Drama Bahagia Kasihmu [Slot Zehra TV3]

In Terkini 12 views

DRAMA : BAHAGIA KASIHMU

EPISOD : 13 
TARIKH TAYANGAN : 14 Jun 2017
HARI / MASA : Rabu-Jumaat, 9.00 malam
SIARAN : Slot Zehra TV3
SKRIP : Fatin Nabila
PENGARAH : Nazir Jamaluddin
TERBITAN : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Fezrul Khan, Eyka Farhana, Tisha Shamsir, Farisha Irwayu, Afifah Nasir, Zaidi Omar, Qazem Nor, Fazlina Ahmad Daud, Aedy Ashraf, Mimi Ernida, Julia Ziegler, Firdaus Ghufran, Ramli Salleh, Melly Amalin, Adiba Yunus 

WATAK PELAKON

Fezrul Khan sbg Zarul
Eyka Farhana sbg Tasnim
Tisha Shamsir sbg Needa
Aedy Ashraf sbg Nazril
Julia Ziegler sbg Juliana
Ramli Salleh sbg Tuan Idris
Zaidi Omar sbg Bakri
Fazlina Ahmad Daud sbg Zakiah
Farisha Irwayu sbg Mak Tasnim
Qazem Nor sbg Ehsan
Mimi Ernida sbg Sheila
Adiba Yunus sbg Azah
Afifah Nasir sbg Syafikah
Melly Amalin sbg Norzie
Firdaus Ghufran sbg Aiman
Keena Mentor sbg Fina
LAGU TEMA / OST

Tajuk Lagu : Bahagia Kasihmu
Penyanyi : Ippo Hafiz 

SINOPSIS BAHAGIA KASIHMU

Mengisahkan Tasnim, seorang gadis yg baru keluar dr Sekolah Tunas Bakti (pusat pemulihan akhlak). Dia cekal mahu merubah hidupnya dgn berpegang dgn keimanan. Namun cabaran yg bertandang membuatkan dia hampir tersungkur. Tekanan orang-orang sekeliling seakan tiada ruang utk dia menjadi yg terbaik kpd diri sendiri. Pangkat dan darjat, tetap jadi keutamaan sesetengah manusia, biarpun kebenaran jelas terbentang. Namun Tasnim tetap terus bangkit. Berjuang demi dirinya sendiri. Dapatkah dia melawan nafsu atau akan sekali lagi tewas dgn keasyikan duniawi?

SINOPSIS NOVEL BAHAGIA KASIH MU

Diburu masa silam, Tasnim sentiasa kegelisahan. Kepahitan semalam mendera perasaan. Terus, dia tak berani mencintai. Jauh sekali membiarkan dirinya dicintai. Dia sentiasa sedar di mana dia berpijak. Di penjuru mana dia berdiri.
Kemunculan Zarul, memang tak diduga. Tanpa sedar, lelaki itu menjadi watak penting dlm hari-harinya. Dia seolah terikat dgn Zarul. Ingin menjauh, tetapi makin dekat pula jadinya. Dalam diam, sedetik rasa mula bertunas dlm jiwanya.
“Awak adalah perempuan yg berjaya membuka pintu hati saya. Siapa pun awak sebelum ini, saya tak kisah.Izinkan saya bahagiakan awak.”
Tasnim terkedu. Pertemuan mereka tak pernah dirancang. Perkenalan mereka tanpa salam. Lalu, semudah itukah dia melafazkan kata cinta?
Kata pujangga, apabila hati disimbahi cahaya cinta, sinarnya akan dapat dibaca pd seri wajah. Begitulah hebatnya kuasa cinta. Jadi, wajarkah dia menolak hakikat sebuah kehidupan?
Hakikatnya, cinta itu permulaan sebuah derita. Dibayar de-ngan air mata sekalipun belum tentu mendatangkan bahagia sekelip mata.
Pergilah cinta, andai itu mampu mengembalikan kebahagiaan. Biarkan sahaja bahagia kasih itu berlalu, andainya itulah harga sebuah kepahitan yg perlu dibayar. Biarlah rindu ini terus tersimpan dlm lipatan memori cinta.

Tags: #Bahagia #Drama #Kasihmu #Slot #Zehra

author
Author: 
    Biodata Farah Nabilah Pelakon Baru – Drama Ttian Cinta [Slot Akasia TV3]
    Biodata Farah Nabilah Pelakon Baru – Drama Ttian Cinta [Slot Akasia TV3]
    Nama Penuh: Farah Nabilah Saipuddin Nama Komersil:
    Drama Dia Anak Jeneral (TV2)
    Drama Dia Anak Jeneral (TV2)
    Drama bersiri ‘Dia Anak Jeneral’ yg diadaptasi

    Leave a reply "Drama Bahagia Kasihmu [Slot Zehra TV3]"

    Must read×

    Top