Drama Lafazkan Kalimah Cintamu (2018)

In Terkini 20 views

SINOPSIS LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU
Tengku Aqilah, seorang anak yg di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sbg punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat utk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dlm hidupnya.

Tengku Natasha yg tak pernah pdm api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sbg anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dgn memberikan Tengku Aqilah jawatan sbg seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi utk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dgn kedudukan bapanya, Tengku Hashim sbg pemegang syer terbesar di Syarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, hinggakan mereka tak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dr segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yg terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yg telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dlm hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dr bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pd Tengku Aqilah?

JUDUL : LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU
TARIKH / MASA : 15 Januari
SIARAN : Astro Ria 104 & Ria HD 132
PENULIS NOVE: Siti Rosmizah
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : SR One Sdn Bhd
PELAKON : Farid Kamil, Nelydia Senrose, Nadiyah Shahab, Anne Abdullah, Azhar Sulaiman, Adibah Noor, Nur Qistina Raisah

WATAK PELAKON
Farid Kamil sbg Tengku Ryan Ameer
Nelydia Senrose asebagai Tengku Aqilah
Nadiyah Shahab sbg Tengku Natasya

Tags: #2018 #CINTAMU #Drama #Kalimah #Lafazkan

author
Author: 
    [BIODATA] Farah Nabilah
    [BIODATA] Farah Nabilah
    Nama : Farah Nabilah binti Saipuddin Nama
    [SINOPSIS NOVEL] Mr.Grey
    [SINOPSIS NOVEL] Mr.Grey
    Sinopsis Novel Setia itu mahal yg tak
    [SINOPSIS] Salju Kyoto
    [SINOPSIS] Salju Kyoto
    Sinopsis Novel ‘When a man truly loves
    [SINOPSIS] Jangan Menangis Cinta
    [SINOPSIS] Jangan Menangis Cinta
    Sinopsis Novel Riyana seorang gadis dr keluarga

    Leave a reply "Drama Lafazkan Kalimah Cintamu (2018)"

    Must read×

    Top