Drama Nasi Minyak Kuah Cinta [Slot Dahlia TV3]

In Terkini 58 views



DRAMA : NASI MINYAK KUAH CINTA
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 9 Oktober 2016
HARI / MASA : Jumaat-Ahad, 6.58 petang
SIARAN : Slot Dahlia TV3
SKRIP : Azmu Ariff / Nadhirah Megat Osman
IDEA ASAL : Raja Azidah
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Nazrief Nazri, Emma Maembong, Aishah Ilias, Shahz Jaszle, Anas Ridzuan, Idzham Ismail, Riezman Khuzaimi, Ieka Simone, Fara Lyna Gbob, Henzi Andalas, Wan Nor Azlin, Laila Nasir, Aleza Shadan, Tunku Hanis, Acong Sweetchild, Mak Wan Latah, Shakilla Khoriri, Nu’man, Roslan Shah
LAGU TEMA / OST NASI MINYAK KUAH CINTA
Tajuk : Hanya Dirimu
Penyanyi : Eleena Harris & Mark Adam
SINOPSIS NASI MINYAK KUAH CINTA
Mengisahkan tentang Izka (Nazrief Nazri), seorang wartawan di sebuah stesen televisyen, secara tak sengaja telah bertemu dgn Mia (Emma Maembong) di dlm sebuah bas ketika ingin bercuti pulang ke kampung. Mia baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat ijazah dlm bidang komunikasi massa. Dia masih mencari pekerjaan yg sesuai dgn dirinya.Ketika di dlm bas, Izka dan Mia mendapati nombor tempat duduk mereka sama. Oleh kerana kedua-duanya mempunyai tahap ego yg tinggi, maka tercetuslah pertengkaran antara mereka. Akhirnya, mereka berdua terpaksa menaiki bas yg berlainan setelah dihalau keluar oleh pemandu bas tersebut. Kedua-dua terpaksa mengambil bas di waktu petang. Mia menyalahkan Izka kerana tak sempat menghantar ibu dan bapanya ke lapangan terbang utk mengerjakan umrah.Drama antara mereka berdua berlanjutan apabila Mia mula menjalani latihan praktikal di stesen televisyen yg sama dgn Izka. Ini memberi peluang kpd Izka utk membalas dendam terhadap Mia. Izka kurang bertuah dlm percintaan dan telah dua kali putus cinta. Mungkin disebabkan itu Izka agak dingin dgn perempuan dan menyerah soal jodoh kpd ibunya Azizah.Satu hari, Izka menghantar kereta antik kesayangannya ke bengkel. Suraya (Aishah Ilias) yg merupakan seorang pengasas produk kecantikan, turut menghantar keretanya di bengkel yg sama. Suraya perli kereta Izka yg buruk itu. Izka tak mengendahkan kata-kata Suraya. Tanpa disangka, Suraya bertemu semula dgn Izka kerana dia ditugaskan utk membuat liputan produk kecantikan milik Suraya. Ini membuatkan Suraya berasa serba salah dan terus berubah perangai menjadi baik dan bermulut manis.Di kampung, Azizah telah mengaturkan pertunangan Izka dgn gadis bernama Zulaikha. Pada masa yg sama, ibu dan bapa Mia juga telah mengaturkan jodoh utk Mia dgn jejaka pilihan mereka bernama Putra. Sekali lagi ibu Izka menyuruh Izka pulang ke kampung utk bertemu dgn Zulaikha.Namun, Izka terpaksa pulang sehari selepas tarikh yg ditetapkan ibunya kerana Mia pun bercuti pd hari yg sama. Zulaikha ada meninggalkan nasi minyak dan kuah kari ayam yg dimasaknya utk Izka. Selepas merasai masakan Zulaikha, Izka mula rasa terpikat lalu dia pun meminta ibunya utk meminang Zulaikha.Apa yg tak diketahui oleh Mia dan Izka adalah mereka sebenarnya merupakan tunang masing-masing. Mia mesra dipanggil ‘Zulaikha’ oleh keluarganya kerana dia kuat menangis waktu kecil dahulu dan nama itu diberi oleh neneknya sbg ‘pengubat’.Pada masa yg sama, Mia bertanya tentang Putra kpd ibunya. Dia hanya pernah berbual dgn Putra melalui telefon sahaja. Sudah semestinya perasaan ingin tahu itu semakin kuat. Apakah perasaan Mia dan Putra selepas mendapat tahu bahawa mereka telah bertunang dgn musuh ketat mereka sendiri? Adakah perasaan benci itu akan bertukar menjadi cinta?

DOWNLOAD DRAMA NASI MINYAK KUAH CINTA
WATCH ONLINE DRAMA NASI MINYAK KUAH CINTA

Tags: #Cinta #Dahlia #Drama #Kuah #Minyak #Nasi #Slot

author
Author: 
    [BIODATA] Farah Nabilah
    [BIODATA] Farah Nabilah
    Nama : Farah Nabilah binti Saipuddin Nama
    [SINOPSIS NOVEL] Mr.Grey
    [SINOPSIS NOVEL] Mr.Grey
    Sinopsis Novel Setia itu mahal yg tak
    [SINOPSIS] Salju Kyoto
    [SINOPSIS] Salju Kyoto
    Sinopsis Novel ‘When a man truly loves
    [SINOPSIS] Jangan Menangis Cinta
    [SINOPSIS] Jangan Menangis Cinta
    Sinopsis Novel Riyana seorang gadis dr keluarga

    Leave a reply "Drama Nasi Minyak Kuah Cinta [Slot Dahlia TV3]"

    Must read×

    Top