Drama My Coffee Prince Lakonan : Fattah Amin, Janna Nick, Fahrin Ahmad,

Nantikan adaptasi drama popular Korea Selatan bertajuk ‘Coffee Prince’. Bakal menampilkan gandingan utama Fattah Amin dan Janna Nick. Turut membintangi Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Daiyan Trisha,  Elly Suriati dan ramai lagi. Drama bersiri versi Malaysia ini diarahkan oleh Michael Ang. Akan mula ditayangkan pd 27 November 2017, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.

JUDUL : MY COFFEE PRINCE
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 27 November 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
PENGARAH : Michael Ang
TERBITAN : Juita Viden Sdn Bhd
PELAKON : Fattah Amin, Janna Nick, Fahrin Ahmad, Diana Danielle, Daiyan Trisha, Sean Lee, Zain Hamid, Syafiq Ahmad, Ellie Suriaty, Faez Azemi, Sharifah Shahirah, Jasmin Hamid, Ejoy Azari

WATAK PELAKON 
Fattah Amin sbg Raykal
Janna Nick sbg Dani
Fahrin Ahmad sbg Amri 
Daiyan Trisha sbg Ira 
Faez Azemi sbg Riduan
Sean Lee sbg Jia Wu
Syafiq Ahmad sbg Hadi
Zain Ahmad sbg Syukri
Sharifah Shahira sbg Zahara
LAGU TEMA / OST MY COFFEE PRINCE 
Tajuk : Sebentar Saja
Penyanyi : Janna Nick

SINOPSIS MY COFFEE PRINCE 


Menceritakan kisah Dani, seorang gadis yg sering disalah anggap sbg lelaki. Dani tinggal bersama ibunya Zahara dan adiknya Ira. Manakala Rayqal, seorang ahli perniagaan muda tak mengetahui Dani sebenarnya seorang gadis, lalu menawarkan pekerjaan kpdnya di kafe yg hanya dikhususkan utk pekerja lelaki. Dani yg perlu bekerja keras utk menyara keluarganya menerima tawaran tersebut.
Sejak Dani mula bekerja di kafe itu, Rayqal secara tak sengaja telah jatuh hati kpd Dani. Perasaan ini menyebabkan Rayqal mula meragui seksualiti dirinya kerana di matanya, Dani adalah seorang lelaki. Sementara itu, Dani juga telah mula menyukai Rayqal, namun tak mahu mendedahkan bahawa dirinya ialah seorang gadis kerana beliau takut kehilangan pekerjaan.

Tags: #Ahmad #Amin #Coffee #Drama #Fahrin #Fattah #Janna #Lakonan #Nick #Prince

author
Author: 
    Telemovie Pok Ya Cong Codei Lakonan Sabri Yunus, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose
    Telemovie Pok Ya Cong Codei Lakonan Sabri Yunus, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose
    Jangan ketinggalan utk menyaksikan telefilem bertajuk Pok
    Drama Budak Boys Nafiz Muaz, Ashraf Muslim, Nafiez Zaidi
    Drama Budak Boys Nafiz Muaz, Ashraf Muslim, Nafiez Zaidi
    Nantikan drama bertajuk Budak Boys yg akan
    Drama Dia Anak Jeneral Lakonan Niena Baharun, Fattah Amin
    Drama Dia Anak Jeneral Lakonan Niena Baharun, Fattah Amin
    Drama bersiri ‘Dia Anak Jeneral’ yg diadaptasi

    Leave a reply "Drama My Coffee Prince Lakonan : Fattah Amin, Janna Nick, Fahrin Ahmad,"

    Must read×

    Top