Drama Duda Pujaan Dara [2017]

In Terkini 89 views

 

‘Table Read’ utk drama Duda Pujaan Dara.

Drama Duda Pujaan Dara merupakan drama terbitan Suhan Movies & Trading di bawah arahan Jamal Khan yg bakal menggandingkan Kamal Adli dan Zahirah Mcwilson sbg pelakon utama. Drama Duda Pujaan Dara ini bakal ditayangkan di slot megadrama Astro Ria.

Profil Drama Duda Pujaan Dara Astro Ria

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama
Pengarah : Jamal Khan
Skrip : Rehal Nuharis
Idea Asal : Novel Duda Pujaan Dara Karya Hanny Esandra
Penerbit : Suhan Movies & Trading
Pelakon : Kamal Adli, Zahirah Mcwilson, Syafiq Nazri dan Rania Ezzudin
Episod : –
Siaran : Slot Megadrama Astro Ria
Tarikh Tayang : 4 September 2017 [belum pasti]

Sinopsis Drama Duda Pujaan Dara Astro

Si dara yg bercita-cita mahukan si duda. Katanya duda banyak pengalaman. Pelik-pelik sahaja impian Ainee Marwah. Lalu, Ainee Marwah bertemu dgn Tengku Razeen. Si duda yg mempunyai anak satu. Dia merupakan bos di tempat kerja Ainee Marwah. Seorang lelaki yg sudah kematian isteri dan mahu mencari pengganti demi anak tercinta, Tengku Rafanda.

Sikap Ainee Marwah yg gedik mahukan duda mana boleh ditahan-tahan. Maka, dia rancang bermacam-macam cara utk pikat si duda pujaan. Senyum sudah, langgar bahu sudah, main mata sudah, malah jatuh tergolek pun Ainee Marwah sanggup demi mahu menarik perhatian Tengku Razeen.

Usaha bagai nak rak, tetapi lelaki itu tetap kaku macam paku. Muka ketat pakai skru. Lagi yg buat Ainee Marwah sakit hati, Tengku Razeen cair hati pula bila bersama dgn Dora yg Ainee Marwah gelar Doraemon!

Rasa mahu berhenti jantung Ainee Marwah bila Tengku Razeen tiba-tiba melamarnya. Bercinta dgn Dora, tapi dia yg dilamar. Fuh! Mencabar rupa-rupanya berkahwin dgn lelaki bergelar duda.

Sakitnya hati bila suami tak romantik. Tapi, Ainee Marwah tak berputus asa. Kalau sebelum kahwin dia sudah nakal, selepas berkahwin bertambah nakal. Dia sanggup lakukan apa sahaja utk beli hati Tengku Razeen.


Carian Berkaitan

meh sandar lagi tengku razeen, pelakon dora dlm duda punjaan dara

Loading...

Tags: #2017 #Dara #Drama #Duda #Pujaan

author
Author: 
    The Berlian Job (Karya 12)
    The Berlian Job (Karya 12)
    Saksikan telefilem The Berlian Job arahan pengarah
    Nur 3 Pagi (TV3)
    Nur 3 Pagi (TV3)
    Sempena Maal Hijrah, TV3 akan menayangkan telefilem
    Drama Red Velvet – Neelofa dan Alif Satar
    Drama Red Velvet – Neelofa dan Alif Satar
    Nantikan drama adaptasi novel Red Velvet karya
    Drama Red Velvet Lakonan Alif Satar, Neelofa
    Drama Red Velvet Lakonan Alif Satar, Neelofa
    Nantikan drama adaptasi novel Red Velvet karya

    Leave a reply "Drama Duda Pujaan Dara [2017]"

    Must read×

    Top