Drama Coklat (TV1)

In Terkini 74 views

Coklat TV1

Drama bersiri terbaharu berjudul “Coklat” bakal menampilkan lakonan Tunku Hanis, Remy Ishak, Fathia Latif, Tunku Hanis, dan Fezrul Khan. Drama terbitan Rumah Karya Citra ini diarahkan oleh Bade Hj Azmi. Bakal menemui penonton di TV1 mulai 11 September ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 10.30 malam. Bagi anda yg ketinggalan berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).
JUDUL : COKLAT 
EPISOD : 13 episod 
TARIKH TAYANGAN : 11 September
HARI / MASA : Isnin-Jumaat, 10.30 malam
SIARAN : TV1
IDEA ASAL : Erma Fatima
PENGARAH : Bade Hj Azmi
TERBITAN : Rumah Karya Citra
PELAKON : Tunku Hanis, Remy Ishak, Fathia Latif, Tunku Hanis, Fezrul Khan, Nur Qistina Raisah, Muhammad Danish Razriq, Hawa Khadeejah
SINOPSIS COKLAT 
Mengisahkan Mira yg menjanda sudah hampir 6 tahun ketika mengandungkan Maya. Suaminya meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Sejak itu Mira menjadi ayah dan ibu kpd Maya. Mira belajar membuat coklat dan mata pencariannya adalah mengambil tempahan coklat. Maya tak pernah dapat mengenali ayahnya.
Yamin pula berkerja sbg guru. Isterinya meninggalkannya kerana mengikut bekas kekasihnya. Sejak itu dia tak lagi percayakan perempuan. Anaknya Iyad sangat nakal. Dia langsung tak pernah takutkan sesiapa kecuali ayahnya sahaja. Iyad selalu membuat hal samada di sekolah atau dgn jiran-jiran di rumah.
Sementara itu Munir dan Hamra kahwin atas dasar cinta tetapi tak mendapat restu dr keluarga Hamra kerana Munir hanyalah pembawa lori. Entah kenapa Hamra begitu tergila-gilakan Munir sampai sanggup tinggalkan keluarga.
Munir dan Hamra baru pindah di kawasan perumahan Yamin dan Mira. Mereka semua berjiran namun Munir tak suka bergaul. Coklat buatan Mira popular dlm kalangan kanak-kanak dikawasan itu kerana itu mereka selalu bermain berdekatan dgn rumah Mira dgn harapan dapat coklat dr Mira.
Maya dan Iyad pula berkawan baik. Walaupun selalu bergaduh tapi mereka rapat. Maya selalu pertahankan Iyad apabila Iyad dibuli oleh Castello. Dalila pula agak kesunyian bila baru pindah di taman perumahan itu. Namun Maya dan Iyad selalu menemani Dalila hingga mereka menjadi kawan baik.

Carian Berkaitan

lirik lagu coklat tv1 ost

Tags: #Coklat #Drama

author
Author: 
    Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung (TV3)
    Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung (TV3)
    Nantikan drama bersiri berjudul ‘Ahmad Rosli Arwahkan
    Drama Aku Di Sisimu (TV1)
    Drama Aku Di Sisimu (TV1)
    RMT akan menyiarkan drama bersiri Aku Di
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Nantikan drama bersiri Mona Lisa adaptasi drpada
    Sinopsis Drama Mandatori
    Sinopsis Drama Mandatori
    Tajuk : Mandatori Mula Tayangan : 14

    Leave a reply "Drama Coklat (TV1)"

    Must read×

    Top