Drama Duda Pujaan Dara Lakonan Kamal Adli, Zahirah Macwilson

In Terkini 16 views
Nantikan drama bersiri adaptasi novel Duda Pujaan Dara karya Hanny Esandra yg akan mengisi slot MegaDrama di saluran Astro Ria. Dibintangi oleh Kamal Adli, Zahirah Macwilson dan Aprena Manrose. Sebuah drama terbitan produksi Suhan Movies & Trading dan diarahkan oleh Jamal Khan. Akan menemui penonton pd bulan September nanti. 
JUDUL : DUDA PUJAAN DARA 
TARIKH / MASA : September 2017 
SIARAN : Astro Ria 104 & HD 123
PENULIS NOVEL : Hanny Esandra 
PENGARAH : Jamal Khan 
TERBITAN : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Kamal Adli, Zahirah Macwilson, Aprena Manrose, Isyariana, Nazierah Amin, Rania, Syafiq M. Nazri
WATAK PELAKON 
Kamal Adli sbg Tengku Razeen
Zahirah Macwilson as sbg Marwah
Aprena Manrose sbg Dora 
SINOPSIS DUDA PUJAAN DARA
Si dara yg bercita-cita mahukan si duda. Katanya duda banyak pengalaman. Pelik-pelik sahaja impian Ainee Marwah.
Lalu, Ainee Marwah bertemu dgn Tengku Razeen. Si duda yg mempunyai anak satu. Dia merupakan bos di tempat kerja Ainee Marwah. Seorang lelaki yg sudah kematian isteri dan mahu mencari pengganti demi anak tercinta, Tengku Rafanda.
Sikap Ainee Marwah yg gedik mahukan duda mana boleh ditahan-tahan. Maka, dia rancang bermacam-macam cara utk pikat si duda pujaan. Senyum sudah, langgar bahu sudah, main mata sudah, malah jatuh tergolek pun Ainee Marwah sanggup demi mahu menarik perhatian Tengku Razeen.
Usaha bagai nak rak, tetapi lelaki itu tetap kaku macam paku. Muka ketat pakai skru. Lagi yg buat Ainee Marwah sakit hati, Tengku Razeen cair hati pula bila bersama dgn Dora yg Ainee Marwah gelar Doraemon!
“Botol kicap, botol cuka. Saya ni bermimpi ke?” – Ainee Marwah
“Kain sutera, kain guni. Saya tanya betul-betul ni.” – Tengku Razeen
Rasa mahu berhenti jantung Ainee Marwah bila Tengku Razeen tiba-tiba melamarnya. Bercinta dgn Dora, tapi dia yg dilamar. Fuh! Mencabar rupa-rupanya berkahwin dgn lelaki bergelar duda.
Ikan kembung, ikan yu. I love you… – Ainee Marwah
Pengkalan Batu, Pengkalan Chepa. I love you tu apa? – Tengku Razeen
Sakitnya hati bila suami tak romantik. Tapi, Ainee Marwah tak berputus asa. Kalau sebelum kahwin dia sudah nakal, selepas berkahwin bertambah nakal. Dia sanggup lakukan apa sahaja utk beli hati Tengku Razeen.

Loading...

Tags: #Adli #Dara #Drama #Duda #Kamal #Lakonan #Macwilson #Pujaan #Zahirah

author
Author: 
    Telemovie Kakak Iparku Memang Win (2017)
    Telemovie Kakak Iparku Memang Win (2017)
    KAKAK IPARKU MEMANG WINIrfan tak sabar menunggu
    Drama Awak Sayang Saya Tak Lakonan Alvin Chong, Emma Maembong
    Drama Awak Sayang Saya Tak Lakonan Alvin Chong, Emma Maembong
    Nantikan drama adaptasi novel Awak Suka Saya
    Festival Filem Malaysia 29 FFM29 ( 2017)
    Festival Filem Malaysia 29 FFM29 ( 2017)
    Malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29)
    Sinopsis Drama Awak Suka Saya Tak
    Sinopsis Drama Awak Suka Saya Tak
    Tajuk : Awak Suka Saya Tak Mula

    Leave a reply "Drama Duda Pujaan Dara Lakonan Kamal Adli, Zahirah Macwilson"

    Must read×

    Top