Drama Duda Pujaan Dara (2017)

In Terkini 88 views

SINOPSIS DUDA PUJAAN DARA
Si dara yg bercita-cita mahukan si duda. Katanya duda banyak pengalaman. Pelik-pelik sahaja impian Ainee Marwah.

Lalu, Ainee Marwah bertemu dgn Tengku Razeen. Si duda yg mempunyai anak satu. Dia merupakan bos di tempat kerja Ainee Marwah. Seorang lelaki yg sudah kematian isteri dan mahu mencari pengganti demi anak tercinta, Tengku Rafanda.

Sikap Ainee Marwah yg gedik mahukan duda mana boleh ditahan-tahan. Maka, dia rancang bermacam-macam cara utk pikat si duda pujaan. Senyum sudah, langgar bahu sudah, main mata sudah, malah jatuh tergolek pun Ainee Marwah sanggup demi mahu menarik perhatian Tengku Razeen.

Usaha bagai nak rak, tetapi lelaki itu tetap kaku macam paku. Muka ketat pakai skru. Lagi yg buat Ainee Marwah sakit hati, Tengku Razeen cair hati pula bila bersama dgn Dora yg Ainee Marwah gelar Doraemon!

“Botol kicap, botol cuka. Saya ni bermimpi ke?” – Ainee Marwah
“Kain sutera, kain guni. Saya tanya betul-betul ni.” – Tengku Razeen

Rasa mahu berhenti jantung Ainee Marwah bila Tengku Razeen tiba-tiba melamarnya. Bercinta dgn Dora, tapi dia yg dilamar. Fuh! Mencabar rupa-rupanya berkahwin dgn lelaki bergelar duda.

Ikan kembung, ikan yu. I love you… – Ainee Marwah
Pengkalan Batu, Pengkalan Chepa. I love you tu apa? – Tengku Razeen

Sakitnya hati bila suami tak romantik. Tapi, Ainee Marwah tak berputus asa. Kalau sebelum kahwin dia sudah nakal, selepas berkahwin bertambah nakal. Dia sanggup lakukan apa sahaja utk beli hati Tengku Razeen.

JUDUL : DUDA PUJAAN DARA
TARIKH / MASA : September 2017
SIARAN : Astro Ria 104 & HD 123
PENULIS NOVEL : Hanny Esandra
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Kamal Adli, Zahirah Macwilson, Aprena Manrose, Isyariana, Nazierah Amin, Rania, Syafiq M. Nazri

WATAK PELAKON
Kamal Adli sbg Tengku Razeen
Zahirah Macwilson as sbg Marwah
Aprena Manrose sbg Dora

Tags: #2017 #Dara #Drama #Duda #Pujaan

author
Author: 
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Nantikan drama bersiri Mona Lisa adaptasi drpada
    Sinopsis Drama Mandatori
    Sinopsis Drama Mandatori
    Tajuk : Mandatori Mula Tayangan : 14
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Nantikan drama adapatasi novel Tiada Arah Jodoh
    Drama Isteri Untuk Diiktiraf
    Drama Isteri Untuk Diiktiraf
    Nantikan drama bersiri Isteri Untuk Diiktiraf adaptasi

    Leave a reply "Drama Duda Pujaan Dara (2017)"

    Must read×

    Top