Drama Di Sebalik Wajah

In Terkini 119 views

Di Sebalik Wajah

Drama bersiri ‘Di Sebalik Wajah’ terbitan akan ditayangkan di saluran HyppSensasi (HyppTV Saluran 116) bermula 1 Mei 2017, setiap hari Isnin dan Selasa, jam 9.00 malam. Drama bersiri selama 30 episod ini diterbitkan oleh Filmscape Sdn Bhd dan diarahkan oleh Patrick Lim. Menampilkan barisan pelakon spt Diana Danielle, Aliff Aziz, Hefny Sahad, Zarina Zainoordin, Anwar Khan dan ramai lagi.
JUDUL : DI SEBALIK WAJAH
JUMLAH EPISOD : 30 episod 
TARIKH MULA TAYANGAN : 1 Mei 2017
HARI / WAKTU SIARAN : Isnin-Selasa, 9.00 malam
SALURAN : HyppSensasi (HyppTV Saluran 116) & HyppTV Everywhere 
SKRIP : Eenaz Mokhtar, Farah Alya As’ari, Farah Bani
PENGARAH : Patrick Lim
TERBITAN : Filmscape Sdn Bhd
PELAKON : Diana Danielle, Aliff Aziz, Hefny Sahad, Zarina Zainoordin, Anwar Khan, Haeriyanto Hassan, Marissa Yasmin, 
WATAK PELAKON
Diana Danielle sbg Nadia
Aliff Aziz sbg Amir Hisyam
Hefny Sahad sbg Fared Hanafi
Zarina Zainoordi sbg Elisa
Anwar Khan sbg Ryan 
SINOPSIS DI SEBALIK WAJAH
Mengisahkan tentang Nadia (Diana Danielle) yg tersedar dr koma selepas beliau terlibat dlm satu kemalangan kereta ngeri dan kemudian menjalani pembedahan di wajahnya. Tanpa sebarang memori lampau mengenai dirinya, dan tanpa mengingati siapa dirinya yg sebenar, Nadia dihantui dgn ilusi dan panggilan telefon drpada satu suara misteri yg menyuruh beliau membunuh suaminya sendiri, Amir Hisyam (Aliff Aziz) yg merupakan seorang pewaris kpd syarikat pembangunan hartanah terkemuka di Malaysia. Nadia terus menjadi keliru apabila beliau mula mengenali seorang lelaki bernama Fared Hanafi atau dikenali sbg Red (Hefny Sahad), seorang wartawan penyiasat yg mempunyai seorang teman wanita dan rakan sekerja bernama Elisa (Zarina Zainoordin) yg telah hilang pd hari yg sama semasa Nadia mengalami kemalangan. Perkara-perkara yg berlaku secara kebetulan ini menjadikan Red lebih bersemangat utk menjalankan penyiasatan beliau secara lebih terperinci, dan dgn bantuan Nadia, mereka terus mencari petunjuk hinggalah membawa kpd perkara-perkara yg tak dijangka dan membongkar rahsia sebenar. Maklumat-maklumat yg ditemui, mungkin dapat membantu Nadia utk mengetahui siapa dirinya yg sebenar.
Bagaimanakah pengakhiran perhubungan di antara Nadia dan Amir? Adakah Nadia dan Red mampu utk menjejaki Elisa semula? Jalan cerita ini akan menjadi lebih menarik di dlm ‘Di Sebalik Wajah’ di mana penonton akan terus mengikuti perjalanan Nadia utk merungkai misteri di sekelilingnya. Plot penceritaan yg menarik ini nyata mampu membuat penonton tak berganjak dan terus menonton drama bersiri ini.
GAMBAR PELAKON

Di Sebalik Wajah
barisan pelakon

Loading...

Tags: #Drama #Sebalik #Wajah

author
Author: 
    Hijrah Di Ufuk Senja
    Hijrah Di Ufuk Senja
    Telefilem khas sempena Maal Hijrah bertajuk Hijrah
    Janji Allah (TV1)
    Janji Allah (TV1)
    RTM akan menyiarkan telefilem istimewa Maal Hijrah
    Telemovie Dosa Perempuan Lakonan Redza Rosli, Nad Zainal, Mira Filzah
    Telemovie Dosa Perempuan Lakonan Redza Rosli, Nad Zainal, Mira Filzah
    Jangan lupa saksikan telefilem Dosa Perempuan arahan

    Leave a reply "Drama Di Sebalik Wajah"

    Must read×

    Top