Drama Bahagia Kasihmu (2017)

In Terkini 137 views

Sinopsis
Tasnim, seorang gadis yg baru keluar dr Sekolah Tunas Bakti (pusat pemulihan akhlak). Dia cekal mahu merubah hidupnya dgn berpegang dgn keimanan. Namun cabaran yg bertandang membuatkan dia hampir tersungkur. Tekanan orang-orang sekeliling seakan tiada ruang utk dia menjadi yg terbaik kpd diri sendiri. Pangkat dan darjat, tetap jadi keutamaan sesetengah manusia, biarpun kebenaran jelas terbentang. Namun Tasnim tetap terus bangkit. Berjuang demi dirinya sendiri.

Versi novel
Diburu masa silam, Tasnim sentiasa kegelisahan. Kepahitan semalam mendera perasaan. Terus, dia tak berani mencintai. Jauh sekali membiarkan dirinya dicintai. Dia sentiasa sedar di mana dia berpijak. Di penjuru mana dia berdiri.

Kemunculan Zarul, memang tak diduga. Tanpa sedar, lelaki itu menjadi watak penting dlm hari-harinya. Dia seolah terikat dgn Zarul. Ingin menjauh, tetapi makin dekat pula jadinya. Dalam diam, sedetik rasa mula bertunas dlm jiwanya. “Awak adalah perempuan yg berjaya membuka pintu hati saya. Siapa pun awak sebelum ini, saya tak kisah.Izinkan saya bahagiakan awak.” Tasnim terkedu. Pertemuan mereka tak pernah dirancang. Perkenalan mereka tanpa salam. Lalu, semudah itukah dia melafazkan kata cinta?

Kata pujangga, apabila hati disimbahi cahaya cinta, sinarnya akan dapat dibaca pd seri wajah. Begitulah hebatnya kuasa cinta. Jadi, wajarkah dia menolak hakikat sebuah kehidupan?

Hakikatnya, cinta itu permulaan sebuah derita. Dibayar de-ngan air mata sekalipun belum tentu mendatangkan bahagia sekelip mata.

Pergilah cinta, andai itu mampu mengembalikan kebahagiaan. Biarkan sahaja bahagia kasih itu berlalu, andainya itulah harga sebuah kepahitan yg perlu dibayar. Biarlah rindu ini terus tersimpan dlm lipatan memori cinta.

Saksikan drama terbaru Bahagia Kasihmu akan muncul di Slot Zehra TV3 atau siaran awal di portal Tonton.

JUDUL : BAHAGIA KASIHMU
EPISOD : 13 episod
TARIKH / MASA :
SIARAN : Slot Zehra TV3
PENGARAH : Nazir Jamaluddin
TERBITAN : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Fezrul Khan, Eyka Farhana, Farisha Irwayu, Afifah Nasir, Qazem Nor, Tisha Shamsir, Fazlina Ahmad Daud, Mimi Ernida, Julia Ziegler, Firdaus Ghufran

WATAK PELAKON
Fezrul Khan sbg Zarul
Eyka Farhana sbg Tasnim

LAGU TEMA / OST
Penyanyi : Ippo Hafiz


Carian Berkaitan

ippo hafiz bahagia kasihmu

Tags: #2017 #Bahagia #Drama #Kasihmu

author
Author: 
    Kesempatan Kedua (TV3)
    Kesempatan Kedua (TV3)
    Saksikan telefilem Kesempatan Kedua lakonan Kaka Azraff,
    Sinopsis Drama Kisah Yang Hilang
    Sinopsis Drama Kisah Yang Hilang
    Tajuk : Kisah Yang Hilang Mula Tayangan
    Sinopsis Telemovie Psikosis
    Sinopsis Telemovie Psikosis
    Tajuk : Psikosis Tarikh : 18 November
    Sinopsis Telemovie Bini Muda
    Sinopsis Telemovie Bini Muda
    Tajuk : Bini Muda Tarikh : 20

    Leave a reply "Drama Bahagia Kasihmu (2017)"

    Must read×

    Top