Drama Lelaki Itu Pemilik HatiKu [2017] Lakonan Raja Afiq, Puteri Aishah,

Nantikan drama Lelaki Itu Pemiliik Hatiku adaptasi drpada novel Mr Hot Guy karya Danisyarahmat. Diterajui oleh Raja Afiq, Puteri Aishah, Julia Farhana Marin dan Syazuwan Hassan. Drama terbitan A.Aida Production ini mendapat sentuhan sutradara Zul Huzaimy. Akan menemui penonton bermula 31 Oktober ini, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7 malam di TV3.
JUDUL : LELAKI ITU PEMILIK HATIKU (MR HOT GUY)
EPISOD : 32 episod
TARIKH TAYANGAN : 31 Oktober 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 7.00 malam
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP : Mufid & NextScene Team
PENULIS NOVEL : Danisyarahmat
PENGARAH : Zul Huzaimy Marzuki
TERBITAN : A. Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Raja Afiq, Puteri Aishah, Julia Farhana Marin, Syazuwan Hassan, Natasya Mahyan, Liza Abdullah, Hafidzuddin Fazil, Dilla Ahmad, Jaja Iliyes, Ariff Aziz, Anne Arifin, Adiba Yunus, Shahriza Mahmud, Norlie Tamam, Ennie Sulastri, Fad Anuar, Sofea
WATAK PELAKON 
Raja Afiq sbg Luqman Hakimi
Puteri Aishah sbg Nurin Kamila
Syazuwan Hassan sbg Rashdan
Julia Farhana Marin sbg Andrea
Natasya Mahyan sbg Yani
Liza Abdullah sbg Puan Sri Khalida
Hafidzuddin Fazil sbg Tan Sri Hisyam
Dilla Ahmad sbg Zaimah
Jaja Iliyes sbg Shira
Ariff Aziz sbg Mokhtar 
LAGU TEMA / OST LELAKI ITU PEMILIK HATIKU
Wany Hasrita – Menahan Rindu
SINOPSIS LELAKI ITU PEMILIK HATIKU
Kisah Luqman Hakimi, anak orang kaya yg cuba memikat hati Nurin Kamila.
Mulanya hanya satu permainan yg dimainkan oleh Andrea kerana geram dgn sikap acuh tak acuh Luqman Hakimi pd perhubungan mereka. Bagi Luqman Hakimi yg senang disapa sbg Luke, ini sajalah peluang utk dia melepaskan diri dr Andrea yg merupakan calon menantu pilihan ibunya. 
Luke jatuh hati terhadap Nurin, gadis yg bekerja disebuah kedai cenderamata. Luke menyahut cabaran Andrea jika dia berjaya memikat hati gadis tersebut, Andrea akan tinggalkannya sebaliknya dia perlu mengahwini Andrea. 
Nurin Kamila Abdullah Hisyam aka ‘cik adik sayang’ pula tak menyangka dialah si kambing hitam yg menjadi batu loncatan buat si Luke yg digelar Mr. Hot Guy Malaysia itu. Pantang bg Nurin kalau bertembung dgn lelaki kaya, apatah lagi ada hubungan hati dgn lelaki jenis itu. Wajib mandi bawah jambatan katanya. Tapi permainan takdir ini memang indah. Yang menjadi pantang itu jugalah yg sentiasa bermain di depan mata.
Awalnya si Luke fikir mudah saja menundukkan gadis kampung yg tak berduit itu. Ternyata salah anggapannya itu. Maka kaedah drpada bestfriend forever, si Mokhtar diguna pakai. Kaedah pertama Gold and diamond, Kaedah kedua Hugs and Kisses, Kaedah ketiga Sleep tight. Tapi syaratnya tak boleh dipraktikkan sekaligus. Kerana gelojohnya utk menang dlm pertaruhan, Luke praktiskan terus kaedah ketiga.
Bila cik adik sayang makin membenci, Mr.Hot Guy semakin jatuh hati. Tapi sayang, Cik adik sayang sudah memilih pasangan hatinya, Kapten Shahril Aiman. Pada saat Mr. Hoy Guy pasrah dgn jodoh yg tak kesampaian, tiba-tiba takdir menyebelahinya pula.
Dapatkah Si Hot Guy memiliki hati cik adik sayang utk dirinya selamanya?

Carian Berkaitan

senaesi lagu tema drama lelaki utubpemilik hatiku, senarai lagu ost lelaki itu pemilik hatiku, lagu Raja Afiq Lelaki itu pemilik hatiku

Tags: #2017 #Afiq #Aishah #Drama #Hatiku #Lakonan #Lelaki #Pemilik #Puteri #Raja

author
Author: 
    Kesempatan Kedua (TV3)
    Kesempatan Kedua (TV3)
    Saksikan telefilem Kesempatan Kedua lakonan Kaka Azraff,
    Sinopsis Drama Kisah Yang Hilang
    Sinopsis Drama Kisah Yang Hilang
    Tajuk : Kisah Yang Hilang Mula Tayangan
    Sinopsis Telemovie Psikosis
    Sinopsis Telemovie Psikosis
    Tajuk : Psikosis Tarikh : 18 November
    Sinopsis Telemovie Bini Muda
    Sinopsis Telemovie Bini Muda
    Tajuk : Bini Muda Tarikh : 20

    Leave a reply "Drama Lelaki Itu Pemilik HatiKu [2017] Lakonan Raja Afiq, Puteri Aishah,"

    Must read×

    Top