Drama Mr Hijab [Slot Iris TV3]

In Terkini 7 views
DRAMA : MR. HIJAB
EPISOD : 20 
TARIKH TAYANGAN : 17 Oktober 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.30 petang
SIARAN : Slot Iris TV3
PENGARAH : Zafizam Zahir
TERBITAN : Rumah Karya Citra Sdn Bhd
PELAKON : Nabila Huda, Sharnaaz Ahmad, Wan Sharmila, Shiqin Kamal, Fadilah Mansor, Didie Alias, Hafiz Hamidun, Nadiyah Shahab

WATAK PELAKON
Sharnaaz Ahmad sbg Rem
Nabila Huda sbg Fazira
Wan Sharmila sbg Luna
Shiqin Kamal sbg Bienda
Didie Alias sbg Datin Lela
Hafiz Hamidun sbg Syamiel
SINOPSIS MR HIJAB
Mengisahkan Rem (Sharnaaz Ahmad), yg tak hanya kacak malah sungguh arif dlm penggayaan hijab yg menarik minat para pelanggan di butik milik Fazira (Nabila Huda). Fazira, seorang model terkenal mengambil keputusan utk membuka butik berkonsep muslimah, setelah berkahwin dgn ustaz muda bernama Syamiel (Hafiz Hamidun). Fazira mula mencari lokasi butik yg menjadi tumpuan orang ramai dan juga vendor-vendor yg bersesuaian dgn imej butik muslimahnya. Dengan populariti yg Fazira miliki, ramai yg menawarkan diri utk menjadi vendor. Penjual pakaian muslimah atas talian yg terkenal, Bienda (Shiqin Kamal) berminat utk  untuk menyertai butik Fazira dan Fazira teruja kerana sudah tentu dapat membantu menaikkan lagi imej butiknya. Begitu juga dgn Datin Lela (Didie Alias), walaupun sudah mempunyai beberapa buah butik juga mahu menyertai butik Fazira kerana merasakan butik Fazira mempunyai potensi utk dia mengembangkan lagi bisnesnya. Daripada awal, Datin Lela dan Bienda tak sefahaman.  Kerapkali mereka berbalah mengenai perkara yg remeh temeh. Butik Fazira juga turut menjadi tapak buat pelakon terkenal iaitu Luna (Wan Sharmila), yg baharu menjinakkan diri dlm bisnes penjualan tudung utk menaikkan kembali reputasinya setelah dihimpit kontroversi. Sementara itu, Rem yg membantu ibunya mencadangkan kpd ibunya yg dipanggil Kak Chik utk mencuba nasib menjadi vendor di butik Fazira. Tetapi malangnya setelah melihat rekaan tudung Kak Chik, Fazira menolak kerana merasakan rekaan tudung-tudung kak Chik ketinggalan. Kak Chik pulang dgn hampa namun Rem tetap tak berputus asa. Dia mempunyai rancangan lain utk ibunya itu dan berjanji suatu hari nanti Fazira sendiri akan dapat mencari ibunya. Ternyata kata-kata Rem memang benar, apabila Fazira menawarkan Kak Chik ruang sbg salah seorang vendor setelah dia melihat sendiri gerai jualan tudung Kak Chik di bazar menjadi tumpuan orang ramai. Rem mengatur strategi yg lebih hebat lagi utk emaknya itu. Malang menimpa, Kak Chik diserang strok. Rem terpaksa mengambil alih tugas emaknya. Mempunyai wajah yg kacak dan berbadan sasa, kehadiran Rem telah berjaya menarik lebih ramai pelanggan wanita di butik Fazira. Bukan sahaja pelanggan, kekacakkan Rem turut memikat hati Bienda, Luna dan Datin Lela. Ketiga-tiga mereka mula bersaing sesama sendiri utk mendapatkan Rem. 

Tags: #Drama #Hijab #Iris #Slot

author
Author: 
    Telemovie Pok Ya Cong Codei Lakonan Sabri Yunus, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose
    Telemovie Pok Ya Cong Codei Lakonan Sabri Yunus, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose
    Jangan ketinggalan utk menyaksikan telefilem bertajuk Pok
    Drama Budak Boys Nafiz Muaz, Ashraf Muslim, Nafiez Zaidi
    Drama Budak Boys Nafiz Muaz, Ashraf Muslim, Nafiez Zaidi
    Nantikan drama bertajuk Budak Boys yg akan
    Drama Dia Anak Jeneral Lakonan Niena Baharun, Fattah Amin
    Drama Dia Anak Jeneral Lakonan Niena Baharun, Fattah Amin
    Drama bersiri ‘Dia Anak Jeneral’ yg diadaptasi

    Leave a reply "Drama Mr Hijab [Slot Iris TV3]"

    Must read×

    Top