Drama Menantu Bilal 2017 [Slot Dahlia TV3]

In Terkini 469 views

Terima Kasih pd semua cast and crew #menantubilal 😘😘Nantikan kami di slot dahlia @tv3malaysia ramadhan ini! #enujaproductionsdnbhd #menantubilal #tv3malaysia
A post shared by Amar V. Asyraf (@amar_asyraf) on

[Pelakon dan Krew Drama Menantu Bilal] 
Sebuah drama terbaru bakal ditayangkan di TV3 Slot Dahlia berjudul menantu Bilal. Mengisahkan menantu Bilal dan Mak Esah yg cuba menambat hati mereka. Drama ini dibintangi oleh Chacha Maembong, Ruhainies dan Nazeera Sardi sbg menantu manakala Syazwan Zulkifli, Talha Harith dan Syazwan Zulkifli sbg watak anak lelaki kpd Bilal dan Mak Esah.

Profil Drama Menantu Bilal 2017
Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama
Studio : Enuja Production Sdn Bhd
Pengarah : Zamri Zakaria
Penulis :
Pelakon : Chacha Maembong[Drama Cinta FB], Ruhainies [Drama Jejak Karmila], Nazeera Sardi [Drama Pembancuh Kopi Mr Vampire], Talha Harith, Syazwan Zulkifly [Drama Isteri-Isteri Ayah], Amar Ashraf, Elly Suriaty, Man Raja Lawak dan Idris Md Diah.
Episod : 11 Episod
Siaran : Slot Dahlia TV3
Tarikh Tayang : Jun 2017
Sinopsis Drama Menantu Bilal TV3
sumber : EDtv
Bilal Brahim dan Mak Esah adalah orang yg disegani dan menjadi tempat penduduk kampung mengadu serta mendapat nasihat. Daripada masalah ayam itik hinggalah masalah bercerai-berai. Semuanya berjaya diselesaikan mereka.
Pasangan ini mempunyai tiga anak lelaki iaitu Rahim, Rahman yg tinggal di Kuala Lumpur, manakala Rashdan tinggal bersama mereka. Ketiga-tiga mereka mengambil keputusan berkahwin serentak dgn pasangan masing-masing yg berasal dr tiga negeri berlainan.
Keadaan menjadi kecoh apabila buat pertama kali mereka menyambut Ramadan dan mengadakan persediaan Aidilfitri. Menantu ini bersaing bg mengambil hati Lebai Brahim dan Mak Esah antaranya berebut-rebut memasak walaupun ada di antara mereka tak tahu memasak dan terpaksa mempelajarinya melalui buku resipi dan pelbagai hal lagi.
Selain isu itu, pasangan ini turut berdepan masalah membabitkan penduduk kampung spt soal pertentangan idea dlm membuat keputusan mengenai imam jemputan utk solat terawih, moreh, khatam al-Quran dan soal berapa rakaat solat Tarawih yg patut dilakukan.
Tidak ketinggalan mereka juga berdepan masalah sikap penjual yg tak mematuhi syarat berjualan ketika Ramadan, masalah mercun dan meriam hinggalah ke soal penduduk yg makin berkurangan mengerjakan solat Tarawih.

Amar Ashraf sbg Rahim
Nazeera Sardi sebagai Marlisa
Syazwan Zulkifly sbg Rahman
Ruhainies sbg Normala
Talha Harith sbg Rashdan
Chacha Maembong sbg Norain
Idris Md Diah sbg Bilal Brahim
Elly Suriaty sbg Mak Esah  


Gambar Pelakon Drama Menantu Bilal 2017

chacha maembong ruhainies nazeera sardi
Chacha Maembong, Ruhainies dan Nazeera Sardi

 

talha harith chacha maembong
Talha Harith dan Chacha Maembong

nazeera sardi amar ashraf
Nazeera Sardi dan Amar Ashraf
ruhainies syazwan zulkifly
Ruhainies dan Zyazwan Zulkifli


Carian Berkaitan

menantu bilal, menantu bilal cast, Nazeera Sardi, Lagu tema menantu bilal

Loading...

Tags: #2017 #Bilal #Dahlia #Drama #Menantu #Slot

author
Author: 
    Hijrah Di Ufuk Senja
    Hijrah Di Ufuk Senja
    Telefilem khas sempena Maal Hijrah bertajuk Hijrah
    Janji Allah (TV1)
    Janji Allah (TV1)
    RTM akan menyiarkan telefilem istimewa Maal Hijrah
    Telemovie Dosa Perempuan Lakonan Redza Rosli, Nad Zainal, Mira Filzah
    Telemovie Dosa Perempuan Lakonan Redza Rosli, Nad Zainal, Mira Filzah
    Jangan lupa saksikan telefilem Dosa Perempuan arahan

    Leave a reply "Drama Menantu Bilal 2017 [Slot Dahlia TV3]"

    Must read×

    Top