Drama Jadikan Aku Yang Kedua ,Lakonan Amar Baharin, Amyra Rosli

In Terkini 616 views
Opera Klasik Sdn Bhd akan membawakan drama terbaru adaptasi novel Jadikan Aku Yang Kedua nukilan Siti Khadijah. Menampilkan lakonan pasangan suami isteri iaitu Amar Baharin dan Amyra Rosli. Drama 18 episod arahan Rashid Sibir itu bakal ditayangkan di saluran Astro Oasis pd bulan Mac depan. 
JUDUL : JADIKAN AKU YANG KEDUA
TARIKH / MASA : Mac 2017
SIARAN : Astro Oasis
PENULIS NOVEL : Siti Khadijah
PENGARAH : Rashid Sibir
TERBITAN : Opera Klasik Sdn Bhd 
PELAKON : Amar Baharin, Amyra Rosli, Yana Samsudin, Adibah Noor, Rahim Omar, Kartini Aziz, Wilma Muhammad

WATAK PELAKON 
Amar Baharin sbg Thaqif Aswad 
Amyra Rosli sbg Nuha Saqeena
Yana Samsudin sbg Wawa 

SINOPSIS JADIKAN AKU YANG KEDUA
“Abang janji sayang, hanya cinta sayang yg pertama dan yg terakhir buat abang. Takkan ada mana-mana perempuan yg akan dapat mengubah cinta ini malah perasaan cinta dah terkubur bersama dgn jasad sayang. Abang doakan sayang aman di sana.”- THAQIF ASWAD.
Pertemuan pertama antara Nuha Saqeena dan Thaqif Aswad menimbulkan perasaan cinta buat si gadis. Sedangkan si jejaka pula masih sukar melupakan memosi silam ketika bersama si isteri yg sudah lama pergi. Cinta buat isteri yg sudah tiada sentiasa mekar dlm hati telah membuatkan hatinya enggan menerima lembaran cinta yg baharu.
Kerana memikirkan tanggungjawab dan perlunya kasih sayang seorang ibu buat sepasang cahaya mata kembar yg telah ditinggalkan oleh isteri, Thaqif harus mencari pengganti si isteri buat permata hati dan bukannya utk cinta sendiri yg masih belum terbuka utk diganti.
“Awak mungkin boleh halang diri awak drpada jatuh cinta pd saya tapi awak tak boleh halang saya utk terus menyayangi awak. Saya takkan paksa awak utk terima saya tapi saya akan terus berusaha utk mendapat tempat di hati awak kerana saya adalah isteri awak.”- NUHA SAQEENA.
Pelbagai cara dilakukan utk menambat hati Thaqif. Namun, hati Thaqif bagaikan batu. Dingin dan keras. Kehadiran Hajah Latifah dan Wazirah merumitkan lagi hubungan mereka berdua.
Kebencian Hajah Latifah membuatkan Nuha mengalah. Thaqif bukan miliknya seorang!
“Awak rasa saya akan bahagia ke dgn pernikahan ni? Kalaulah saya tahu ini akan berlaku, lebih baik saya tunggu Wawa aje dr dulu. Tak payah saya jatuh cinta pd awak!” – THAQIF ASWAD.
Satu keputusan telah dibuat saat cintanya makin mekar utk Nuha. Namun, demi sebuah janji dia harus mengorbankan perasaannya. Mampukah dia menerima Wazirah sbg pengganti Waheeda sedangkan hanya nama Nuha yg terpahat dlm hati? Dapatkan Nuha Saqeena menjadi yg kedua dlm hati Thaqif seterusnya menjadi yg terakhir dlm hidup lelaki itu?
Benarkah cinta pertama itu tiada gantinya?
“Kalau nyawa yg mampu Nuha gantikan utk terus melihat dia tersenyum, Nuha sanggup berikan nyawa Nuha utk dia.”- NUHA SAQEENA.

Carian Berkaitan

drama jadikan aku yang kedua, jadikan aku yang kedua sinopsis, pelakon drama jadikan aku yang kedua, bioadat pemain jadikan aku yangbkedia

Tags: #Amar #Amyra #Baharin #Drama #Jadikan #Kedua #Lakonan #Rosli #Yang

author
Author: 
    Drama My Coffee Prince Lakonan : Fattah Amin, Janna Nick, Fahrin Ahmad,
    Drama My Coffee Prince Lakonan : Fattah Amin, Janna Nick, Fahrin Ahmad,
    Nantikan adaptasi drama popular Korea Selatan bertajuk
    Kesempatan Kedua (TV3)
    Kesempatan Kedua (TV3)
    Saksikan telefilem Kesempatan Kedua lakonan Kaka Azraff,
    Sinopsis Drama Kisah Yang Hilang
    Sinopsis Drama Kisah Yang Hilang
    Tajuk : Kisah Yang Hilang Mula Tayangan
    Sinopsis Telemovie Psikosis
    Sinopsis Telemovie Psikosis
    Tajuk : Psikosis Tarikh : 18 November

    Leave a reply "Drama Jadikan Aku Yang Kedua ,Lakonan Amar Baharin, Amyra Rosli"

    Must read×

    Top