Drama Andainya Takdri Lakonan Shukri Yahaya, Nina Iskandar

In Terkini 273 views
Nantikan drama bersiri Andainya Takdir yg akan mengisi di slot Samarinda TV3. Ditunjangi oleh Shukri Yahaya, Nina Iskandar dan Puteri Balqis. Drama terbitan produksi A.Aida Production Sdn Bhd dan diarahkan oleh Along Kamaludin. Drama Andainya Takdir akan ditayangkan mulai 29 Mei ini, setiap Isnin hingga Khamis pd pukul 10 malam di TV3.
JUDUL : ANDAINYA TAKDIR
EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : 29 Mei 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : Slot Samarinda TV3
SKRIP : Wan Mahani Wan Hassan
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Sheila Mambo, Idris Md Diah, Sabhi Saddi, Adiba Yunus, Annie Ariffin, Ikhlas Jalil, Rosnah Mat Haris, Dilla Ahmad, Putra Amaris

SINOPSIS ANDAINYA TAKDIR
Mengisahkan ketabahan Fatihah (Nina Iskandar) dlm mempertahankan rumah tangganya bersama Airil (Shukri Yahya) yg penuh cabaran. Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang puteri yg bernama Aleeya (Puteri Balqis). Kehidupan tiga beranak ini sentiasa dlm keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yg panas baran dan cemburu buta. Segala perbuatan Fatihah dipantau oleh Airil dan setiap perbuatan Fatihah yg dilakukan tanpa kenan Airil, Fatihah pasti akan dipukul hingga lebam.
Fatihah yakin bahawa dia mampu bertahan dgn sikap suaminya yg sebegitu demi Aleeya. Namun, kesengsaraannya tak tertumpu kpd suaminya sahaja, sikap ibu mertuanya pula tak menyumbangkan sebarang kebaikan dlm perkahwinannya. Ibu mertua Fatihah, Normah (Sheila Mambo) sentiasa bersikap keras kepala, menghasut, dan berprasangka buruk sentiasa membuat Fatihah kegetiran. Normah sememangnya tak disenangi orang kampungnya kerana sikapnya yg suka menuduh tanpa soal siasat. Fatihah juga tak terlepas drpada menjadi mangsa buli emosi Normah apabila segala permintaan Fatihah kpd suaminya ditentang olehnya. Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya hingga sering membuat Fatihah berasa terpinggir.
Pahit getir Fatihah bertambah lagi dgn iparnya, adik kpd Airil, Norlin (Annie Ariffin) yg obses kpd kanak-kanak sentiasa dengki terhadapnya kerana Norlin tak mampu utk mempunyai zuriat. Cemburu dgn Fatihah yg cantik, tambahan pula mempunyai Aleeya, seorang anak yg tak kurang cantiknya dan bijak, Norlin sentiasa menghasut ibunya utk memaksa abangnya pulang ke kampung kerana Norlin ingin bermain dgn Aleeya. Sekiranya tak dituruti permintaannya, Norlin mengugut utk tak pulang ke kampung juga.
Sungguhpun Airil mempunyai masalah panas baran dan sentiasa memukul Fatihah, dia sebenarnya terlalu menyayangi Fatihah. Airil juga berusaha utk mengubah sikapnya dgn mempelajari cara-cara utk mengawal sikap cemburu dan kemarahannya yg melampau itu.
Dapatkah perkahwinan Fatihah bersama Airil bertahan? Mampukah Fatihah bertabah dgn segala cabaran kehidupannya? Adakah Normah, Norlin, dan Airil berubah sikap demi mengecapi sebuah keluarga yg harmoni?

Carian Berkaitan

along kamaludin, perkahwinan shukri yahaya

Tags: #ANDAINYA #Drama #Iskandar #Lakonan #Nina #Shukri #Takdri #Yahaya

author
Author: 
    Pok Ya Cong Codei (Astro Citra)
    Pok Ya Cong Codei (Astro Citra)
    Jangan ketinggalan utk menyaksikan telefilem bertajuk Pok
    Drama Sara Kirana
    Drama Sara Kirana
    Nantikan drama bertajuk Sara Kirana adaptasi drpada
    Drama Papa Nak Menantu [Slot Dahlia TV3]
    Drama Papa Nak Menantu [Slot Dahlia TV3]
    DRAMA : PAPA NAK MENANTU  BERMULA :

    Leave a reply "Drama Andainya Takdri Lakonan Shukri Yahaya, Nina Iskandar"

    Must read×

    Top