Drama Mencintaimu Mr Photographer

In Terkini 179 views
Nantikan drama adaptasi novel Mencintaimu Mr. Photographer karya Emma Mariam yg akan menyaksikan gandingan utama Syafiq Kyle dan Hannah Delisha. Drama bersiri terbitan MIG Production Sdn Bhd ini mendapat sentuhan pengarah berkaliber Eyra Rahman. Akan disiarkan di saluran Astro Ria pd bulan Julai nanti. 
JUDUL : MENCINTAIMU MR. PHOTOGRAPHER
TARIKH / MASA : Julai 2017
SIARAN : Astro Ria 104 & HD 123
PENULIS NOVEL : Emma Mariam
PENGARAH : Eyra Rahman 
TERBITAN : MIG Productions Sdn Bhd
PELAKON : Syafiq Kyle, Hannah Delisha, Arash Mohd, Marisa Yasmin, Ariz Lufias, Aishah Azman, Amy Mastura, Elvina Chua, Ikmal Amry

WATAK PELAKON 
Syafiq Kyle sbg Jemy
Hannah Delisha sbg Aira Qaisara 
Arash Mohd sbg Tan Sri Megat
Marisa Yasmin senbagai Marlia 

SINOPSIS MENCINTAIMU MR. PHOTOGRAPHER
Aku dah jatuh cinta dgn Mr.Photographer tu? Hanya satu klik pd lensa kamera hubungan Aira dan Jemy semakin rapat.
“Kau ingat kau tu cantik sangat ke sampai aku nak kena curi-curi tangkap gambar kau?” – Jemy
Aira geram. Ah! Photographer tu memang sengal!
“Saya nak kerja sini.” – Aira
Kerana impiannya utk bergelar seorang model, Aira rela menelan setiap perangai berlagak dan panas baran Jemy. Namun, tanpa sedar setiap pertengkaran melahirkan cinta. Orang lain tak kenal maka tak cinta, Jemy dan Aira pula dah gaduh-gaduh baru nak kenal cinta.
“Aku nak dia gayakan rekaan terbaru aku!”
Di situ bermula detik di mana Aira, seorang pembantu studio gambargrafi berubah kpd seorang model.
Cinta yg kian bercambah disemi dgn kata-kata rindu dan sayang. Tentangan hebat drpada Tan Sri Megat Miqdad dan tuntutan kerjaya sbg seorang model membuatkan Aira nekad menerima Jemy sbg suami. Sebuah perkahwinan rahsia tercipta. Status isteri kpd seorang photographer turut dirahsiakan. Pahit manis rumah tangga dirasai. Cemburu dan kemanisan cinta membuah rasa bahagia yg tak terkata.
Dugaan dan kesilapan silam menjadi duri dlm hubungan mereka. Aira terpanar bila dituduh hanya mempermainkan perasaan Jemy sedangkan cintanya tiada penghujung. Akhirnya, demi menjaga hati masing-masing, kata perpisahan terbitdi hujung bibir. Namun, tegakah hati melepaskan yg tercinta? Rahsia apakah yg tersembunyi hingga membuat Jemy terpaksa melafazkan perpisahan? Pengkhianatan dan kesetiaan, yg mana satu pilihan mereka?

Carian Berkaitan

mencintaimu mr photographer, Haris fourteen pelakon mencintaimu Mr photographer, lirik lagu mencintaimu mr photographer

Loading...

Tags: #Drama #Mencintaimu #Photographer

author
Author: 
    OST Drama Red Velvet | Alif Satar – Sesungguhnya Aku
    OST Drama Red Velvet | Alif Satar – Sesungguhnya Aku
    Dengarkan lagu tema drama Red Velvet berjudul
    Sinopsis Telemovie Lari hantu Lari
    Sinopsis Telemovie Lari hantu Lari
    Tajuk : Lari hantu Lari Tarikh :
    Sinopsis Drama Zahir Tak Terucap
    Sinopsis Drama Zahir Tak Terucap
    Tajuk : Zahir Tak Terucap Mula Tayangan
    Sinopsis Telemovie Opah Dot Com
    Sinopsis Telemovie Opah Dot Com
    Tajuk : Opah Dot Com Tarikh :

    Leave a reply "Drama Mencintaimu Mr Photographer"

    Must read×

    Top