Drama Cinta di Langit Cardiff

In Terkini 323 views

Cinta di Langit Cardiff

Saksikan gandingan Amar Bahrin dan Amyra Rosli dlm drama bersiri Cinta di Langit Cardiff. Turut membintangi drama ini ialah Hafeez Mikail, Shakila Khoriri, dan Marissa Yasmin. Drama bersiri sebanyak 13 episod ini diarahkan oleh Rahila Ali dibawah terbitan Pena Kreatif Sdn Bhd. Bakal disiarkan di TV2 mulai 4 Julai, setiap hari Selasa hingga Khamis pukul 8.35 malam.  
JUDUL : CINTA DI LANGIT CARDIFF  
EPISOD : 13 episod 
TARIKH TAYANGAN : 4 Julai 2017
HARI / MASA : Selasa-Khamis, 8.35 malam
SIARAN : Slot Selekta Prima (TV2-RTM)
PENGARAH : Rahila Ali 
TERBITAN : Pena Kreatif Sdn Bhd
PELAKON : Amar Bahrin, Amyra Rosli, Shakila Khoriri, Hafeez Mikail, Marissa Yasmin, Zarina Zainuddin, Zack Idris
WATAK PELAKON
Amar Bahrin sbg Ashraf
Amyra Rosli sbg Tasha
Hafeez Mikail sbg Imran
SINOPSIS CINTA DI LANGIT CARDIFF
Mengisahkan Tasha yg ingin melangsungkan pernikahan dgn kekasih hatinya Imran. Namun berlaku kejadian bila mana Pak Jalal yg ditugaskan oleh ayahnya Nordin menjadi saksi bermatian-matian menegaskan pernikahan itu tak sah kerana Nordin bukanlah bapa kandung Tasha. Nordin berang dgn tindakan Pak Jalal itu yg dianggap memalukannya sedangkan ianya memang salah di sisi agama.
Nordin memberhentikan Pak Jalal drpada menjadi pemandu peribadinya. Tasha kecewa bila mengetahui kebenaran dirinya hanyalah anak angkat. Begitu juga dgn Imran. Namun Imran menegaskan kpd keluarganya bahawa dia nekad mahu mengahwini Tasha. Tetapi tak bg Talia, adik angkat Tasha. Kesempatan yg ada digunakan mahu memutuskan hubungan Tasha dan Imran. Talia mengaturkan perancangan keji hingga Imran terperangkap dgn situasi telah memperkosa Talia di hotel. Dia memasukkan pil khayal ke dlm minuman Imran hingga membuatkan Imran akhirnya terpaksa mengahwininya.
Tasha begitu kecewa dgn kenyataan itu. Hilang angan-angannya utk berkahwin dgn Imran di Thailand. Kekecewaannya membawa Tasha bertindak mahu menjejak ibu kandungnya. Dengan bantuan Pak Jalal, Tasha ke Cardiff berbekalkan alamat diberikan. Meskipun sedar bakal berdepan dgn cabaran namun Tasha nekad dgn keputusannya.
Ketika sampai di Cardiff, Tasha telah diragut dan kemudian dia dibantu oleh Ashraf, seorang pemuda Malaysia yg bekerja di sana. Talia pula merintih dgn sikap dingin Imran terhadap dirinya dan beliau sering menerima panggilan telefon misteri manakala Imran masih cuba utk menghubungi Tasha. Ashraf sempat bertukar nombor telefon dgn Tasha supaya senang berhubung sekiranya Tasha memerlukan apa-apa pertolongan memandangkan beliau baru sampai ke Cardiff. Ashraf bertemu dgn Mimi di kafe di mana Mimi memaklumkan akan pulang ke Malaysia. Majikan Mimi iaitu Puan Ruby, pemilik kedai bunga memerlukan pekerja utk menggantikan tempat Mimi. Tasha berkunjung ke alamat di poskad dgn harapan dapat berjumpa dgn Puan Salina namun hampa apabila diberitahu yg Puan Salina sudah berpindah rumah.

Carian Berkaitan

pelakon cinta di langit cardiff, sinopsis cinta d langit cardiff, sinopsis cinta di kota Cardiff

Loading...

Tags: #Cardiff #Cinta #Drama #Langit

author
Author: 
    Kekasih Paksa Rela (TV3)
    Kekasih Paksa Rela (TV3)
    Nantikan drama bersiri Kekasih Paksa Rela akan
    OST Drama Red Velvet | Alif Satar – Sesungguhnya Aku
    OST Drama Red Velvet | Alif Satar – Sesungguhnya Aku
    Dengarkan lagu tema drama Red Velvet berjudul
    Sinopsis Telemovie Lari hantu Lari
    Sinopsis Telemovie Lari hantu Lari
    Tajuk : Lari hantu Lari Tarikh :
    Sinopsis Drama Zahir Tak Terucap
    Sinopsis Drama Zahir Tak Terucap
    Tajuk : Zahir Tak Terucap Mula Tayangan

    Leave a reply "Drama Cinta di Langit Cardiff"

    Must read×

    Top