Drama Mencintaimu Mr Photographer (2017)

In Terkini 175 views

SINOPSIS MENCINTAIMU MR. PHOTOGRAPHER
Satu kejadian yg tak sangka membawa pertemuan antara Aira Qaisara dan Nazmi Elyas. Aira Qaisara merupakan seorang gadis lincah dan manja yg bercita-cita utk menjadi seorang peragawati spt mamanya dan anak kpd seorang tokoh perniagaan, Tan Sri Megat Miqdad; terpisah dr mama dan abg tersayang kerana salah faham, yg membuatkan mamanya diceraikan oleh papanya ketika dia masih kanak-kanak. Aira yg tak mengerti erti perpisahan tersebut telah menanam sifat benci dan marah kpd mamanya tanpa mengetahui sebab sebenar.

Nazmi Elyas atau Jemy, merupakan seorang jurugambar profesional yg terkenal dgn hasil kerja di dunia modelling. Seorang lelaki yg garang dan agak panas baran tetapi selalu cepat cair bila dgn Aira. Bekerja dgn bermacam jenis wanita yg moden dan cantik tetapi hanya Aira sahaja yg mampu membuatkan dia jatuh hati. Jemy, seorang anak yg tak diakui status sbg “Anak” oleh ibunya sendiri. Peristiwa hitam yg dilalui oleh ibunya semasa dulu telah menjadikan Jemy sbg anak buangan. Kerana terlalu sayangkan Aira, Jemy sanggup bernikah dgn Aira di seberang, sebab mendapat tentangan hebat dr papa Aira yg mahukan Aira berkahwin dgn anak sahabat karibnya, Datuk Roslan. Dan, kerana peristiwa hitam ibu Jemy jugalah yg menjadi punca kpd perpisahan dua hati ini tanpa rela. Mampukah Jemy mempertahankan haknya? Apakah yg sebenarnya berlaku kpd ibu Jemy hingga beliau tak dapat menerima Jemy sbg anaknya? Bagaimana pula dgn Aira? Mampukah dia menjalani hidup tanpa nakhodanya?

SINOPSIS NOVEL MENCINTAIMU MR PHOTOGRAPHER
Aku dah jatuh cinta dgn Mr.Photographer tu? Hanya satu klik pd lensa kamera hubungan Aira dan Jemy semakin rapat.

“Kau ingat kau tu cantik sangat ke sampai aku nak kena curi-curi tangkap gambar kau?” – Jemy

Aira geram. Ah! Photographer tu memang sengal!
“Saya nak kerja sini.” – Aira

Kerana impiannya utk bergelar seorang model, Aira rela menelan setiap perangai berlagak dan panas baran Jemy. Namun, tanpa sedar setiap pertengkaran melahirkan cinta. Orang lain tak kenal maka tak cinta, Jemy dan Aira pula dah gaduh-gaduh baru nak kenal cinta.

“Aku nak dia gayakan rekaan terbaru aku!”
Di situ bermula detik di mana Aira, seorang pembantu studio gambargrafi berubah kpd seorang model.

Cinta yg kian bercambah disemi dgn kata-kata rindu dan sayang. Tentangan hebat drpada Tan Sri Megat Miqdad dan tuntutan kerjaya sbg seorang model membuatkan Aira nekad menerima Jemy sbg suami. Sebuah perkahwinan rahsia tercipta. Status isteri kpd seorang photographer turut dirahsiakan. Pahit manis rumah tangga dirasai. Cemburu dan kemanisan cinta membuah rasa bahagia yg tak terkata.

Dugaan dan kesilapan silam menjadi duri dlm hubungan mereka. Aira terpanar bila dituduh hanya mempermainkan perasaan Jemy sedangkan cintanya tiada penghujung. Akhirnya, demi menjaga hati masing-masing, kata perpisahan terbitdi hujung bibir. Namun, tegakah hati melepaskan yg tercinta? Rahsia apakah yg tersembunyi hingga membuat Jemy terpaksa melafazkan perpisahan? Pengkhianatan dan kesetiaan, yg mana satu pilihan mereka?

JUDUL : MENCINTAIMU MR. PHOTOGRAPHER
EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : 3 Julai 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : Mega Drama (Astro Ria 104 & HD 123)
SKRIP : Faten Syamimie
PENULIS NOVEL : Emma Mariam
PENGARAH : Eyra Rahman
TERBITAN : MIG Productions Sdn Bhd
PELAKON : Syafiq Kyle, Hannah Delisha, Marisa Yasmin, Arash Mohd, Hairie Othman, Amy Mastura, Fahmy Reza, Mimi Ernida, Ariz Lufias, Aishah Azman, Elvina Chuam, Bernard Hiew, Ikmal Amry, Vicha Saywho, Lia Natalia

WATAK PELAKON
Syafiq Kyle sbg Nazmi Elyas (Jemy)
Hannah Delisha sbg Aira Qaisara
Arash Mohd sbg Tan Sri Megat Miqdad
Marisa Yasmin sbg Marlia
Hairie Othman sbg Datuk Roslan
Amy Mastura sbg Datin Laila
Fahmy Reza sbg Akmal
Mimi Ernida sbg Tiara
Ariz Lufias sbg Nazrul Elya
Aishah Azman sbg Mila
Elvina Chua sbg Emily
Vicha Saywho sbg Nadia
Bernard Hiew sbg Alan
Ikmal Amry sbg Rahim
Carolina sbg Tiara Muda
Amber Chia sbg Kiki
Lia Natalia sbg Mimi
Dilla Ahmad seabgai Dato Mialarasati

LAGU TEMA / OST MENCINTAIMU MR PHOTOGRAPHER
Tajuk Lagu : Jampi
Penyanyi : Hael Husaini

Tajuk : Tanda Tanya
Penyanyi : Aisyah Aziz


Carian Berkaitan

mencintaimu mr photographer datin laila dan nazmi elyas, sinopsis mencintaimu mr photographe punca datin laila brnci nazmir

Tags: #2017 #Drama #Mencintaimu #Photographer

author
Author: 
    Drama Aku Di Sisimu (TV1)
    Drama Aku Di Sisimu (TV1)
    RMT akan menyiarkan drama bersiri Aku Di
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Nantikan drama bersiri Mona Lisa adaptasi drpada
    Sinopsis Drama Mandatori
    Sinopsis Drama Mandatori
    Tajuk : Mandatori Mula Tayangan : 14
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Nantikan drama adapatasi novel Tiada Arah Jodoh

    Leave a reply "Drama Mencintaimu Mr Photographer (2017)"

    Must read×

    Top