Drama Lafazkan Kalimah Cintamu [2018]

In Terkini 51 views
farid kamil nelydia senrose
Nelydia Senrose dan Farid Kamil dlm drama Lafazkan Kalimah Cintamu.

Satu lagi drama adaptasi novel bertajuk Lafazkan Kalimah Cintamu karya Siti Rosmizah. Novelis popular ni. Mesti ramai yg akan menonton nanti! Drama Lafazkan Kalimah Cintamu ini bakal diarahkan oleh Along Kamaludin dan pelakon utama dibintangi oleh Farid Kamil dan Nelydia Senrose. 

Profil Drama Lafazkan Kalimah Cintamu 2018

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama
Pengarah : Along Kamaludin
Idea Asal : Novel Lafazkan Kalimah Cintamu karya Siti Rosmizah
Penerbit : SR ONE Sdn Bhd
Pelakon : Farid Kamil, Nelydia Senrose, Nadiyah Shahab, Anne Abdullah, Azhar Sulaiman, Adibah Noor, Erissa Puteri dan Nur Qistina Raisah.
Episod : –
Siaran : Astro Ria 104
Tarikh Tayang : 15 Januari 2018
Farid Kamil sbg Tengku Ryan Ameer 
Nelydia Senrose asebagai Tengku Aqilah
Nadiyah Shahab sbg Tengku Natasya

Sinopsis Drama Lafazkan Kalimah Cintamu 2018
– Sinopsis Novel; goodreads

Tengku Aqilah, seorang anak yg di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sbg punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat utk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dlm hidupnya.
Tengku Natasha yg tak pernah pdm api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sbg anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dgn memberikan Tengku Aqilah jawatan sbg seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi utk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.  
Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dgn kedudukan bapanya, Tengku Hashim sbg pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, hinggakan mereka tak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya. 
Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dr segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yg terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yg telah mengubah segala-galanya. 
  
Gambar Pelakon Drama Lafazkan Kalimah Cintamu 2018 
tengku ryan tengku aqilah
Farid Kamil dan Nelydia Senrose dlm Drama Lafazkan Kalimah Cintamu.
erissa puteri nur qistina raisah
Erissa Puteri dan Nur Qistina Raisah – dua pelakon cilik dlm drama ini.

farid kamil nelydia senrose afro
On set drama Lafazkan Kalimah Cintamu

Tags: #2018 #CINTAMU #Drama #Kalimah #Lafazkan

author
Author: 
    Kesempatan Kedua (TV3)
    Kesempatan Kedua (TV3)
    Saksikan telefilem Kesempatan Kedua lakonan Kaka Azraff,
    Sinopsis Drama Kisah Yang Hilang
    Sinopsis Drama Kisah Yang Hilang
    Tajuk : Kisah Yang Hilang Mula Tayangan
    Sinopsis Telemovie Psikosis
    Sinopsis Telemovie Psikosis
    Tajuk : Psikosis Tarikh : 18 November
    Sinopsis Telemovie Bini Muda
    Sinopsis Telemovie Bini Muda
    Tajuk : Bini Muda Tarikh : 20

    Leave a reply "Drama Lafazkan Kalimah Cintamu [2018]"

    Must read×

    Top