Drama Hero Seorang Cinderella [Astro Ria]

In Terkini 551 views
fazura fattah amin
Fazura dan Fattah Amin

Drama Hero Seorang Cinderella adalah drama terbaru arahan Michael Ang [Red Velvet, Kimchi Untuk Awak] bakal menggandingkan dua pelakon popular iaitu Fazura [J Revolusi] dan Fattah Amin [Suri Hati Mr Pilot, Dia Anak Jeneral]. Dah agak lama Fazura tak muncul dlm drama bersiri spt ini.

Drama Hero Seorang Cinderalla ini juga merupakan adaptasi novel karya Anjell dgn tajuk yg sama. Sebelum ini novel Anjell iaitu Tundukkan Playboy Itu dan Suamiku Paling Sweet juga telah dijadikan drama bersiri dan mendapat reaksi positif dr penonton. Kita tunggu dan lihat bagaimana rating utk drama Hero Seorang Cinderella nanti.

Profil Drama Hero Seorang Cinderella 2017

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Romantik Komedi
Pengarah : Michael Ang
Pelakon : Fattah Amin, Nur Fazura, Uqasha Senrose, Zieka Khamis, Fikry Ibrahim, Luqman hafidz, Aedy Ashraf, Mawar Rashid, Nina Juren, Zizie Ezette dan Lisdawati.
Saluran : Astro Ria dan Ria HD
Tarikh Tayangan : Bermula 29 Mei 2017 – 6 Julai 2017 [Jangka]
Episod : 24 Episod

Sinopsis Drama Hero Seorang Cinderalla 2017

– versi Novel [goodreads.com]

Ini adalah kisah seorang Cinderella dan heronya.

Sekali pandang, orang mesti cakap dia sesuai utk Cinderella versi thriller. Dia cantik tapi muka dia beku. Senyum ikhlasnya mahal. Jelingannya tajam mengalahkan pedang. Semuanya hanya utk menutup kisah hidupnya. Itulah Nura Medina.

Seratus lapan puluh darjah pula dgn heronya. Heronya masih versi Prince Charming. Dia kacak membunuh. Senyumnya ikhlas versi pencair hati. Jelingannya mampu bikin anak dara penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini bersama satu amanah. Itulah Tengku Ian Uzzam.

Macam mana Tengku Ian boleh menjadi hero seorang Cinderella? Al-kisahnya bermula pd suatu malam.

“Tips. Kalau awak ingat saya malam ni, saya pasti akan selamatkan awak.”- TENGKU IAN UZZAM

Bermulalah misi Tengku Ian utk mendekati Medina. Terus-menerus si hero selamatkan Cinderellanya. Sehinggalah tersingkapnya satu rahsia.

“Dunia ni penuh dgn ketidakjujuran. Bila dah kena fitnah, 99.9% pilih utk percaya.” – NURA MEDINA
“In the situation of 99.9% of distrust, I am your 0.1% that will trust you. Always.” – TENGKU IAN UZZAM

Itu janji Tengku Ian. Dan apabila Medina berada dlm situasi 99.9% itu, masihkah Tengku Ian menjadi 0.1% dia? Dan berjayakah Tengku Ian menjalankan amanah yg diberikan?

Pelakon Drama Hero Seorang Cinderella 2017
nur fazura
Fazura sbg Nura Medina
zieka khamis fazura
Zieka Khamis sbg Zuyyin bersama Nur Fazura
 

uqasha senrose zizie ezette
Uqasha Senrose sbg Puteri dan Zizie Ezette sbg Datin Sri Mawar


Carian Berkaitan

senarai lagu hero seorang cinderella, rating drama hero seorang cinderella, rating hero seorang cinderella, hero seorang cinderella bermula

Loading...

Tags: #Astro #Cinderella #Drama #Hero #Seorang

author
Author: 
    Telemovie Kakak Iparku Memang Win (2017)
    Telemovie Kakak Iparku Memang Win (2017)
    KAKAK IPARKU MEMANG WINIrfan tak sabar menunggu
    Drama Awak Sayang Saya Tak Lakonan Alvin Chong, Emma Maembong
    Drama Awak Sayang Saya Tak Lakonan Alvin Chong, Emma Maembong
    Nantikan drama adaptasi novel Awak Suka Saya
    Festival Filem Malaysia 29 FFM29 ( 2017)
    Festival Filem Malaysia 29 FFM29 ( 2017)
    Malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29)
    Sinopsis Drama Awak Suka Saya Tak
    Sinopsis Drama Awak Suka Saya Tak
    Tajuk : Awak Suka Saya Tak Mula

    Leave a reply "Drama Hero Seorang Cinderella [Astro Ria]"

    Must read×

    Top