dia mahu satu-satu anak tunggalnya carikan dia menantu sebelum atau selewat-lewatnya pd hari lahirnya yg ke 50 tahun. Dia dah tak tahan dgn sikap anaknya yg kasar, keras kepala dan pemalas mengalahkan kambing gurun! Dia berharap, bila anaknya bersuami kelak, suaminya boleh mengubah sikapnya.
Syahirah terkejut. Permintaan abahnya itu memang klise! Tapi, demi mengelak dia dikahwinkan dgn Pak Mat jual tempe yg sudah berusia 55 tahun itu, dia terpaksa mencari bakal suami pilihannya sendiri. Dia tak sanggup bersuamikan lelaki tua yg sudah ada cicit. Laman sosial Facebook menjadi tempat carian bakal suaminya. 
Pelbagai lelaki dia temui, Tauke Belacan, lelaki berstatus Dato, Si Gigi Mancung, Si Ketiak Busuk, yg sudah beristeri tiga, budak 15 tahun dan, lelaki dua alam pun ada! Pening! Semuanya, rejected!
Dia hampir berputus asa. Namun, atas pujukan best friend forevernya, dia bertemu dgn lelaki kelapan, Azrin Aidil si badan ketak-ketak. Tatkala hati mula bergetar, muncul pula kekasih lama, Nazim. Serba salah dia dibuatnya. Siapa yg Syahirah akan pilih? Azrin Aidil atau Nazim si kekasih lamanya yg muncul semula selepas tujuh tahun menghilangkan diri itu?
“Memandangkan kau memang tahap malas nak kerja, abah nak kau cari suami. Kahwin! Biar suami kau ajar kau sikit erti sebuah kehidupan. Abah dah letih. Abah nak menantu sebelum usia abah 50 tahun!” – Pak Saad
“Aku ni kalau boleh, nak lelaki yg boleh terima aku seadanya. Sanggup terima aku yg kasar ni. Kau ingat tak penat, nak jadi lemah gemalai? Tu bukan diri aku. Aku tak suka hipokrit.’ – Syahirah
“Tengok situasi. Buat masa ni aku masih belum jumpa lagi wanita yg aku cari. Nak cari kekasih hati ni, mana boleh dlm sekelip mata. Kenalah perlahan-lahan. Biasanya, benda yg kita dapat dlm sekelip mata ni, boleh hilang dlm sekelip mata jugak.” – Aidil.
“Saya faham situasi awak. Dalam masa sejam, kita boleh jatuh cinta pd seseorang tu. Tapi, utk melupakan orang yg kita jatuh cinta dlm masa sejam tu, memerlukan masa berbulan-bulan, bahkan ada yg memakan masa bertahun-tahun utk kita lupakan dia.” – Nazim


Carian Berkaitan

papa nak menantu episod 1, papa nak menantu full, sinopsi papa nak menantu, drama papa nak menantu episode 1

Tags: #2017 #Dahlia #Drama #Menantu #Papa #Slot

author
Author: 
    Sinopsis Drama Mandatori
    Sinopsis Drama Mandatori
    Tajuk : Mandatori Mula Tayangan : 14
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Nantikan drama adapatasi novel Tiada Arah Jodoh
    Drama Isteri Untuk Diiktiraf
    Drama Isteri Untuk Diiktiraf
    Nantikan drama bersiri Isteri Untuk Diiktiraf adaptasi
    Sinopsis Telemovie Gadis Kosmos
    Sinopsis Telemovie Gadis Kosmos
    Tajuk : Gadis Kosmos Tarikh : 9

    Leave a reply "Drama Papa Nak Menantu 2017 [Slot Dahlia TV3]"

    Must read×

    Top