Drama Jojie Gigil [Slot Dahlia TV3]

In Terkini 7 views
DRAMA : JOJIE GIGIL

EPISOD : 20 
TARIKH TAYANGAN : 12 Ogos 2017
HARI / MASA : Jumaat-Ahad, 6.58 petang
SIARAN : Slot Dahlia TV3
SKRIP : Jaya Satri Ali, Faridah
PENGARAH : Zul Huzaimy Marzuki
TERBITAN : Wira Nusa Corporation Sdn Bhd
PELAKON : Elvina Mohamad, Ben Amir, Syafnida Shuhaimi, Syaffiq Sahli, Fana Azizan, Raja Azura, Zaidi Omar, Ross Hassan, Muhd Izwan, Chomel Farhana, Leyla Krisya, Durerra Mitilda, Indah Emeerlda

WATAK PELAKON 

Elvina Mohamad sbg Jojie
Ben Amir sbg Adam
Syaffiq Sahli sbg Jamil
Syafnida Shuhaimi sbg Lorna
Raja Azura sbg Joyah
Zaidi Omar sbg Dato Shaari
Chomel Farhana sbg Onie
Fana Azizan sbg Rina
Ross Hassan sbg Sam
Muhd Izwan sbg Azman
Leyla Krisya sbg Rohana
Durerra Mitilda sbg Manis
Indah Emeerlda sbg Tara

LAGU TEMA / OST JOJIE GIGIL 

Cahaya – Eyaza Bahra
Iya Iya – Eleena Harris
Jangan Kejutkan Aku – Azren Albakri
SINOPSIS JOJIE GIGIL 

Mengisahkan seorang gadis bernama Jojie (Elvina Mohamad) yg merupakan anak perempuan kpd Kak Joyah (Raja Azura), seorang janda cantik dan popular dlm kalangan penduduk kawasan rumah mereka. Meskipun Kak Joyah digemari orang ramai, tetapi anaknya Jojie kerap dibuli oleh pelajar-pelajar lain di kolej kerana mempunyai cara pemakaian yg agak pelik.
Kak Joyah tak peduli tentang persepsi orang lain terhadap Jojie dan dia menyayangi puterinya itu bagai menatang minyak yg penuh. Pada suatu hari, Jojie dan sahabat baiknya telah pergi berkelah di sebuah kawasan air terjun. Rupa-rupanya, buah hati Jojie iaitu Adam (Ben Amir) dah rakannya turut berkelah di tempat yg sama!
Adam cuba menyakat Jojie namun gurauannya itu bertukar menjadi tragedi apabila Jojie terjatuh ke dlm sungai dan dibawa pergi oleh arus yg deras. Kepala Jojie terhentak pd sebuah batu besar dan menyebabkannya tak sedarkan diri.
Peristiwa hampir mati lemas itu telah menyebabkan Jojie menjadi lebih aneh. Kadang-kala, Jojie akan berkhayal dan menggigil secara tiba-tiba ketika melakukan sesuatu perkara. Sebenarnya, Jojie dikurniakan kebolehan utk melihat perkara yg akan berlaku.
Pada mulanya, ibu dan rakan-rakan Jojie sendiri tak percaya tentang kelebihan yg dimiliki Jojie ini. Mereka sangkakan Jojie telah diganggu oleh makhluk halus. Akan tetapi, Jojie bersifat positif dan tak menganggap kebolehan unik ini sbg suatu beban, malahan dia ingin menggunakan ia utk membantu orang lain mengelak drpada ditimpa kemalangan.
Mampukah Jojie menjadi ‘superhero’ kesayangan orang ramai? 

Tags: #Dahlia #Drama #Gigil #Jojie #Slot

author
Author: 
    Biodata Farah Nabilah Pelakon Baru – Drama Ttian Cinta [Slot Akasia TV3]
    Biodata Farah Nabilah Pelakon Baru – Drama Ttian Cinta [Slot Akasia TV3]
    Nama Penuh: Farah Nabilah Saipuddin Nama Komersil:
    Drama Dia Anak Jeneral (TV2)
    Drama Dia Anak Jeneral (TV2)
    Drama bersiri ‘Dia Anak Jeneral’ yg diadaptasi

    Leave a reply "Drama Jojie Gigil [Slot Dahlia TV3]"

    Must read×

    Top