Drama Namaku Bedah (2017)

In Terkini 226 views

SINOPSIS NAMAKU BEDAH
Mengisahkan Bedah (Aishah Azman), seorang gadis pintar dan lincah namun mempunyai perwatakan yg gedik dan sentiasa ingin bergaya. Wajah cantik dimilikinya telah membuatkan ramai jejaka tertarik dgn Bedah namun mereka mentertawakannya apabila mendapat tahu nama sebenar Bedah malah dijadikan bahan ejekan. Bedah adalah gabungan nama tanda kasih sayang ibunya iaitu, Hamidah dan ayahnya, Bedul.

Selepas tamat persekolahan, Bedah telah melanjutkan pengajian ke kolej. Di kolej, Bedah menjadi perhatian ramai pelajar lelaki. Sehinggakan ada yg tak tidur malam, dan bergaduh semata-mata nak berebut mendapatkan hati Bedah. Suatu hari secara tak sengaja Bedah bertemu dgn Zuhairi (Nadzmi Adhwa), seorang anak jutawan terkenal. Bedah terpegun dgn ketampanan Zuhairi. Rupa-rupanya Bedah tak bertepuk sebelah tangan, kerana Zuhairi juga turut meminati Bedah. Mengetahui status Zuhairi Bedah menggunakan nama samaran sbg Puteri Anis.

Bedah sangat teruja hingga apa yg dilakukannya serba tak kena. Bedah juga telah berjanji dgn dirinya sendiri utk tak melepaskan Zuhairi dlm hidupnya hinggakan dia berfikir utk berhenti belajar dan terus berkahwin. Dia menceritakan perihal ini kpd Tasha (Syainie Aida), teman karibnya sejak dr kampung lagi, tetapi ideanya itu ditentang oleh Tasha yg merasakan perjalanan mereka masih jauh dan tak perlu utk berhenti belajar. Bedah sudah lupa diri, dia juga nekad utk menukar namanya agar tak diketahui Zuhairi. Bedah meminta pertolongan Iskandar yg mempunyai kenalan utk menukar nama pd kad pengenalannya.

Bedah mahu dikenali sbg Puteri Anis. Kerana mempunyai kekasih yg kaya, Bedah juga mengubah penampilannya, bergaya mewah dan tak lagi spt gadis kampung. Bedah juga sudah mula bercakap besar dan bersikap sombong dgn orang-orang di kampung. Apabila Puan Hamidah mengetahui keputusan Bedah utk berhenti belajar dan berkahwin, keputusan itu ditentang sekeras-kerasnya. Puan Hamidah turut meminta Zuhairi utk datang berjumpa dgnnya terlebih dahulu. Walaupun Zuhairi tak biasa dgn suasana kampung, dia sanggup kerana ingin mengambil hati bakal mertuanya itu. Bedah risau kerana jika Zuhairi menemui ibunya, segala rahsia bakal terbongkar.

Dapatkah Zuhairi menerima Bedah setelah mengetahui dia telah ditipu oleh Bedah? Adakah ibunya juga dapat memaafkan Bedah?

JUDUL : NAMAKU BEDAH
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 5 Februari 2017
HARI / MASA : Selasa-Ahad 8.30 malam
SIARAN : Slot Kelakarama TV9
SKRIP : Shahremy Ikmal
PENGARAH : Shuhaimi Lua Abdullah
TERBITAN : Tanah Beris Film Production Sdn Bhd
PELAKON : Aishah Azman, Niezam Zaidi, Syainie Aida, Nadzmi Adhwa, Ardell Aryana, Rashidah Jaafar, Rosnah Mat Aris, Razak Ahmad, Feiyna Tajudin, Kamal Bakar, Hanif Safuan, Radhi Khalib, Ferth Jasni, Zahir

WATAK PELAKON
Aishah Azman sbg Bedah
Nadzmi Adhwa sbg Zuhairi
Syainie Aida sbg Tasha
Ardell Aryana sbg Umairah
Niezam Zaidi sbg Sood
Rashidah Jaafar sbg Hamidah
Rosnah Mat Aris sbg Rokiah
Razak Ahmad sbg Pak Halim
Feiyna Tajudin sbg Izzah
Hanif Safuan sbg Iskandar
Farouk Hussain sbg Dr.Asri
Kamal Bakar sbg Tok penghulu

LAGU TEMA NAMAKU BEDAH
Lagu : Namaku Bedah
Penyanyi : Syafeek Ikhwan


Carian Berkaitan

feina tajuddin, senarai lagu dalam namaku bedah

Tags: #2017 #Bedah #Drama #Namaku

author
Author: 
    Kesempatan Kedua (TV3)
    Kesempatan Kedua (TV3)
    Saksikan telefilem Kesempatan Kedua lakonan Kaka Azraff,
    Sinopsis Drama Kisah Yang Hilang
    Sinopsis Drama Kisah Yang Hilang
    Tajuk : Kisah Yang Hilang Mula Tayangan
    Sinopsis Telemovie Psikosis
    Sinopsis Telemovie Psikosis
    Tajuk : Psikosis Tarikh : 18 November
    Sinopsis Telemovie Bini Muda
    Sinopsis Telemovie Bini Muda
    Tajuk : Bini Muda Tarikh : 20

    Leave a reply "Drama Namaku Bedah (2017)"

    Must read×

    Top