Drama Muzium Misteri (2017)

In Terkini 848 views

SINOPSIS MUZIUM MISTERI
Mengisahkan Adam (Along Eyzendy) dan Shah (Bell Ngasri), penuntut kejuruteraan di Jepun kembali pulang ke Malaysia pulang setelah tamat pengajian. Mereka berdua merupakan pelajar yg bijak. Sekembalinya ke Malaysia, mereka berdua masih belum mendapat peluang pekerjaan.

Sewaktu menuntut di Jepun, mereka mencipta alat utk menangkap lembaga atau hantu bersama beberapa penuntut dr Jepun. Mereka mendapat idea utk menjadi penangkap hantu dgn alat ciptaan mereka. Adam dan Shah mengajak Danial (Shah Sulaiman), rakan sekampung mereka utk membantu. Bermulalah mereka bertiga dgn pekerjaan ala “Ghostbusters” di seluruh pelusuk kampung. Walaupun begitu, niat mereka utk menjadi penangkap hantu pd mulanya tak mendapat restu ibu Adam kerana ibunya merasakan ia adalah perbuatan yg sia-sia sedangkan dia berkelulusan tinggi.

Shah pula ditinggalkan Hana (Sasqia) kekasihnya kerana keluarga Hana enggan bermenantukan Shah yg hanya bekerja mencari hantu sedangkan itu hanyalah alasan Hana kerana dia sudah punya pilihan lain yg lebih kacak drpada Shah. Danial pula mempunyai ramai adik beradik yg bersekolah jadi dia tiada pilihan pekerjaan selain mengikut Shah dan Adam mencari hantu. Tetapi pekerjaan mereka ini kemudiannya viral di Facebook dan mula mendapat permintaan yg tinggi drpada orang ramai.

Sementara itu, Encik Bad (AR. Badul) memiliki sebuah muzim yg mempamerkan replika makhluk ghaib dan lembaga yg menakutkan iaitu Muzium Misteri. Encik Bad merasakan tubuhnya bagai telah diganggu sesuatu. Apabila terlihat video viral Adam, Danial dan Shah, Encik Bad menghubungi mereka bertiga dan meminta bantuan utk mengimbas badannya. Ternyata memang benar Encik Bad telah diganggu oleh Penunggu yg menumpang di badannya. Encik Bad kemudian mendapat idea utk memajukan lagi perniagaanya. Sejak kebelakangan ini, muzium kurang mendapat sambutan lebih-lebih lagi apabila terdapat muzium baharu yg diusahakan oleh pesaingnya iaitu Encik Tar (Kamarul Hj. Yusof).

Encik Bad mengupah Adam, Danial dan Shah dgn kepakaran mereka utk menangkap hantu yg seterusnya akan dipamerkan di muziumnya. Sudah pasti jika menggunakan hantu atau lembaga yg betul, muziumnya bakal mendapat sambutan. Pada mulanya Adam dan Shah enggan. Danial pula hanya ikut sahaja. Tetapi sebaik sahaja Adam dan Shah ternampak Nur (Chacha Maembong), anak Encik Bad yg cantik mereka berdua terus setuju.

Encik Tar pula apabila melihat muzim Encik Bad semakin ramai dgn pengunjung mula tak senang duduk. Encik Tar sanggup melakukan apa saja utk memusnahkan Muzium Lembaga Encik Bad. Adakah Encik Tar akan berjaya? Apakah Adam, Danial dan Shah akan kekal bersatu selamanya utk menangkap hantu?

JUDUL : MUZIUM MISTERI
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 3 Oktober 2017
HARI / MASA : Isnin-Rabu, 10.00 malam
SIARAN : Slot Seramedi (TV3)
SKRIP : MF Kencana
PENGARAH : Hashim Rejab
TERBITAN : Zamriez Golden Picture
PELAKON : Bell Ngasri, Shah Sulaiman, Along Eyzendy, AR Badul, Chacha Maembong, Kuza, Kamarul Hj. Yusof, Sasqia Dahuri, Iswan Ismail, Syazuwan Hassan, Man Raja Lawak, Da’i Annas, Hilal Azman, Gbob, Annie Arifin, Firdaus Ghufran

WATAK PELAKON
Bell Ngasri sbg Shah
Along Eyzendy sbg Adam
Shah Tapaw sbg Danial
Sasqia Dahuri sbg Hana
AR. Badul sbg Encik Bad
Kamarul Hj. Yusof sbg Encik Tar
Chacha Maembong sbg Nur


Carian Berkaitan

lagu tema ost muzium misteri, lagu ost muzium misteri, Lagu tema drama muzium misteri, lagu tema mezium misteri

Tags: #2017 #Drama #Misteri #Muzium

author
Author: 
    Drama My Coffee Prince Lakonan : Fattah Amin, Janna Nick, Fahrin Ahmad,
    Drama My Coffee Prince Lakonan : Fattah Amin, Janna Nick, Fahrin Ahmad,
    Nantikan adaptasi drama popular Korea Selatan bertajuk
    Kesempatan Kedua (TV3)
    Kesempatan Kedua (TV3)
    Saksikan telefilem Kesempatan Kedua lakonan Kaka Azraff,
    Sinopsis Drama Kisah Yang Hilang
    Sinopsis Drama Kisah Yang Hilang
    Tajuk : Kisah Yang Hilang Mula Tayangan
    Sinopsis Telemovie Psikosis
    Sinopsis Telemovie Psikosis
    Tajuk : Psikosis Tarikh : 18 November
    1. author

      Raja1 month ago

      Aku nak tau tajuk lagu…

      Reply

    Leave a reply "Drama Muzium Misteri (2017)"

    Must read×

    Top