Drama Andainya Takdir (2017)

In Terkini 160 views

SINOPSIS ANDAINYA TAKDIR
Mengisahkan ketabahan Fatihah (Nina Iskandar) dlm mempertahankan rumah tangganya bersama Airil (Shukri Yahya) yg penuh cabaran. Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang puteri yg bernama Aleeya (Puteri Balqis). Kehidupan tiga beranak ini sentiasa dlm keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yg panas baran dan cemburu buta. Segala perbuatan Fatihah dipantau oleh Airil dan setiap perbuatan Fatihah yg dilakukan tanpa kenan Airil, Fatihah pasti akan dipukul hingga lebam.

Fatihah yakin bahawa dia mampu bertahan dgn sikap suaminya yg sebegitu demi Aleeya. Namun, kesengsaraannya tak tertumpu kpd suaminya sahaja, sikap ibu mertuanya pula tak menyumbangkan sebarang kebaikan dlm perkahwinannya. Ibu mertua Fatihah, Normah (Sheila Mambo) sentiasa bersikap keras kepala, menghasut, dan berprasangka buruk sentiasa membuat Fatihah kegetiran. Normah sememangnya tak disenangi orang kampungnya kerana sikapnya yg suka menuduh tanpa soal siasat. Fatihah juga tak terlepas drpada menjadi mangsa buli emosi Normah apabila segala permintaan Fatihah kpd suaminya ditentang olehnya. Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya hingga sering membuat Fatihah berasa terpinggir.

Pahit getir Fatihah bertambah lagi dgn iparnya, adik kpd Airil, Norlin (Annie Ariffin) yg obses kpd kanak-kanak sentiasa dengki terhadapnya kerana Norlin tak mampu utk mempunyai zuriat. Cemburu dgn Fatihah yg cantik, tambahan pula mempunyai Aleeya, seorang anak yg tak kurang cantiknya dan bijak, Norlin sentiasa menghasut ibunya utk memaksa abangnya pulang ke kampung kerana Norlin ingin bermain dgn Aleeya. Sekiranya tak dituruti permintaannya, Norlin mengugut utk tak pulang ke kampung juga.

Sungguhpun Airil mempunyai masalah panas baran dan sentiasa memukul Fatihah, dia sebenarnya terlalu menyayangi Fatihah. Airil juga berusaha utk mengubah sikapnya dgn mempelajari cara-cara utk mengawal sikap cemburu dan kemarahannya yg melampau itu.

Dapatkah perkahwinan Fatihah bersama Airil bertahan? Mampukah Fatihah bertabah dgn segala cabaran kehidupannya? Adakah Normah, Norlin, dan Airil berubah sikap demi mengecapi sebuah keluarga yg harmoni?

JUDUL : ANDAINYA TAKDIR
EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : 29 Mei 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : Slot Samarinda TV3
SKRIP : Wan Mahani Wan Hassan
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Sheila Mambo, Idris Md Diah, Sabhi Saddi, Adiba Yunus, Annie Ariffin, Ikhlas Jalil, Rosnah Mat Haris, Dilla Ahmad, Putra Amaris

WATAK PELAKON
Shukri Yahaya sbg Airil
Nina Iskandar sbg Fatihah
Putri Balqis sbg Aleeya
Sheila Mambo sbg Normah
Annie Ariffin sbg  Norlin


Carian Berkaitan

#andainya takdir, andainya takdir informasi trending

Loading...

Tags: #2017 #ANDAINYA #Drama #TAKDIR

author
Author: 
    Sinopsis Drama Mr London Ms Langkawi
    Sinopsis Drama Mr London Ms Langkawi
    Tajuk : Mr London Ms Langkawi Mula
    Telemovie Cinta Bersegi Segi Lakonan Mawar Rashid, Nazirul Mubin
    Telemovie Cinta Bersegi Segi Lakonan Mawar Rashid, Nazirul Mubin
    Saksikan telefilem Cinta Bersegi-Segi arahan Shuhaimi Lua.
    OST Drama Red Velvet
    OST Drama Red Velvet
    Dengarkan lagu tema drama Red Velvet berjudul
    Cinta Bersegi-Segi (TV9)
    Cinta Bersegi-Segi (TV9)
    Saksikan telefilem Cinta Bersegi-Segi arahan Shuhaimi Lua.

    Leave a reply "Drama Andainya Takdir (2017)"

    Must read×

    Top