Drama Lafazkan Kalimah Cintamu Lakonan Nelydia Senrose, Farid Kamil

Nantikan drama adaptasi novel Lafazkan Kalimah Cintamu karya Siti Rosmizah yg akan ditayangkan utk slot MegaDrama di Astro Ria. Drama ini mendapat sentuhan pengarah Along Kamaludin dibawah terbitan SR One Sdn Bhd. Menampilkan gandingan Farid Kamil, Nelydia Senrose dan Nadiyah Shahab. Akan menemui penonton bermula 15 Januari 2018, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria saluran 104 dan Astro Ria HD saluran 132.

JUDUL : LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU 

JUMLAH EPISOD : 32 episod 

TARIKH TAYANGAN : 15 Januari 2018 

WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10.00 malam 

SIARAN TV : Astro Ria 104 & Ria HD 132 

PENULIS NOVEL : Siti Rosmizah 

PENGARAH : Along Kamaludin 

TERBITAN : SR One Sdn Bhd 

PELAKON : Nelydia Senrose, Farid Kamil, Nadiyah Shahab, Adriana Adnan, Farez Ridzwan, Imam Shah, Azri Iskandar, Liza Abdullah, Anne Abdullah, Azhar Sulaiman, Adibah Noor, Nazia Mustafar, Nur Qistina Raisah

WATAK PELAKON 
Farid Kamil sbg Tengku Ryan Ameer
Nelydia Senrose sbg Tengku Aqilah
Nadiyah Shahab sbg Tengku Natasha
Azri Iskandar sbg Tengku Hisham
Liza Abdullah sbg Tengku Azreena
Adriana Adnan sbg Farhana
Farez Ridzwan sbg Azrul
Imam Shah sbg Shafiq
SINOPSIS LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU
Tengku Aqilah, seorang anak yg di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sbg punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat utk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dlm hidupnya.
Tengku Natasha yg tak pernah pdm api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sbg anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dgn memberikan Tengku Aqilah jawatan sbg seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi utk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.
Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dgn kedudukan bapanya, Tengku Hashim sbg pemegang syer terbesar di Syarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, hinggakan mereka tak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.
Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dr segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yg terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yg telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dlm hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dr bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pd Tengku Aqilah?

Tags: #CINTAMU #Drama #Farid #Kalimah #Kamil #Lafazkan #Lakonan #Nelydia #Senrose

author
Author: 
    Telemovie Pok Ya Cong Codei Lakonan Sabri Yunus, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose
    Telemovie Pok Ya Cong Codei Lakonan Sabri Yunus, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose
    Jangan ketinggalan utk menyaksikan telefilem bertajuk Pok
    Drama Budak Boys Nafiz Muaz, Ashraf Muslim, Nafiez Zaidi
    Drama Budak Boys Nafiz Muaz, Ashraf Muslim, Nafiez Zaidi
    Nantikan drama bertajuk Budak Boys yg akan
    Drama Dia Anak Jeneral Lakonan Niena Baharun, Fattah Amin
    Drama Dia Anak Jeneral Lakonan Niena Baharun, Fattah Amin
    Drama bersiri ‘Dia Anak Jeneral’ yg diadaptasi

    Leave a reply "Drama Lafazkan Kalimah Cintamu Lakonan Nelydia Senrose, Farid Kamil"

    Must read×

    Top