Drama Duda Pujaan Dara [Slot MegaDrama Astro Ria]

In Terkini 8 views
DRAMA : DUDA PUJAAN DARA 

EPISOD : 12 
TARIKH TAYANGAN : 4 September 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & HD 123
PENULIS NOVEL : Hanny Esandra
SKRIP : Rehal Nuharis
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Kamal Adli, Zahirah Macwilson, Rania Humairah, Isyariana, Nazierah Amin, Aprena Manrose, Kuna Muzani, Rahim Jelani, Betty Banafe, Zazly Baginda, Farisha Irwayu, Syafiq Nazri, Jasmine Ashraff, Nurul Hijanah, Rozilawati, Ahmad Zulhilmi
WATAK PELAKON 

Kamal Adli sbg Tengku Razeen
Zahirah Macwilson as sbg Ainee Marwah
Rania Humairah sbg Tengku Rafanda
Aprena Manrose sbg Dora
Isyariana sbg Airis
Nazierah Amin sbg Amyza
Kuna Muzani sbg Puan Najla
Zazly Baginda sebgai Haji Omar
Betty Banafe sbg Tengku Wilma
Farisha Irwayu sbg Hajah Zauyah
Syafiq Nazri sbg Afef Zaqwan
Rahim Jelani sbg Tengku Aminuddin
Jasmine Ashraff sbg Zulfah 
LAGU TEMA / OST DUDA DUDA PUJAAN DARA

Tajuk : Tak Malu
Penyanyi : Farisha Irish
SINOPSIS DUDA PUJAAN DARA

Si dara yg bercita-cita mahukan si duda. Katanya duda banyak pengalaman. Pelik-pelik sahaja impian Ainee Marwah. Lalu, Ainee Marwah bertemu dgn Tengku Razeen. Si duda yg mempunyai anak satu. Dia merupakan bos di tempat kerja Ainee Marwah. Seorang lelaki yg sudah kematian isteri dan mahu mencari pengganti demi anak tercinta, Tengku Rafanda. Sikap Ainee Marwah yg gedik mahukan duda mana boleh ditahan-tahan. Maka, dia rancang bermacam-macam cara utk pikat si duda pujaan. Senyum sudah, langgar bahu sudah, main mata sudah, malah jatuh tergolek pun Ainee Marwah sanggup demi mahu menarik perhatian Tengku Razeen. Usaha bagai nak rak, tetapi lelaki itu tetap kaku macam paku. Muka ketat pakai skru. Lagi yg buat Ainee Marwah sakit hati, Tengku Razeen cair hati pula bila bersama dgn Dora yg Ainee Marwah gelar Doraemon!
“Botol kicap, botol cuka. Saya ni bermimpi ke?” – Ainee Marwah
“Kain sutera, kain guni. Saya tanya betul-betul ni.” – Tengku Razeen
Rasa mahu berhenti jantung Ainee Marwah bila Tengku Razeen tiba-tiba melamarnya. Bercinta dgn Dora, tapi dia yg dilamar. Fuh! Mencabar rupa-rupanya berkahwin dgn lelaki bergelar duda.
Ikan kembung, ikan yu. I love you… – Ainee Marwah
Pengkalan Batu, Pengkalan Chepa. I love you tu apa? – Tengku Razeen
Sakitnya hati bila suami tak romantik. Tapi, Ainee Marwah tak berputus asa. Kalau sebelum kahwin dia sudah nakal, selepas berkahwin bertambah nakal. Dia sanggup lakukan apa sahaja utk beli hati Tengku Razeen.

Tags: #Astro #Dara #Drama #Duda #MegaDrama #Pujaan #Slot

author
Author: 
    Telemovie Pok Ya Cong Codei Lakonan Sabri Yunus, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose
    Telemovie Pok Ya Cong Codei Lakonan Sabri Yunus, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose
    Jangan ketinggalan utk menyaksikan telefilem bertajuk Pok
    Drama Budak Boys Nafiz Muaz, Ashraf Muslim, Nafiez Zaidi
    Drama Budak Boys Nafiz Muaz, Ashraf Muslim, Nafiez Zaidi
    Nantikan drama bertajuk Budak Boys yg akan
    Drama Dia Anak Jeneral Lakonan Niena Baharun, Fattah Amin
    Drama Dia Anak Jeneral Lakonan Niena Baharun, Fattah Amin
    Drama bersiri ‘Dia Anak Jeneral’ yg diadaptasi

    Leave a reply "Drama Duda Pujaan Dara [Slot MegaDrama Astro Ria]"

    Must read×

    Top