Drama Cinta Di Langit Cardiff ,Lakonan Amar Bahrin, Amyra Rosli

In Terkini 558 views
Saksikan gandingan Amar Bahrin dan Amyra Rosli dlm drama bersiri Cinta di Langit Cardiff. Turut membintangi drama ini ialah Hafeez Mikail, Shakila Khoriri, dan Marisa Yasmin. Drama bersiri sebanyak 13 episod ini diarahkan oleh Rahila Ali dibawah terbitan Pena Kreatif Sdn Bhd. Bakal disiarkan di TV2 mulai 4 Julai, setiap hari Selasa hingga Khamis pukul 8.35 malam.  
JUDUL : CINTA DI LANGIT CARDIFF  
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 4 Julai 2017
HARI / MASA : Selasa-Khamis, 8.35 malam
SIARAN : Slot Selekta Prima (TV2-RTM)
SKRIP : Amy Aini, Wira Hijau, Nostrezz Team
PENGARAH : Rahila Ali
TERBITAN : Pena Kreatif Sdn Bhd
PELAKON : Amar Bahrin, Amyra Rosli, Shakila Khoriri, Hafeez Mikail, Marisa Yasmin, Zarina Zainuddin, Zack Idris, Theera Alias, Hafreez Adam, Aman Shah, Sherry Merlis, Afique Hussain, Laila Nasir, Aishah Harith, Reza, Norman

WATAK PELAKON
Amyra Rosli sbg Tasha
Amar Bahrin sbg Ashraf
Hafeez Mikail sbg Imran
Marisa Yasmin sbg Ruby
Shakila Khoriri sbg Natalia
Zack Idris sbg Nordin
Aman Shah sbg Jalal
Zarina Zainuddin sbg Nelle
Hafreez Adam sbg Amri
Sherry Merlis sbg Puan Sri Aida
Theera Alias sbg Habibah
Afique Hussain sbg Rahim
Laila Nasir sbg Mimie
Aishah Harith sbg Azizah 

LAGU TEMA / OST 
Kisah Cinta Kita – Amyra Rosli & Amar Baharin
Hujan Kemarin – Taxi Band
Sempurna Waktu – Ir Radzi

