Drama Dendam Aurora (2017)

In Terkini 204 views

SINOPSIS DENDAM AURORA
Mengisahkan tentang seorang wanita bernama Aurora Abdullah (Nabila Huda) yg dipenjarakan selama 8 tahun di atas kesalahan membunuh. Aurora kemudiannya dibebaskan lebih awal dr waktu ditetapkan kerana berkelakuan baik. Walaupun ditegah oleh neneknya  Octavia Milner (Dian P. Ramlee), Aurora mengambil keputusan utk pulang ke Tana Rata, Cameron Highlands, Pahang setelah dibebaskan demi membersihkan namanya dan nama keluarganya yg telah tercalar setelah dia dituduh membunuh Dato’ Hamzah (Tony Eusoff).

Kemunculan semula Aurora di Tanah Rata membuatkan keadaan menjadi tegang yg mana semua orang terkejut dgn kehadirannya terutama Harris (Ungku Ismail Aziz), yg merupakan bekas kekasih Aurora dan juga anak kpd Dato’ Hamzah. Pada waktu itu, Harris yg juga pemilik ladang Teh besar di Tanah Rata sudah ditunangkan dgn Putri Adrina (Anzalna Nasir), bakal pewaris kpd Engku Azhar (Dato’ Eizlan Yusof), pemilik ladang sayuran terbesar di Malaysia.

Aurora terkejut apabila mengetahui yg perniagaan keluarganya kini menanggung hutang yg banyak dan dipinggirkan oleh orang kampung. Perusahaan teh mereka yg dijalankan Octavia semakin muflis. Dengan bantuan dan sokongan Ustaz Hakim (Fezrul Khan), Aurora nekad utk membangunkan perusahaan keluarganya.

Kehadiran Aurora di Tanah Rata juga pd masa yg sama membuatkan pengusaha-pengusaha yg bersubahat dgn Engku Azhar bimbang jika rahsia kematian Dato’ Hamzah bocor. Mereka nekad utk memastikan kehidupan Aurora terus sukar dan rahsia mereka tak diketahui sesiapa.

Didorong rasa benci, Haikal Hamzah (Shah Iskandar) pula ingin membalas dendam kpd Aurora di atas pembunuhan ayahnya. Hasil siasatannya, beliau mendapat tahu bahawa Aurora tak bersalah. Rasa kesal dan malu ini membawa kpd perasaan cinta pd diri dan semangat perjuangan Aurora. Manakala Harris yg sudah ditunangkan dgn Putri Adrina pula pd masa yg sama semakin cemburu dgn adiknya yg semakin rapat dgn Aurora.

Engku Azhar pula gembira dgn perkembangan hubungan Haikal dan Aurora kerana beliau sudah lama tak menyukai Harris. Walau bagaimanapun, beliau terpaksa merestui dan akur dgn keputusan anak kesayangannya Putri Adrina yg tetap berkeras utk berkahwin dgn Harris. Perkahwinan Harris dan Putri Adrina merumitkan lagi konflik di antara tiga keluarga besar di Tanah Rata tersebut.

JUDUL : DENDAM AURORA
EPISOD : 100 episod
TARIKH TAYANGAN : 25 Julai 2017
HARI  / MASA : Isnin-Jumaat, 6.00 petang
SIARAN : Astro Prima 104 & Maya HD 135
SKRIP : Adzim Shahbudin
PENGARAH : Feroz Kader/ Muhd Riza Baharudin
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Nabila Huda, Ungku Ismail Aziz, Anzalna Nasir, Shah Iskandar, Dian P Ramlee, Dato’ Eizlan Yusof, Tony Eusoff, Fezrul Khan, Aedy Ashraff, Octavia Manrose, Emilie Haniff, Mia Nasir, Zila Bakarin, Adam Lee, Nikki Palikat, Dato’ Sri Raja Rezza Shah, Marissa Yasmin, Alex Yank, Chew Kin Wah, Sharifah Shahora, Zuraini Kassim, Hafiz Halim, Yuzz Murai

WATAK PELAKON
Nabila Huda sbg Aurora Abdullah
Ungku Ismail Aziz sbg Harris Hamzah
Anzalna Nasir sbg Putri Adrina Engku Azhar
Shah Iskandar sbg Haikal Hamzah
Dian P Ramlee sbg Octavia Milner
Dato’ Eizlan Yusof sbg Engku Azhar
Tony Eusoff sbg Dato’ Hamzah
Fezrul Khan sbg Hakim Hamzah
Aedy Ashraff sbg Hadi Hamzah
Octavia Manrose sbg Hanna Hamzah
Emilie Haniff sbg Marzia Abdullah
Mia Nasir sbg Nissa Abdullah
Zila Bakarin sbg Lydia
Adam Lee sbg Rizal
Nikki Palikat sbg Laura
Dato’ Sri Raja Rezza Shah sbg Firdaus
Marissa Yasmin sbg Hawa
Alex Yank sbg Adnan
Chew Kin Wah sbg Michael
Sharifah Shahora sbg Angela
Zuraini Kassim sbg Tuan Bakar
Hafiz Halim sbg Affendi
Yuzz Murai sbg Razman

LAGU TEMA
Tajuk : Nisan Cinta
Penyanyi : Siti Nordiana  & Jaclyn Victor
Video : https://youtu.be/1fvkV6RNn4o


Carian Berkaitan

Hana dato hamzah watak dendam aurora, zuraini kassim ustaz bakar dendam aurora

Tags: #2017 #Aurora #Dendam #Drama

author
Author: 
    Drama Aku Di Sisimu (TV1)
    Drama Aku Di Sisimu (TV1)
    RMT akan menyiarkan drama bersiri Aku Di
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Nantikan drama bersiri Mona Lisa adaptasi drpada
    Sinopsis Drama Mandatori
    Sinopsis Drama Mandatori
    Tajuk : Mandatori Mula Tayangan : 14
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Nantikan drama adapatasi novel Tiada Arah Jodoh

    Leave a reply "Drama Dendam Aurora (2017)"

    Must read×

    Top