Drama Mariam Alisa [Slot Lestary TV3]

In Terkini 103 views
JUDUL : MARIAM ALISA
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 26 Ogos 2016
HARI / MASA : Rabu hingga Jumaat, 9.00 malam
SIARAN : Slot Lestary TV3
PENGARAH : Shahrulezad Mohameddin
TERBITAN : Radius One Sdn Bhd
PELAKON : Elvina Teylv, Ben Amir, Amirul Faqeem, Haris Zainuddin, Aida Aris, Roy Azman, Nadia Aqilah, Najua Pramlee, Zalikha Awaluddin, Ramli Saleh, Mak Wan, Zulkifli Saleh, Norazian Ibrahim
WATAK PELAKON
Elvina Mohamad sbg Mariam
Ben Amir sbg Farhan
Amirul Faqeem sbg Ustaz Haiqal
Haris Zainuddin sbg Fareeq
Roy Azman sbg Dato Mokhtar
Aida Aris sbg Datin Hayati
Nadia Aqilah sbg Shermin
Najua Pramlee sbg Adila
Ramli Saleh sbg Ayah
Mak Wan sbg Mak Jah
Zulkifli Saleh sbg Pak Mat
Norazian Ibrahim sbg Emak
LAGU TEMA / OST MARIAM ALISA
Lagu : Dalam Keraguan
Penyanyi : Nadia Aqilah
Lagu : Hadir
Penyanyi : Nadia Aqilah
SINOPSIS MARIAM ALISA
Mengisahkan tentang seorang gadis kampung yg cantik. Dia tinggal berdua bersama ayahnya yg uzur dan lumpuh. Nama gadis itu Mariam Alisa (Elvina). Ayah Mariam berasa tak selesa bila dirinya dijaga dan dirawat oleh anak daranya itu.Dia mencadangkan agar Mariam bernikah dgn Ustaz Haiqal memandangkan Ustaz Haiqal (Amirul Faqeem) kerap melawat kedua beranak ini dan sering membantu Mariam. Biarpun Ustaz Haikal adalah seorang lelaki yg baik, hati Mariam tak terbuka utknya atau mana-mana lelaki lain. Ini kerana dia telah serik dipermainkan oleh lelaki yg berada.Untuk menyara kehidupan dia dan ayahnya, Mariam menjual nasi lemak di sebuah gerai di kampung mereka itu. Begitulah rutin kehidupan Mariam setiap hari. Hendak dijadikan cerita, satu hari seorang lelaki bernama Farhan (Ben Amir) singgah di gerai itu utk membeli nasi lemak.Kecantikan Mariam membuatkan lelaki itu terpukau seketika hingga langsung tak mendengar pertanyaan Mariam. Mariam menyangkakan lelaki itu pekak. Malah dr cara pemakaian lelaki itu, Mariam membuat andaian lelaki itu adalah seorang yg tak berada.Semenjak pertemuan pertama itu, Farhan kerap singgah ke kedai Mariam. Tujuan sebenarnya bukan utk membeli nasi lemak tetapi kerana ingin melihat Mariam. Mariam pula mula tertarik kpd Farhan, tetapi dia masih tak tahu bahawa sebenarnya Farhan bukan seorang lelaki yg pekak.Adakah Farhan akan berterusan berpura-pura pekak? Apa akan terjadi kpd kesudahan kisah ini. Benarkah Farhan bukan lelaki berada? Bagaimana pula dgn permintaan ayah Mariam yg inginkan dirinya berkahwin dgn Ustaz Haiqal.

Tags: #Alisa #Drama #Lestary #Mariam #Slot

author
Author: 
    Drama Aku Di Sisimu (TV1)
    Drama Aku Di Sisimu (TV1)
    RMT akan menyiarkan drama bersiri Aku Di
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Nantikan drama bersiri Mona Lisa adaptasi drpada
    Sinopsis Drama Mandatori
    Sinopsis Drama Mandatori
    Tajuk : Mandatori Mula Tayangan : 14
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Nantikan drama adapatasi novel Tiada Arah Jodoh

    Leave a reply "Drama Mariam Alisa [Slot Lestary TV3]"

    Must read×

    Top