SINOPSIS CINTA DI LANGIT CARDIFF
Mengisahkan Tasha yg ingin melangsungkan pernikahan dgn kekasih hatinya Imran. Namun berlaku kejadian bila mana Pak Jalal yg ditugaskan oleh ayahnya Nordin menjadi saksi bermatian-matian menegaskan pernikahan itu tak sah kerana Nordin bukanlah bapa kandung Tasha. Nordin berang dgn tindakan Pak Jalal itu yg dianggap memalukannya sedangkan ianya memang salah di sisi agama.
Nordin memberhentikan Pak Jalal drpada menjadi pemandu peribadinya. Tasha kecewa bila mengetahui kebenaran dirinya hanyalah anak angkat. Begitu juga dgn Imran. Namun Imran menegaskan kpd keluarganya bahawa dia nekad mahu mengahwini Tasha. Tetapi tak bg Talia, adik angkat Tasha. Kesempatan yg ada digunakan mahu memutuskan hubungan Tasha dan Imran. Talia mengaturkan perancangan keji hingga Imran terperangkap dgn situasi telah memperkosa Talia di hotel. Dia memasukkan pil khayal ke dlm minuman Imran hingga membuatkan Imran akhirnya terpaksa mengahwininya.
Tasha begitu kecewa dgn kenyataan itu. Hilang angan-angannya utk berkahwin dgn Imran di Thailand. Kekecewaannya membawa Tasha bertindak mahu menjejak ibu kandungnya. Dengan bantuan Pak Jalal, Tasha ke Cardiff berbekalkan alamat diberikan. Meskipun sedar bakal berdepan dgn cabaran namun Tasha nekad dgn keputusannya.
Ketika sampai di Cardiff, Tasha telah diragut dan kemudian dia dibantu oleh Ashraf, seorang pemuda Malaysia yg bekerja di sana. Talia pula merintih dgn sikap dingin Imran terhadap dirinya dan beliau sering menerima panggilan telefon misteri manakala Imran masih cuba utk menghubungi Tasha. Ashraf sempat bertukar nombor telefon dgn Tasha supaya senang berhubung sekiranya Tasha memerlukan apa-apa pertolongan memandangkan beliau baru sampai ke Cardiff. Ashraf bertemu dgn Mimi di kafe di mana Mimi memaklumkan akan pulang ke Malaysia. Majikan Mimi iaitu Puan Ruby, pemilik kedai bunga memerlukan pekerja utk menggantikan tempat Mimi. Tasha berkunjung ke alamat di poskad dgn harapan dapat berjumpa dgn Puan Salina namun hampa apabila diberitahu yg Puan Salina sudah berpindah rumah.
Tasha bingung di mana dia hendak mencari Puan Salina dan berkongsi kisah dukanya bersama Ashraf tentang pencarian ibu kandung dan juga hubungannya dgn Imran yg sudah berkubur. Ahsraf mencadangkan Tasha bekerja sementara dgn Puan Ruby sambil meneruskan misi mencari ibu kandungnya yg akan dibantu Ashraf. Sementara itu, Talia bersetuju utk berjumpa dgn pemanggil misteri yg sering mengganggunya sebelum ini.
Talia berjumpa dgn pemanggil misteri dan terkejut melihat individu tersebut adalah Amri yg merupakan bekas kekasihnya dahulu sebelum berkahwin dgn Imran. Amri mengugut Talia utk mengikut segala kehendaknya atau dia akan dedahkan maklumat bahawa anak yg dikandungkan Talia sebenarnya adalah anak Amri, hasil hubungan haram mereka suatu ketika dahulu dan bukannya anak Imran spt sangkaan ramai.
Tasha pula bersetuju dgn cadangan Ashraf utk bekerja sementara di kedai bunga milik Puan Ruby. Ashraf berjanji dgn Tasha akan membawanya berjumpa sendiri dgn Puan Ruby. Ketika pertemuan tersebut berlaku, hati Tasha dan Puan Salina tiba-tiba terdetik seolah-olah wujud persamaan tanpa mereka mengetahui puncanya. Tasha mula bekerja di kedai bunga dan beliau juga berkongsi dgn Puan Salina berkaitan dgn tujuannya datang ke Cardiff. Amri berterusan mengugut Talia utk memaksanya bertemu dgnnya utk melampiaskan nafsu beliau dan Talia mula tak selesa dgn situasi tersebut.
Tasha membuat pengakuan yg dirinya terlalu cetek ilmu agama dan tak pernah tahu cara bersolat. Ashraf yg sering menghadiri kelas agama berjanji akan membantu Tasha berubah ke arah mendekatkan diri kpd Allah. Tasha mula menghadiri kelas agama dan belajar bersolat. Kadang-kadang Tasha bersolat jemaah dgn Puan Salina dan berimamkan Ashraf. Talia mula selesa keluar berfoya-foya dgn Amri utk menghilangkan kebosanan beliau tambahan pula suaminya, Imran terus tak mempedulikannya. Kenderaan yg dipandu Amri terlibat dlm kemalangan setelah dia dan Talia pulang dr kelab malam dlm keadaan mabuk. Amri meninggal dunia manakala Talia cedera parah serta tenat di hospital. Lalu apakah kesudahannya?

Carian Berkaitan

sinopsis cinta di langit cardiff, cinta di langit cardiff, sinopsis cinta di atas cardiff, sinopsis cinta di langit cardit lakonan amyra rosli

Tags: #Amar #Amyra #Bahrin #Cardiff #Cinta #Drama #Lakonan #Langit #Rosli

author
Author: 
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Drama Monalisa (Astro Prima)
    Nantikan drama bersiri Mona Lisa adaptasi drpada
    Sinopsis Drama Mandatori
    Sinopsis Drama Mandatori
    Tajuk : Mandatori Mula Tayangan : 14
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Drama Tiada Arah Jodoh Kita (TV3)
    Nantikan drama adapatasi novel Tiada Arah Jodoh
    Drama Isteri Untuk Diiktiraf
    Drama Isteri Untuk Diiktiraf
    Nantikan drama bersiri Isteri Untuk Diiktiraf adaptasi

    Leave a reply "Drama Cinta Di Langit Cardiff ,Lakonan Amar Bahrin, Amyra Rosli"

    Must read×

    Top