Drama Dekatkan Jarak Kita [Slot Samarinda TV3]

In Terkini 10 views


DRAMA: DEKATKAN JARAK KITA 

EPISOD : 15 
TARIKH TAYANGAN : 21 November 2017
HARI / MASA : Isnin-Rabu, 10.00 malam
SIARAN : Slot Samarinda TV3
SKRIP : PGRs Team, Rozie Rashid, Amyka Ahmad
PENULIS CERPEN : Syu Ariani
PENGARAH : Azman Yahya (Jinggo)
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Ayda Jebat, Syafiq Kyle, Azhan Rani, Catriona Ross, Wan Sharmila, Nadia Brian, Raja Hakim, Riena Diana, Emma Akma, Rashid Jaafar, Aishah Atan , Ziyan Ibrahim
WATAK PELAKON 
Ayda Jebat sbg Alyssa / Sofea
Syafiq Kyle sbg Tashriq
Azhan Rani sbg Kamil
Catriona Ross sbg Umi Khadijah
Wan Sharmila sbg Riana
Nadia Brian sbg Bella
Raja Hakim sbg Arif
Riena Diana sbg Sofea
Aishah Atan sbg Zakiah
Ziyan Ibrahim sbg Maksom
LAGU TEMA / OST DEKATKAN JARAK KITA 
Tajuk : Tergantung Sepi
Penyanyi : Haqiem Rusli
SINOPSIS DEKATKAN JARAK KITA 
Mengisahkan sepasang kembar tak seiras, Tashriq dan Sofea yg tinggal bersama ibu mereka, Umi Khadijah setelah kematian ayah mereka akibat serangan sakit jantung. Tuan Kamil, sahabat lama keluarga itu muncul dlm kehidupan mereka dgn niat utk membantu Umi Khadijah dlm menjalani kehidupannya. Tidak lama setelah kemunculannya itu, Umi Khadijah dan Tuan Kamil berkahwin. Walau bagaimanapun, Umi Khadijah tak mengetahui bahawa Tuan Kamil mempunyai agendanya yg tersendiri iaitu utk merampas harta Umi Khadijah kerana Tuan Kamil sebenarnya telah muflis.
Demi mengukuhkan asas agendanya, Tuan Kamil menghasut Tashriq utk menyebelahinya dan membenci kembarnya Sofiya kerana sebahagian drpada perancangannya adalah utk menyingkirkan Sofiya. Suatu hari, Tuan Kamil membawa keluarganya berkhemah di sebuah tempat peranginan yg baru dibuka. Namun ketika mereka berkhemah itu, Sofiya didapati hilang dan ini merisaukan Umi Khadijah kerana Sofiya sedang menghidap penyakit leukimia. Masa berlalu, hingga Umi Khadijah terpaksa akur bahawa anak perempuannya telah hilang dan menganggapnya telah meninggal dunia.
Setelah beberapa hari berlalu semenjak kehilangan Sofea, sepasang suami isteri, En. Kifli dan Pn. Zainab telah menemui Sofea dlm keadaan tak sedarkan diri berhampiran kawasan perkhemahannya. Mereka telah mengambilnya sbg anak angkat kerana Sofea enggan pulang ke keluarga kandungnya. Tambahan pula, En. Kifli dan Pn. Zainab mampu mengawal leukimia Sofea dgn perubatan kampung dan anak mereka Allysa tak lagi keseorangan. Sofea dan Allysa semakin akrab, namun menjadi renggang pd tahun akhir universiti mereka kerana kedua-dua Sofea dan Allysa memendam perasaan yg sama terhadap rakan sekelas Sofea, Arif.
Nasib tak menyebelahi Sofea kerana Arif memilih Allysa dan bakal mendirikan rumah tangga. Kerana terlalu kecawa, Sofea memilih utk hidup bersendirian dan mengabaikan kesihatannya. Ekoran drpada tindakan Sofea itu, penyakit leukimianya merebak dgn cepat dan mengganggu sistem-sistem yg lain dlm badannya dan akhirnya Sofea meninggal dunia. Sofiya juga telah meninggalkan Alyssa sebuah kotak berisi rambut, kuku dan ujian DNA miliknya dan mengamanahkan Alyssa utk mencari keluarga kandungnya dan menyamar sbg Sofiya utk memperbetulkan keadaan keluarga kandungnya di Kuala Lumpur. Allysa yg berasa bersalah bersetuju dgn cadangan itu, rahsia tersebut hanya di ketahui oleh En. Kifli, Pn. Zainab dan Allysa.
Berjayakah Allysa menegakkan keadilan dlm keluarga Umi Khadijah? Mampukah rahsia Allysa bertahan drpada pengetahuan Tashriq dan Tuan Kamil?

Tags: #Dekatkan #Drama #Jarak #Kita #Samarinda #Slot

author
Author: 
    Biodata Farah Nabilah Pelakon Baru – Drama Ttian Cinta [Slot Akasia TV3]
    Biodata Farah Nabilah Pelakon Baru – Drama Ttian Cinta [Slot Akasia TV3]
    Nama Penuh: Farah Nabilah Saipuddin Nama Komersil:
    Drama Dia Anak Jeneral (TV2)
    Drama Dia Anak Jeneral (TV2)
    Drama bersiri ‘Dia Anak Jeneral’ yg diadaptasi

    Leave a reply "Drama Dekatkan Jarak Kita [Slot Samarinda TV3]"

    Must read×

    Top